NOVEL BAB 17
Inaz dan Rijal tiba didepan pintu
utama bangunan pejabat syarikat arwah ayah dan ibu inaz. Inaz keluar dari
kereta penuh bergaya. Seolah- olah ada angina lalu depan mukanya dan meniup
rambutnya supaya beterbangan. Dilihat- lihatnya bangunan tersebut. Dari kiri ke
kanan dan atas ke bawah.
“ Awak. Tak nak keluar ke?”
Soalan Rijal mematikan lamunan Inaz.
“ Ah..ya.” Inaz tersentak.
Inaz diringi Rijal bertemu dengan
mamanya yang sudah siap menunggu di depan meja penyambut tetamu. Sememamngnya
mamanya telah dihubungi semasa dalam perjalanan tadi.
“ Inaz, okay tak pakai macam ni?”
Datin Zainah menyoal Inaz setelah
melihat Inaz menarik- narik baju dan skirtnya sejak mereka sampai tadi.
“ Okay lah ma Cuma tak biasa sikit.”
“ Alah ma nanti lama- lama biasalah
Inaz ni pakai macam ni.” Rijal mencelah.
“ Inaz dah ready dah belajar?” Datin
Zainah bertanya lagi sambil sabar menunggu balasan.
“ Dah.”
Pendek jawapan Inaz.
Setelah mendengar jawapan Inaz, dia
terus dibawa oleh mak mertuanya untuk bertemu semua staff syarikat tersebut.
Rijal pula meneruskan perjalanannya untuk ke pejabatnya sendiri. Setelah
menyedari masih banyak kerja ditinggalkan dipejabat semenjak cutinya untuk
menemani Inaz tempoh hari, dia terpaksa juga masuk hari ini.
Dalam hati Rijal berharap agar Inaz
bersungguh- sungguh belajar tentang perniagaan dari mamanya. Memang Inazlah
yang layak mewarisi perniagaan tersebut sebab dialah satu- satunya waris.
Rijal terus menapak memasuki bangunan
pejabatnya sejurus sampai. Pembantunya Syamin tanpa menunggu dipanggil terus
mengetuk pintu biliknya dan masuk setelah disuruh untuk memberitahu mengenai
jadual Rijal hari ini.
“ Encik Rijal hari ni ada mesyuarat
dengan wakil syarikat Merah Holding untuk berbincang mengenai projek kerjasama
dengan mereka pada pukul 9 pagi nanti.”
Rijal melihat jam tangannya. Sudah
pukul 8.30 pagi. Masih ada 30 minit
untuk menunggu masa.
“ Nanti Encik Rijal nak lunch dengan
siapa?”
Syamin tiba- tiba bertanya dengan
niat ingin memancing Rijal untuk makan tengah hari dengannya.
“ Oh. Nanti saya makan dengan isteri
saya.”
Hati Syamin sekali lagi hampa kerana
usahanya untuk berdua- duaan dengan Rijal sekali gagal.
“ Oh taka pa lah. Ingat nak ajak
Encik makan sekali dengan kitorang staff.”
“ Maaflah ya Syamin. Lain kali lah
ya.”
“ Yalah. Saya keluar dululah Encik
Rijal.”
Syamin berjalan menuju ke pintu
dengan perasaan marah yang tidak ditayangkan. Marah benar dia kerana lelaki
yang diidamkannya telah menjadi milik orang lain sebelum sempat dia meluahkan
rasa. Apatah lagi kini lelaki tersebut asyik berkepit sahaja dengan perempuan
itu.
Selesai sahaja bermesyuarat, Rijal
terus menekan butang di telefon bimbitnya. Nama Inaz dicari dalam senarai buku
telefonnya. Jumpa sahaja namanya, terus dihubungi.
“ Hello, Inaz…”
“ Ya awak. Ada apa?” Suara di hujung
talian menyambut.
“ Saya nak ajak awak lunch bersama
nanti pukul 1. Ajak mama sekali lah.”
“ Boleh. Nantilah saya bagitau dengan
mama ya.”
“ Okay.”
Talian dimatikan. Rijal menyambung
tugasnya. Segala rekod kewangan syarikat, dan dokumen- dokumen penting disemak
dan ditandatangani dimana yang
berkaitan.
Satu- persatu diajarkan Datin Zainah
kepada Inaz mengenai urusan syarikat. Inaz juga akan dilatih cara untuk
berkomunikasi dengan klien. Mujur sahaja, Inaz jenis yang cepat belajar. Tidak begitu
banyak songeh apabila diberi tunjuk ajar.
Sejuk hati Datin Zainah melihat Inaz
bersungguh- sungguh belajar.