BAB 4
Selepas membayar bayaran parkirnya, Inaz terus memandu keretanya keluar dari lot parkir kompleks tersebut. Dalam hati menyumpah seranah lelaki yang berperang mulut dengannya. "Tak guna punya jantan, pasal meja pun nak kecoh ker."bicara Inaz sendiri. Keretanya terus dipandu dengan kelajuan seratus kilometer sejam. Ala ala cerita "Fast and Furious" pula.
Tak sampai sejam, Inaz tiba di perkarangan rumahnya. Kepulangannya disambut oleh ibunya dengan senyuman. Namun senyuman ibunya tak mampu untuk meredakan panas hatinya kala itu. "Ni kenapa ni balik balik jer muka monyok masam macam kain buruk?" Tanya ibunya.
Dengan langkah kaki yang laju dan mengeluarkan bunyi derapan yang kuat, Inaz menapak memasuki ruang rumahnya. Terus sahaja tubuh nya dilabuhkan ke atas kusyen sofa rumahnya. Tanpa ditanya Inaz terus menceritakan kisah nya di kedai makan di kompleks membeli belah tadi. "Mak nak tau, tadi kan masa Inaz kat kedai makan favourite Inaz kat shopping mall , ada seorang mamat ni dah lah lembut macam sotong ada hati bergaduh ngan Inaz. Inaz cuma nak duduk kat meja favourite Inaz jer, pastu dia sentap sebab Inaz pindahkan makanan dia ke meja sebelah. Kosong kot." Panjang lebar Inaz berceloteh.
Ibu Inaz hanya mampu menggeleng kepala dan berdecis mendengar cerita anaknya." Cis cis cis cis , Inaz naper buat macam tu.Inaz ni kan tak padan dengan perempuan lah buat perangai cegitu.. Tak reti nak beradab sopan ker. Nasib baik dia tu sotong, kalau tak agak agaknya dah lunyai Inaz ke bantai ngan dia" panjang lebar nasihat ibu Inaz.
"Hey ibu ni, ni yang buat Inaz malas tau nak cerita ngan ibu. Bukannya reti nak support, bagi lecture free tu ada lah. Dah lah, Inaz nak naik, maMeetingndi pastu tidur." Tanpa menunggu ceramah seterusnya, Inaz terus berjalan menuju ke bilin tidurnya yang terletak di tingkat atas rumahnya.
" Apa nak jadi dengan anak dara sorang ni. Buat pening jer lah perangai " ibu Inaz pula bercakap sendirian. Sejurus selepas itu, dia turut naik ke tingkat atas untuk merehatkan badan dan mindanya. Kononnya nak menjengah ke alam mimpi malam ini. Mimpi dimana anaknya menjadi seorang wanita sejati yang lebih lemah lembut dan bersopan santun.
No comments:
Post a Comment