NOVEL BAB 6
Dalam perjalanan pulang, Datin Zainah
sudah berkira- kira dalam minda nya memikirkan kemungkinan jika Rijal dan Inaz
disatukan, mungkinkah Rijal dapat menjadi lelaki yang lebih sejati. Melihat
sahaja perwatakan luaran Inaz, Datin Zainah dapat mendefiniskan Inaz sebagai
gadis yang agak kasar. Cukup sesuai untuk menutup kekurangan diri Rijal.
“Jal…elok jer Inaz tu kan?”Datin Zainah cuba memancing Rijal. “ Boleh lah ma.
Cuma dia kasar sikit.”jujur sahaja jawapan Rijal. “Ma berkenan dengan budaknya”
selamba sahaja Datin Zainah menyatakan hasratnya. Melopong Rijal mendengar
patah bicara ibunya. “Ma, serius ah ma nak menantu cam Inaz tu?”Rijal ingin
kepastian ibunya. “Ma tak kisah kekurangan dia Jal. Yang penting ma tau dia
mampu menjadi isteri yang sempurna kalau Jal mampu membentuk dia.” Melebar pula
penerangan Datin Zainah.
“Ma, Ma tau kan Rijal cemana? Rijal
tak bersedia Ma. Rijal masih nak enjoy single lagi Ma.” Rijal pula merayu pada
ibunya agar tak meneruskan hasratnya. “Jal, sampai bila Rijal nak menyingle ni?
Rijal tu dah makin naik umur tau? Dah cukup untuk memikul tanggunjawab sebagai
seorang suami.” Tegas sikit nada Datin Zainah. “Hurm.. apa nak cakap …pandai-
pandai ma lah”mendatar sahaja suara Rijal enggan membahaskan isu itu lagi.
Dalam hatinya berharap agar ibunya membatalkan niat nya itu. Terus sahaja
kereta dipacu menuju kerumah mereka. Sesampai sahaja dirumah, terus kunci bagai
dibuka dan kedua-duanya memasuki rumah. Malas-
malas Rijal tolong mengangkat barang yang dibeli ibunya tadi sambil otaknya
masih memikir bicara ibunya. Selesai membantu, terus sahaja tubuh dibawa naik
ke bilik. Sempat juga dia ucap Good Night pada mamanya.
Setelah mengunci pintu biliknya,
terus tuala dicapai untuk mandi setelah seharian berjalan. Penat sungguh Rijal
hari ini. Lepas mandi, terus badan direbahkan ke atas tilam empuknya. Matanya
terus tertutup. Tidurnya malam ini ditemani mimpi. “Rijal!!! Kau jangan ingat
kau tu suami aku, aku nak takut dengan kau. Datang sini cepat urut badan aku.
Lepas tu, masak makanan. Kalau tak aku sepak kau…FAHAM!!!!!!” mimpi tersebut
mengejutkan tidur Rijal yang lena. “Kus semangat…nasib baik mimpi jer..”monolog
Rijal sendiri dalam hatinya. Terus tidur disambung.
*****************************
“Syamin…masuk bilik saya kejap” kedengaran
suara Rijal di mesin pemanggil di meja pejabat Syamin merangkap posisi sebagai
pembantu peribadi bos.Dengan kadar segera, Syamin menapak menuju ke pintu bilik
pejabat Rijal.Sebelum memasuki ruang kerja Rijal, Syamin mengatur bajunya dan
mengetuk pintu bilik terdahulu. Setelah mendengar suara Rijal menyuruhnya masuk
barulah Syamin masuk dan berdiri didepan Rijal. Dengan senyuman dibibir Rijal
bertanya “Syamin, mana fail inventori kita yang mengandungi order pelanggan
kita? Boleh awak bawa masuk tak saya nak periksa.” . “Baiklah Encik Rijal saya
akan bawa masuk fail tu. Encik Rijal nak apa-apa lagi ke?” Tanya Syamin. “ Awak
tolong bancuh kopilah untuk saya eh. Thanks” sebuah lagi senyuman dihadiahkan
buat Syamin.
Setelah menghantar fail dan kopi kepada
Rijal, Syamin terus meminta diri untuk meneruskan tugasnya.Seperti kebiasaan
pada hari kerja, Rijal akan menghabiskan kebanyakkan masanya di pejabat untuk
meneruskan perniagaan ibunya. Cuma kalau terasa sudah tension barulah Rijal
akan pulang awal untuk mengunjungi kompleks membeli belah. Dalam kekhusyukan
Rijal bekerja di pejabat, ibunya Datin Zainah mengambil langkah awal iaitu
bertemu kawan baiknya Datin Munah untuk menyatakan hasratnya untuk menyatukan
Rijal dan Inaz. Niatnya disambut baik oleh kawan baiknya itu atas agenda yang
sama iaitu agar Rijal mampu mengubah Inaz menjadi wanita lemah lembut. “Munah,
aku berkenan dengan anak gadis kau. Aku sebenarnya kalau boleh nak suruh dia
kahwin dengan anak aku si Rijal agar dia boleh ubah sikit Rijal tu.”sayu suara
Datin Zainah menyatakan hasratnya. “Samalah aku Zainah, aku sebenarnya ada juga
terfikir camtu. Harap- harap Rijal mampu mengubah Inaz tu jadi solehah
sedikit.”sahut Datin Munah.
“Ginilah Munah, cuba kau tanya laki
kau dulu. Kut-kut dia tak sokong idea kita ni. Kau cerita lah dengan dia yang
aku berkenan dengan Inaz tu. Kalau dia dah bagi green light, kita go on jer
dengan rancangan kita ni.”cadang Datin Zainah penuh teruja. “Nanti lah aku cuba
tanya dia”balas Datin Munah. Tanpa disedari, Inaz telah pun mendengar perbualan
ibunya dan Datin Zainah. Gundah- gulana perasaannya tatkala itu. “Aku nak kena
kahwin dengan Sotong tu? Hey tak boleh jadi ni…” dalam kerisauan Inaz
bermonolog.
“Apa nak buat ni ek? Takkan lari kot?
Esh tak boleh lah sampai lari. Ha, baik aku pujuk papa supaya tak terima plan
ibu.”Inaz bercakap sendiri sambil mundar mandir dalam biliknya. Malam itu,
sebelum sempat ibunya duduk berbual dengan ayahnya diruang tamu,Inaz terlebih
dahulu membeli hati ayahnya. “Yah.. ayah saying Inaz tak?”manja suara Inaz.
“Sayang…kenapa lah tanya camtu”Dato Saiful pula tanya dalam kehairanan. “Camni,
petang tadi Inaz ada dengar ibu nak suruh Inaz kahwin dengan anak kawan dia.
Dahlah baru kenal pastu anak kawan ibu tu pula macam sotong yah. Lemah lembut gitu.Mana
rock ngan Inaz.”sedap mulut Inaz mengutuk kekurangan Rijal padahal kekurangan
sendiri tak Nampak. “Oh sekarang dah pandai pasang telinga dengar orang tua
bercakap….”lantang suara Datin Munah datang dari arah belakang sambil membawa
air kopi untuk dihidangkan pada suaminya. “Abang, Zainah tu berkenan sangat nak
menantukan anak kita. Elok lah kita kahwinkan jer dia ni. Dah besar panjang
pun. Abang tak nak bercucu?”Dari memujuk beralih pula ke peril lagak Datin
Munah. “Haah elok lah kamu kahwin jer Inaz mujur ada orang berkenankan
kamu.”ternyata sangkaan Inaz melesert apabila ayahnya lebih menyokong idea
ibunya. Terus sahaja Inaz diam tak bersuara sambil menarik muka. “Camni lah
bang, esok saya bagi tau Zainah yang kita dah terima hasrat dia.”tanpa mempedulikan
mimic muka Inaz yang dah merah marah, Datin Munah terus membuat keputusan.
“Ayah dengan ibu memang tak sayang
Inaz. Baru orang cakap dah berkenan terus terima. Bukannya kenal sangat hati
budi orang. Dah lah tak tanya orang terima ke tak terus jer buat keputusan
sendiri. Suka hati lah.”dalam nada marah Inaz membahaskan keputusan ibu dan
ayahnya.Terus sahaja Inaz menghentak kaki menuju ke bilik tidurnya.
No comments:
Post a Comment