BAB 2
"Morning bu..wah cantik nampak ibu hari ni." sapa Inaz bersama pujian. " Hari ni ibu nak jumpa kawan nak bincang pasal bisnes" beritahu Datin Munah tanpa di tanya oleh anak perempuannya. "Inaz kalau nak makan ibu dah siapkan atas meja tu. " kata Datin Munah lagi. Inaz adalah seorang perempuan yang cukup sifat secara batinnya. Namun luaran Inaz amat berbeza dari perempuan lain. Inaz bersifat kasar dan berpenampilan tak ubah macam lelaki. Dengan memakai topi dan baju serta seluar yang longgar. Langsung tak menunjukkan ciri- ciri seorang wanita. Bahkan bicara nya juga persis seorang lelaki. Semuanya akibat salah tunjuk ajar abahnya dulu yang terlalu inginkan anak lelaki lalu Inaz dibesarkan seperti anak lelaki. Ibunya Datin Munah dari awal lagi tak menyenangi perbuatan suaminya namun tiada pula tindakan di ambil. Akhirnya Inaz membesar sebagai perempuan yang bersifat tomboi.
Namun, lama kelamaaan bapanya terima hakikat bahawa anak mereka adalah seorang perempuan yang akan menjadi isteri orang suatu masa nanti. Maka bermacam nasihat diberikan kepada Inaz namun segalanya telah terlewat kerana Inaz sudah terlalu selesa dengan keadaan dirinya kini. "Inaz... nak keluar lagi ke hari ni?" tanya Dato Saiful. "Yup.." pendek sahaja jawapan Inaz. "Haih, apa nak jadi dengan anak aku ni." monolog Dato Saiful dengan dirinya.
Selesai bersiap dan bersarapan bersama keluarganya, Datin Munah terus menuju ke keretanya untuk memulakan perjalanan untuk berjumpa rakan baiknya untuk berbincang pasal bisnes kerjasama mereka. Sementara itu, Dato Saiful turut kelihatan sedang memakai kasut dan bersiap menuju ke keretanya untuk ke pejabatnya. Inaz pula dengan penampilannya yang dirasakan dah cukup rugged bersiap- siap untuk keluar menghabiskan harinya berjalan jalan dan berseronok walaupun berseorangan. "Bye bah..." jerit Inaz sambil melambai kepada abahnya apabila melihat kereta abahnya keluar dari pagar rumah mereka.
"Hari ni aku nak pergi mana ek?" tanya Inaz pada dirinya. "ahhh, pergi jer lah mana- mana . As long as i enjoy, do i care" fikirnya sendiri. Maka Inaz pun mengambil beg yang menjadi teman setianya untuk keluar dan memakai kasut Nike nya lalu mengunci pintu rumah nya. Enjin kereta di hidupkan dan kereta di pandu laju menyusuri jalan kota besar Kuala Lumpur itu. Dari pagi membawa ke petang, Inaz masih menghabiskan waktunya berjalan- jalan. Penat berjalan duduk lah dia dimana mana kedai kopi yang di rasakan selesa. Selepas menghirup seteguk dua air yang dipesannya, maka dia memulakan kembali kembara seharinya itu.
Ketika sedang khyusuk memandu, Inaz terfikir " mana aku nak pergi lagi ek? pavilion dah, semua mall dah pergi..humm.." Sambil memandu Inaz berkira- kira sendiri ke mana destinasi seterusnya. "Ha..baik aku kesitu" Inaz tiba- tiba bercakap sendiri setelah mendapat idea kemana tempat yang ingin di perginya.
No comments:
Post a Comment