NOVEL BAB 34
Datin Zainah memeluk erat tubuh Inaz.
Tangisan bercucuran keluar dari tubir mata kedua- dua mereka.
“ Ma, maafkan Inaz ma.”
“ Takpa sayang. Mama maafkan.” Kata
Datin Zainah.
Lega perasaan Datin Zainah setelah
diberitahu Rijal semalam bahawa Inaz sudah balik. Sementara Inaz dan Datin
Zainah berdua- duaan di rumah, Rijal pula keluar berjumpa Stephen. Stephen
menelefon Rijal semasa Rijal hendak keluar rumah tadi untuk memaklumkan bahawa
dia sudah tahu siapa yang mengambil gambar tersebut .
Rijal bertemu dengannya di sebuah
kedai makan. Stephen menjelaskan bagaimana dia mendapat info mengenai
siasatannya. Menurutnya, ke mana sahaja dia dan Syamin pergi selama ini,
seseorang mengikuti mereka dari belakang dan bertindak sebagai jurugambar.
Orang tersebut telah di upah oleh Syamin sendiri menurutnya lagi.
“ Betul ker apa awak cakap ni Encik
Stephen?” Tanya Rijal lagi ingikan kepastian.”
“ Betul Encik Rijal. Orang yang
mengambil gambar Encik Rijal dan P.A Encik tu pun dah mengaku selepas saya ugut
untuk menyerahkan dia kepada polis.” Jelas Stephen.
Rijal mengenggam tangannya dan
mengetap giginya. Sungguh tidak disangkanya Syamin sendiri yang mengatur
segala- galanya namun motif Syamin tidak di ketahuinya. Kini segalanya semakin
jelas kepada Rijal.
Selesai berurusan dan membayar wang
upah kepada Stephen untuk khidmatnya, Rijal meminta diri. Ingin segera
dimaklumkan perkara itu kepada mamanya dan paling penting isterinya, Inaz.
Rijal memandu menuju ke rumah mamanya.
Sampai sahaja di rumah mamanya, Inaz
dan mamanya disahut berkali- kali. Tidak sabar benar dia ingin menceritakan
segala- galanya. Inaz dan ibu mertuanya yang sedang sibuk di dapur cemas
setelah mendengar Rijal menyahut dan memanggil beberapa kali.
“ Dah kenapa Jal?” Tanya mamanya.
“ Yalah abang. Kenapa ni?” Tanya Inaz
pula.
“ Mama, sayang , Rijal dah tahu siapa
yang ambil gambar fitnah Rijal hari tu.” Kata Rijal sambil bercekak pinggang.
Inaz dan Datin Zainah masing- masing
berbalas pandangan.
“ Semuanya adalah rancangan Syamin.
Dia mengupah orang untuk mengambil gambar ketika kitorang keluar lunch dan buat
macam kitorang tengah berdua- duaan.” Jelas Rijal lagi.
“ Biar betul Jal. Mana Jal tahu?”
Datin Zainah pula seolah- olah tak
percaya Syamin bertindak sedemikian.
“ Betul ma. Rijal upah orang untuk
menyiasat siapa yang hantar gambar tu semua dan dia yang informkan Rijal.” Kata
Rijal cuba menegakkan keadilan.
“ Kenapa dia nak buat macam tu
Abang?” Inaz pula bertanya.
“ Entah.” Pendek sahaja jawapan
Rijal.
Tidak mahu terus berdiri di depan
pintu, Datin Zainah menyuruh Rijal masuk dan berbincang di dalam sambil makan.
Rijal menurut sahaja kata- kata mamanya.
**************
Ilyas masih terkesan dengan
tindakannya pada Inaz tempoh hari. Dia bingung bagaimana dia boleh bertindak di
luar batasan. Kini sudah beberapa hari dia tidak masuk pejabat. Perasaannya
hanya ingin berhenti sahaja dari terus bekerja disitu dek malu dengan Inaz.
Ilyas cuba mencari kerja kosong yang
diiklankan di laman web dan memohon apa sahaja kerja yang mana syaratnya boleh
dia tepati. Pada kiranya ada eloknya dia dan Inaz tidak bertemu lagi. Satu
persatu iklan di laman mencari kerja di lihatnya.
Ada kekosongan jawatan untuk jabatan
kewangan di sebuah syarikat yang bertapak di Sarawak dilihatnya. Ingin mencuba
nasib, Ilyas membaca keperluan yang dikehendaki oleh syarikat tersebut. Sesudah
baca kesemuanya,Ilyas meng- emailkan resumenya terus kepada syarikat tersebut.
Kini dia hanya menunggu jawapan
sahaja dari syarikat tersebut sama ada untuk mengambilnya kerja atau tidak.
Ilyas menekup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil berdoa agar di beri
kekuatan untuk meminta maaf kepada Inaz dan Rijal.
****************
“ Jal, sekarang ni apa Jal nak buat
dengan si Syamin tu?” Soal Datin Zainah.
“ Esok Jal sendiri akan bersemuka
dengan dia ma untuk menjelaskan segala- galanya
dan membuat perhitungan.” Serius saja nada Rijal.
“ Eh abang tak payah lah nak pukul
dia..” Rayu Inaz pula setelah cuwak mendengar nada Rijal.
“ Bila masa pula abang cakap nak
pukul dia sayang oi…abang nak bincang elok- elok jer.” Jelas Rijal.
“ Oh ye ke? Hehe..” Inaz mempamerkan
giginya yang putih.
Datin Zainah menggeleng kepala saja
melihat kedua- dua mereka. Lega hatinya melihat mereka berdua semakin rapat.
TIba- tiba Inaz merasa mual. Terus
sahaja dia berlari ke arah sinki lalu muntah.
“ Inaz, kenapa ni ?” Tanya Datin
Zainah.
“ Entah lah ma, Inaz rasa mual lah?”
Kata Inaz sambil memegang perutnya.
Datin Zainah dapat mengagak bahawa
Inaz mungkin sudah berisi. Namun untuk kepastian, diajaknya juga Rijal agar
segera membawa Inaz ke klinik yang berhampiran.
**************
“ Tahniah Puan, Puan dah hamil 3
minggu.” Kata Doktor yang merawat Inaz.
Satu ungkapan yang penuh keberkatan
cukup menggembirakan hati Inaz. Tidak sabar rasanya dia hendak memberitahu
berita tersebut kepada Rijal dan ibu mertuanya. Sesudah diberi nasihat agar
kerap datang membuat pemeriksaan, doktor membenarkan Inaz pergi.
Inaz keluar dari bilik doktor dengan
senyuman sehingga ke telinga.
“ Abang…Inaz MENGANDUNG!!!!” kata
Inaz dengan girangnya.
“ Wah…jadi abang akan jadi papa lah
ni?” Tanya Rijal kegembiraan.
Inaz mengangguk. Rijal memimpin
tangan Inaz berjalan sambil mulutnya tak berhenti berceloteh memberi pelbagai
pesan kepada Inaz.