NOVEL BAB 5
“Pulangkan saja aku pada ibu ku atau
ayah ku….dulu segenggam emas kau pinang aku…” kedengaran suara Rijal menyanyi
memecah keheningan pagi dari bilik mandinya. Hampir satu jam lamanya Rijal
memandikan dirinya.Tidak teringat langsung akan kejadian semalam di mindanya
pada pagi itu. Selesai mandi, Rijal mengelap badannya sambil dengan lemah
lembut menari nari. Seperti kebiasaan, almari pakaian dibukanya untuk memilih
set pakaian nya untuk hari itu.
“Aha, perfect choice…baju biru match
dengan seluar skinny..ahaha..kau ada kau ada..”seperti orang hilang akal Rijal
bercakap sendiri mengenai pakaian pilihannya. Kesemuannya disarungkan ke
badannya nya yang sedikit sasa itu. Hari ini, Rijal bercadang nak membawa
ibunya bersarapan diluar sahaja. “Morning ma…”sapaan diberi sejurus menapak
menuruni tangga rumahnya dan terlihat ibunya di ruang tamu. “Ai Jal, awal
bangun hari ni..tak biasa biasa kau bangun awal pagi camni?” Tanya ibunya tanpa
membalas sapaan Rijal. “Hari ni, ma tak perlu susah-susah masak . Rijal plan
nak bawa ma pergi breakfast kat luar pagi ni.Pastu kita tour KL
ni…Hehe..”tersengih- sengih Rijal menerangkan rancangan nya pada ibunya.
“Kalau camtu, Rijal tunggu kejap. Ma
naik tukar baju.”Balas Datin Zainah pada anaknya. “Cepat sikit tau ma.” Rijal
pula menggesa. Sekejap sahaja Datin Zainah menghilang dari pandangan Rijal naik
ke biliknya untuk menukar bajunya. Selesai bersiap, Datin Zainah turun menemui
anaknya. “Dah, jom gerak..”ajak Datin Zainah. “Ladies first…” Rijal
mempersilakannya ibunya dahulu dalam Bahasa inggerisnya.
Selesai mengunci pintu rumahnya dan
pagar rumahnya, Rijal memandu keretanya menuju ke sebuah kedai kopi yang
terletak agak jauh dari Bandar. Secara spesifik,di kawasan pekan. “Ma, hari ni
kita makan breakfast ala kampung sikit eh…”Rijal mencadangkan pada ibunya.
“Mana- manalah Jal”balas Datin Zainah ringkas. Mereka duduk di salah satu meja
yang ada dalam kedai tersebut. “Dik…kami nak ambik order” Rijal memanggil
seorang pelayan sambil menyatakan hasratnya untuk mula memesan. “Abang nak
minum apa?”Tanya gadis berbadan sedikit montel itu. “Abang nak minum teh o
peng…ma nak minum apa ma?”Tanya Rijal pada ibunya pula. “Mak cik nak minum kopi
o tanpa gula yer dik”sopan Datin Zainah memesan. Suaranya ketika itu langsung
tak menunjukkan statusnya sebagai Mak Datin. Hebat juga lakonan Datin Zainah
didepan orang ramai. “Makan?”Tanya gadis itu pula. “Mak cik nak roti bakar…Jal
nak apa?” kali ini Datin Zainah pulak menanya kepada anaknya. “Abang nak roti
bun jer dik.”kata Rijal pulak.
Sambil menunggu pesanan mereka
sampai,Rijal sempat berselfie dengan kamera depan telefon jenama IPhone 6 nya.
Tanpa menunggu terus gambar ibunya pulak ditangkap . Terkejut Datin Zainah
apabila sinaran lampu kamera telefon Rijal terkena matanya. Tak sempat posing
lagi dia. Tak pasal- pasal mukanya dah candid. Baru dua gambar ditangkap, terus
gambar tersebut dimuat naik ke akaun instragramnya oleh Rijal. Siap ada caption
lagi. “Keluar breakfast ngan mama hari nie…#mukacandid#morningselfie”.
******************************
Hari ini, Inaz terasa nak keluar
bersama ibunya Datin Munah. “Ibu..jom kita keluar hari ni..Inaz tak pernah
keluar ngan ibu…please…”dalam merayu Inaz mengajak ibunya Datin Munah untuk
keluar bersiar- siar bersamanya. “larr, Inaz ni demam ker? Tak pernah-
pernahnya Inaz ajak ibu keluar…hari ni boleh pulak..”Hairan Datin Munah
mendengar ajakan anaknya. “Nak ke tak nak ibu ni keluar ngan Inaz ni?”Inaz
bertanya.” “Iyer..iyer…kejap lah..bagi lah ibu tukar baju dulu”Datin Munah
sedikit geram dengan anaknya lalu menapak ke biliknya untuk menukar pakaiannya.
“Ibu..cepatlah..”Inaz memanggil ibunya dari runag tamu rumahnya. “Datanglah
ni..hish budak ni tak sabar- sabar”omel Datin Munah sendiri sambil turun untuk
keluar dengan anaknya. “Jangan lupa kunci pintu rumah ngan pagar ni” kata Datin
Munah sambil berjalan menuju ke tempat meletak kasut dan mengenakan sandalnya
dan terus memasuki kereta Inaz. “Yes Madam…” jawab Inaz pula lalu terus
mengerjakan arahan ibunya lalu mengenakan alas kakinya dan memasuki keretanya.
Sebelum kereta dipandu laju, pintu pagar dikunci nya terlebih dahulu sebelum
memasuki keretanya.
“Naz, bawa lah kereta ni perlahan
lahan sikit”pesan Datin Munah kepada Inaz. “Ibu, hari ni kita round- round
Bandar okay” tanpa menghiraukan pesanan ibunya Inaz cuba menukar topic
perbualanan mereka. “Hish budak ni lain orang cakap lain dia cakap..malas aku
layan kau lah”rajuk Datin Munah sendiri. “Ibu, jom kita try makan breakfast
stail kampung hari ni kat pekan sana tu” ajak Inaz cuba mengambil hati ibunya.
“Suka hati Inaz lah…ibu ikut jer”terus hilang rajuk Datin Munah.
Terus sahaja kereta dipandu menuju ke
kedai yang terletak di pekan yang disebut. Sejurus sampai, enjin kereta
dimatikan dan kedua dua mereka keluar dari perut kereta dan memasuki kedai
makan tersebut. Dalam mencari tempat duduk, Datin Munah seakan ternampak
seseorang yang amat dikenalinya. Setelah diamat amatinya, sah lah orang yang
dinampaknya itu adalah Zainah kawan baiknya. Terus sahaja langkah dibawa menuju
ke tempat duduk kawannya untuk bertegur sapa. “Zainah…larr engkau..buat apa
sini?” Tanya Datin Munah setelah menyahut nama kawannya itu. “Eh, Munah…aku
tengah nak breakfast dengan anak lelaki aku. Eh duduk lah sini kitorang.
Seorang ke?” Tanya Datin Zainah pula. “Aku dengan anak perempuan aku. Tu ada
kat belakang” Datin Munah memuncungkan mulutnya menunjukkan anaknya yang
dimaksudkan itu. “Inaz meh duduk sini dengan ibu dan kawan ibu ni.”Panggil
Datin Munah.
“Apa khabar Mak Cik?” Tanya Inaz
sambil menyalami tangan Datin Zainah. “Mak Cik sihat..”jawab Datin Zainah.
“Anak mak cik ke tandas kejap…nanti balik lah tu”beritahu Datin Zainah tanpa
ditanya. “Oh…takpe lah kita ambik order lah dulu” kata Datin Munah mencelah.
Ketiga- tiga wanita itu duduk semeja sambil menunggu kedatangan anak lelaki
Datin Zainah dari tandas. Selesai memesan, Inaz bermain- main dengan jarinya
sementara ibunya khusyuk berbual dengan Datin Zainah. “Ma.. tiba- tiba satu
suara datang dari belakang”. “Ha Jal..kenalkan kawan baik Mak..Datin Munah dan
anaknya Inaz.. “KAU!!!!!” kedua-dua Inaz dan Rijal terkejut apabila bertemu
lagi setelah kejadian semalam. “Kenal ke?”Tanya Datin Munah setelah terkejut
melihat reaksi kedua- duanya. “Ma, nilah mamat yang Inaz cerita semalam tu”
laju Inaz menjawab persoalan ibunya. Datin Zainah pula terpinga- pinga.
“Hesh Inaz tak elok camtu” pesan
Datin Munah lembut. Demi menjaga air muka ibunya depan kawan baik ibunya, Inaz
terpaksa juga menahan egonya. Setelah menunggu pesanan mereka, akhirnya pesanan
pun tiba. Rijal dengan bermurah hati membayar semua harga makanan dan minuman
mereka pada pagi itu. Segan mula timbul di hati Inaz apabila mamat yang
bergaduh dengannya semalam membayar harga makanannya. “Rijal..kenapa senyap
aja..ajak lah Inaz tu berbual”kata Datin Zainah setelah melihat kedua- dua
mereka senyap dari tadi berbanding dia dan Datin Munah yang berceloteh tak
henti- henti. “Saya Rijal” ringkas sahaja Rijal memperkenalkan dirinya pada
Inaz. “ Ermm..Saya Inaz” pun ringkas juga jawapan Inaz.
Setelah bersarapan,keempat- empat
mereka ingin meneruskan perjalanan masing- masing sehinggalah Datin Munah bertanya sambil mengajak “korang nak
pergi mana lepas ni. Kalau tak sibuk jom lah sama- sama jalan-jalan keliling
Bandar” . “Rijal okay tak?”Datin Zainah Tanya pendapat Rijal. “Rijal okay jer
ma”jawab Rijal. Maka keempat- empat mereka meneruskan rancangan tersebut.
Mereka berjalan- jalan di dalam kompleks membeli belah. Kelainannya hari ini,
si ibu berdua pula yang excited membeli belah manakala anak dara dan anak
teruna diam tak berkutik. Tiba- tiba Inaz membuka bicara “kau marah aku lagi
ke?”. Sambil terkejut Rijal menjawab “eh erm.. tak lah aku tak pandai nak marah
orang lama- lama. Ni kan pulak orang yang aku tak kenal.” Sejuk hati Inaz
mendengarnya.
Tanpa sedar, Inaz dan Rijal turut
berbual kosong sambil dipandang oleh ibu mereka masing-masing. Dalam kepala
otak ibu masing- masing sudah timbul satu idea gila yang hanya tunggu masa nak
di cadangkan. Setelah hari hampir gelap maka masing- masing meminta diri untuk
pulang ke rumah masing- masing.
No comments:
Post a Comment