NOVEL BAB 9
Setelah dua minggu
persiapan pertunangan dilakuka, maka seperti yang di rancangkan Inaz dan Rijal
akhirnya diikatkan dengan ikatan pertunangan. Dari luar nampak berseri- seri
keduanya. Rijal pertama kali melihat Inaz dalam persalinan yang nampak
kewanitaan dan Inaz pertama kali melihat Rijal begitu segak dalam persalinan
yang nampak gentlemen sikit. Sesuatu terasa di hati masing- masing namun
dinafikan dek perasaan maisng- masing masih tak dapat menerima insan untuk
bertakhta di hati.
“ Inaz..mulai
sekarang Inaz kena panggil mak cik mama macam Rijal panggil mak cik mama. Nanti
lepas kahwin senang lah sebab dah biasa.” Datin Zainah berkata kepada Inaz
sambil membahasakan dirinya mak cik.
“ Iya lah mak cik..eh
mama..” Segan- segan Inaz membahasakan Datin Zainah sebagai mama.
“ Gitu lah.” Mesra
sahaja suara Datin Zainah.
“ Ha Jal pun sama
lepas ni tak payah nak bermak cik mak cik, panggil ibu jer..ayah Inaz panggil
Ayah jer tau..” Giliran Datin Munah pula mengingatkan Rijal.
“ Baiklah ibu..ayah..”
Lain pula reaksi Rijal. Langsung tak menampakkan kekok bertukar panggilan.
“ Munah..lepas nie
dalam masa sebulan lagi diorang berdua nak bernikah. Elok lah kita periksa
balik apa yang terkurang dalam planning kita tu.” Cadang Datin Zainah.
“ Jangan lah risau
Zainah.. dah cukup rapi perancangan kita. Tak mungkin nyer ada yang
terkurang. Yang terlebih tu adalah
ahahaa.” Riang sekali bunyi ketawa Datin Munah.
Inaz dan Rijal sama-
sama menggeleng kepala sahaja melihat telatah kedua ibu mereka. Dato Saiful pula
hanya tersenyum.
Ramai yang menghadiri
majlis mereka pada hari itu. Kesemua rakan kongsi perniagaan, para pekerja dan saudara- mara. Kesemua nampak begitu
tumpang gembira untuk kedua belah keluarga.
“ Amboi..kemain lagi
kau beribu berayah dengan parent aku ..” Perli Inaz kepada Rijal.
“ Um..diorang suruh,
I follow jer lah. Bukan susah pun.” Balas Rijal sambil menggerakkan bebola
matanya dan melenggokkan badannya.
Sangat meluat dan
geli Inaz melihat perangai Rijal. Sehingga kini, dia masih tak mengerti
bagaimana ibunya boleh bersetuju untuk bermenantukan lelaki seperti Rijal.
Langsung tak ada ciri kelelakian.
“ Wei mamat..aku nak
pergi tandas kejap..” Inaz bersuara tak lama kemudian.
“ Pergi jer lah. Ada
I kisah?” Rijal membidas.
Tanpa mempedulikan
Rijal, Inaz terus melangkah menuju ke tandas rumahnya. Setiap langkah kaki Inaz
diperhatikan Rijal sekali dengan lagaknya. Dalam fikiran sudah meneliti setiap
inci kekurangan sifat kewanitaan Inaz yang ingin diubahnya nanti selepas duduk
serumah dengannya nanti.
“Hum…cantik juga
minah ni kalau tengok betul- betul..” Puji Rijal sendiri dalam hati.
Inaz semakin hilang
dari pandangan Rijal semasa Rijal sedang sibuk memerhatinya. Inaz terus
melangkah sehingga ke tempat yang di tujuinya. Tombol pintu tandas dipulas lalu
badan Inaz menapak masuk untuk menyelesaikan urusan seri paduka nya. Setelah
selesai berurusan, Inaz mengepam air untuk membasuh mangkuk tandas. Inaz
seterusnya mencuci tangannya di sinki yang terdapat didalam bilik air tersebut.
Tiba- tiba Inaz merasa
haus pula. Rancangan asal untuk terus kembali ke tempat tetamu berada ditukar.
Inaz masuk ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaga tekaknya.
Sejurus sampai di dapur, matanya melilau kearah cabinet yang menempatkan cawan.
Setelah mendapatkan cawan, Inaz mencari pulak air mineral didalam peti ais.
Tangannya mencapai bekas air Tupperware yang agak besar yang menyimpan air
masak. Setelah dituang, lalu air terus di minum dan melegakan hausnya.
“uhhh…leganya…erkkk..”
Inaz sendawa sejurus selesai minum air.
“ Hum..elok lah
sangat anak dara dah nak jadi bini orang sendawa macam jantan..” Tiba-tiba
suara Datin Munah menegur Inaz dari arah belakang.
“ Hish ibu ni..buat
orang terkejut jer.. nasib tak kena heart attack..” Inaz pula memarahi ibunya.
“ Tengok tu..orang
tegur dia sentap balik pula dengan kita..” Datin Munah memerli Inaz.
“ Ibu lah…suka cari
kesalahan orang tau..” Inaz menyuarakan ketidak puasan hatinya.
“ Inaz..bawa- bawa
lah berubah nak..kau tu dah nak jadi bini orang..tak elok buat perangai macam
jantan..nanti laki kau lari..” Datin Munah mula menasihati Inaz.
“ Ibu..okay lah orang
macam ni..apa yang tak elok nya. Bukan nya Inaz ada melepak ker apa dengan
orang tak betul.. lagi pun orang cakap kalau seseorang tu sudi mengahwini kita,
maksudnya dia dah bersedia menerima baik
buruk kita…” Inaz pula menunjuk pandai dengan berhujah.
“ Amboi…cakap bukan
main lagi..dah jangan nak bertenggek kat dapur ni lama- lama..tu ha tetamu tu
pergi lah borak ker apa dengan diorang..kesian si Rijal tu sesorang jer
melayan..kesian dia..” Datin Munah memberi arahan sambil mulutnya muncung ke
arah Rijal yang sedang melayan tetamu seorang diri.
“ Kalau camtu ibu
basuh cawan Inaz yer..bye..” Belum sempat Datin Munah bersuara Inaz terus
melangkah dengan laju ke arah Rijal.
“ Hish..bertuah betul
lah budak ni..main lepas tangan jer…harap- harap dapat ler si Rijal tu cairkan
kau Inaz..” Datin Munah bercakap sendiri.
Cukup sebulan usia
pertunangan Rijal dan Inaz, maka mereka pun diijab kabulkan dengan satu lafaz.
Inaz kini sah bergelar hak mutlak Rijal Bin Saifuddin. Gelaran Inaz kini juga
bertukar menjadi Puan Inaz. Seperti yang telah di rancang, Rijal membawa Inaz
pindah ke rumah baru mereka. Mujur juga hasrat mereka untuk tinggal di rumah
sendiri sangat disokong oleh ibu bapa mereka.
“ Nanti sampai ke
rumah kita, you bawa barang you naik salah satu bilik. I akan naik bilik lain.”
Peringat Rijal kepada Inaz.
“ Hey jantan..ingat
aku hadap sangat ke nak tidur sebilik dengan kau..aku pun tak hingin lah kongsi
bilik dengan kau..puiii…” Inaz geram dengan Rijal.
“ Oh..kau puiii aku
yer…takpe..sabar…” Rijal bermonolog sendiri.
Selama hampir
setengah jam memandu, akhirnya mereka sampai disebuah kawasan perumahan yangtak
kurang besar saiz rumahnya. Rijal terus memandu sampai ke seduah rumah yang
bernombor 58. Pintu pagar yang menggunakan system automatic terbuka sendiri
ketika kereta mereka sampai ke depan pagar.
“ Cemana?? Suka tak
rumah yang I belikan untuk kita?Mesti suka ea…” Rijal menduga Inaz.
“ Humm..boleh lah.”
Acuh tak acuh sahaja Inaz menjawab.
“ Dah cepat masuk…”
Arah Rijal kepada Inaz setelah membuka pintu rumah mereka.
Inaz masuk tanpa
bunyi terus membawa bagasi pakaiannya ke dalam rumah.
“ Wei bawa lah I
punya sekali…berat lah..” Omel Rijal.
“ Wei..kau tu jantan
ke betina? Takkan beg berat camtu tak boleh bawa kot..” Inaz sengaja
mempersoalkan Rijal.
“ Amboi…sedap mulut
you jer kan…” Rijal membuat muka tak puas hati.
“ Buekk…” Inaz
menjelirkan lidah.
Maka bermulalah sesi
mencari bilik masing- masing Inaz dan Rijal. Tekad sungguh mereka tidak mahu
tidur sebilik walaupun sah bergelar suami isteri.
“ Weyy jantan…aku
ambil bilik yang ni..” Suara Inaz bergema dari tingkat ats rumah 2 tingkat
mereka.
Rijal terus berlari
naik untuk melihat bilik yang dimaksudkan. Sampai sahaja di depan bilik
tersebut, Rijal terus melihat kedalam. Diamat amatinya bilik tersebut. Apa yang
diperhatikannya pun tak tahu.
“ So…you ambil bilik
ni dan I ambil bilik sebelah sana.”Kata Rijal setelah lama tak bersuara.
“ Whatever..dah kau
keluar aku nak kemas dalam bilik aku ni..” Inaz mengarahkan Rijal keluar dari
biliknya kerana mahu mula mengemas dalam biliknya.
Maka kedua- dua
mereka masing- masing sibuk mengemas bilik sendiri. Tiba- tiba Rijal berasa
perutnya lapar. Sedari pagi tadi dia sudah makan di rumah mamanya sebelum
bergerak pindah ke rumahnya. Tiba- tiba Rijal terasa ingin menguji kebolehan
memasak Inaz.
“ Inaz…boleh tolong
tak?” Tanya Rijal dari biliknya.
“ Tolong apa?!” Inaz
bersuara dari dalam bilik dalam nada menyampah.
“ Tolong masak.” Ucap
Rijal pula.
“ Ha..masak? Weyy aku
mana reti masak. Kau masak sendiri lah.” Inaz membalas dalam nada malas.
“ Eh mana boleh. Kau
isteri.. kena masak untuk suami hehe..” Rijal masih lagi menduga Inaz.
“ Eh…no no no tak
semestinya isteri masak untuk suami.” Inaz masih tak mengalah.
“ Hi….buat jer lah..”
Rijal mula geram.
“ Tak hingin…” Inaz
menolak.
“ Okay fine…aku tak
masak tapi aku makan luar sesorang..kau tak yah makan malam ni..” Rijal
mengugut Inaz.
“ Hi…kejam nya suami
macam dia ni..sanggup tak bagi bini makan..dah lah aku pun lapar..duit pulak
bukan ibu dan ayah bagi lagi..” Inaz mengomel sendiri.
“ Macam mana?” Tanya
Rijal.
“Sukati kau lah…biar
lah aku mati tak makan kat sini..biar kau kena marah dengan mak ayah aku..”Inaz
masih mempertahankan egonya.
“ Suit yourself..”
Rijal bersahaja membalas.
Setelah siap mengemas
biliknya, Rijal terus mencapai tuala untuk mandi. Saat air dari pancuran paip
mengenai tubuhnya, Rijal berasa begitu nyaman sekali. Macam biasa sesi mandi
disertai dengan konsert free.
“ Sayang apa khabar
dengan mu? Disini ku merindukan kamu..ku harap cinta mu takkan berubah disini
ku tetap untuk mu hu…” Suara Rijal kedengaran berlagu nyaring lagu bertajuk
‘Sayang’ nyanyian Shae.
“ Hey..aku yang
perempuan pun takda nya mandi sambil
buat pertandingan menyanyi…apa punya lelaki lah dia ni..” Inaz kehairanan
apabila mendengar suara Rijal dari bilik mandi.
No comments:
Post a Comment