Wednesday, 3 December 2014

Novel Pertama Bertajuk "Cinta Upsidedown"

BAB 3
Rijal memacu keretanya menuju ke sebuah kompleks membeli belah kegemarannya. Otaknya ligat memikir apa benda yang mungkin menarik perhatiannya nanti. Mungkin ada promosi, jualan murah atau produk baru yang dipasarkan. Tambah- tambah lagi bila barang tersebut adalah limted edition, memang sakan lah dia membelinya. Terus sahaja dia memandu dengan kelajuan sederhananya. Sedang Rijal khyusuk memandu, kereta nya dipotong oleh sebuah kenderaan lain dengan kelajuan mengalahkan ferrari. "Oh mak datuk eh engkau eh engkau" Rijal melatah sendirian apabila terkejut dengan inside itu. " Hey nasib baik kau laju kalau tak kena kau dengan aku" omelnya lagi.

"Please press to take your parking ticket" kedengaran suara dari mesin tiket parking memberi arahan. Inaz terus menekan butang merah yang menyala dan memandu menuju ke lot parkir tingkat tiga. Kelihatan beberapa buah kereta lain turut menunggu giliran untuk mengambil tiket masing-Masing.

Selepas memarkir keretanya di kotak parkir yang kosong, Inaz terus keluar dari perut kereta dengan senyuman yang lekang dari wajah dek kebahagiaan hati untuk membeli belah." Let the journey continue baby" Inaz berdialog sendirian seolah olah dia bersama sekumpulan orang yang sekepala dengannya.

" Mana parking yang kosong ni... hey cubalah ada tempat parking lebih dibuat kat sini..." fikir Rijal sendiri setelah hampir lima minit mencari parkir namun tak dijumpai yang kosong. Akhirnya dia terlihat satu kotak parkir yang baru sahaja dikosongkan oleh sebuah kereta Honda Civic.  Tanpa menunggu terus sahaja Rijal mengisi kotak itu.

Selepas mematikan enjin dan mengunci keretanya, Rijal berjalan lemah lembut menuju ke pintu masuk kompleks membeli belah yang tak kurang popularnya di kalangan penduduk kota. " humm...kedai mana nak ceduk dulu ea? " fikir Rijal sambil berdiri di atas escalator di dalam kompleks membeli belah itu. 

Sesampai saja Rijal di tingkat atas , dia terus memasuki satu kedai ke satu kedai. Ada sahaja barang yang berkenan dihatinya dibelinya. Apatah lagi bila dipromosi oleh pembantu kedai dengan penuh yakin. " kalau encik beli losyen ni, kompem encik segak putih melepak" nada pembantu kedai yang begitu yakin mempromosikan barang di kedainya kepada Rijal.

Selang beberapa masa berjalan jalan dalam kompleks tersebut, Rijal akhirnya mengambil keputusan untuk makan di situ. Dia pun berbaris untuk memesan makanan dan minuman. Selepas mendapatkan makanan dan minumannya, Rijal terus  mencari tempat duduk. Sedang dia mencari tempat duduk, Rijal terlihat satu meja kosong di situ 

Sesudah meletakkan makanan dan minuman di atas meja, Rijal tersedar dia terlupa mengambil sudu. Terus dia bangun untuk mengambil sudu.

Kedengaran perut Inaz berkeroncong minta diisi. Inaz juga memasuki kedai makan di kompleks tersebut. Selepas memesan makanan dan minuman, Inaz mencari meja yang menjadi kegemarannya. Namun kelihatan meja tersebut sudah ada yang mendudukinya namun hanya makanannya sahaja yang berada di atas meja. Entah apa sebab Inaz suka meja tersebut pun dia sendiri tak pasti.

Dalam otak Inaz muncul satu idea untuk mendapatkan meja kegemarannya. Dilihatnya meja kosong di sebelah meja tersebut. " Apa susah angkat jer makanan tu taruh kat meja sebelah. Habis cerita. Karang orang tanya cakap jer makanan tu memang kat situ pun . Hehe. " licik otak Inax mencari alasan untuk kemungkinan bakal tiba.

Tiba sahaja di meja tersebut Inaz terus ingin memulakan rancangannya. Tanpa disedari Rijal orang empunya makanan telah pun kembali dan berasa hairan dan sedikit marah bila makanannya di alihkan dari mejanya. " Excuse me miss, saya duduk sini dulu. Kenapa miss alihkan makanan saya" tanya Rijal.

" Hello, ini meja kegemaran saya. Saya dah selalu datang sini dan makan kat meja ni. So get lost." Kasar sahaja nada Inaz. " Amboi, cantik bahasa you. Hey, first come first serve" Rijal pula speaking.

Masing- masing tak mahu mengalah. Daripada nak makan, berlakulah adegan perang mulut antara dua orang yang langsung tak mengenali satu sama lain. Adegan mereka bagai menjadi tayangan percuma pelanggan lain yang datang untuk makan disitu.

Akhirnya, pihak keselamatan terpaksa di panggil untuk menamatkan adegan mereka. Tanpa mempedulikan sekeliling, Inaz terus beredar dari situ dengan lagaknya tak ubah macam lelaki. Lain pula dengan Rijal yang meminta maaf dengan sopan santun kepada semua penontonnya.


No comments:

Post a Comment