Tuesday, 2 December 2014

Novel Pertama Bertajuk "Cinta Upsidedown"

BAB 1
"Rijal...meh turun. naper ke lama sangat kat atas tu" kedengaran suara Datin Zainah dari bahagian dapur rumah yang besar dan indah tersebut. Kuat sungguh suaranya memecah kedamaian pagi kehidupan kota yang sibuk seperti Kuala Lumpur. "Kejap, Rijal tengah berkemas ni. Sat lagi turun  norr.." suara Rijal dari biliknya pulak kedengaran. Siap dengan loghat Kedah nya.

Rijal Bin Saifudin. Itu lah namanya yang diberi oleh arwah ayahnya Dato Saifuddin semasa kelahirannya. Rijal merupakan satu- satunya anak tunggal Datin Zainah. Walaupun Rijal secara zahirnya seorang lelaki namun luarannya lebih nampak feminim. Tiada langsung kemaskulinan nya kelihatan. Walaupun berkali kali di tegur oleh rakan rakannya, ibunya dan saudara maranya, namun nasihat mereka masuk kiri keluar kanan sahaja. Macam asap.

"Morning ma. Masak apa jer?"tanya Rijal apabila kelihatan sudah berdiri di pintu menuju ke dapur rumahnya. "Ni ha dah masak western style punya breakfast untuk hang" balas Datin Zainah bersahaja. Tanpa di jemput, Rijal terus sahaja membasuh tangan , mengambil pinggan, sudu dan cawan untuk menikmati sarapan paginya sebelum memulakan harinya. Usai bersiap, terus sahaja dia menyenduk kan nasi dan lauk yang dah terhidang di depan matanya yang kelihatan sungguh menyelerakan.Air tangan ibu lah katakan.

"Ai...nak makan jer? Baca doa dulu. Hang tu lelaki kena biasakan diri lead keluarga bila doa makan. " Bebel Datin Zainah. "Iya ma" acuh tak acuh sahaja balas Rijal sambil menadah tangan membaca doa makan. Selesai doa di baca, terus sahaja makanan di nikmati. Berselera sungguh Rijal makan dari air tangan ibunya.  "Ma, hari ni ma ada meeting kan dengan wakil Syarikat Intan Holdings?" tanya Rijal. "Haah, kenapa lah ?" tanya Datin Zainah pula. "Larr tak dapat lah ma nak teman Rijal pergi shopping nanti" omel Rijal. "Baru semalam pergi shopping, hari ni nak pergi lagi" kata Datin Zainah dalam nada kehairanan kerana baru semalam anaknya keluar membeli belah selepas balik kerja. "Alarr ma ni, sekali dua jer pun.." manja nada Rijal. "Rijal cuba berjimat sikit duit tu. Jangan boros sangat." Nasihat Datin Zainah.

Memang begitu lah kehidupan Rijal. Segala gaji hasil pekerjaan nya di syarikat milik keluarga nya semuanya dibelanjakan untuk membeli belah. Tak ubah macam perempuan. Entah apa sahaja di belinya. Asal kena pada pandangannya, tanpa fikir dua kali terus sahaja di sambar walaupun tak ada kepentingan. Rijal cukup professional ketika bekerja. Oleh itu, dia memegang posisi CEO di syarikat keluarganya.  Semua pekerja Rijal amat mesra dengan Rijal kerana perwatakan Rijal yang lemah lembut dan sopan budi bicara nya dengan semua orang. 

Selesai bersarapan terus sahaja pinggan dan cawan di bawa ke sinki dapurnya oleh Rijal. Sementara ibunya mengelap meja, Rijal pulak membasuh peralatan untuk makan yang telah di gunakan. Selepas habis pekerjaan keduanya, Rijal terus memakai kasut dan ingin memulakan perjalanannya ke pejabatnya. Ibunya pula ingin menuju ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan wakil Syarikat Intan Holdings untuk berbincang mengenai urusan perniagaan mereka. Kedengaran bunyi enjin kereta BMW yang dipandu oleh Rijal keluar dari perkarangan banglo mewah mereka. Ibunya hanya melambai kepada Rijal dan ingin segera juga memulakan perjalanannya.

Lebih kurang tiga puluh memandu dengan kelajuan sederhana, Rijal sampai di depan bangunan pejabatnya yang terpampang papan tanda "Syarikat Maju Berhad". Sejurus lepas memarkir keretanya di kotak parkir yang di khaskan untuk CEO, Rijal terus mematikan enjin keretanya dan menapak memasuki bangunan pejabatnya. Semasa berjalan menuju ke bilik pejabatnya, Rijal disapa oleh semua staf- staf nya. Sampai sahaja di bilik kerjanya, Rijal terus menekan butang 'ON' pada komputer atas mejanya dan memulakan tugas seharian nya. Segala urusan dan perjalanan perniagaan syarikat di perhatikan dan diteliti .


No comments:

Post a Comment