NOVEL BAB 7
Nyaman rasa pipinya ditampar oleh
angin bayu yang bertiup perlahan malam itu. Malam itu Rijal tidak keluar
kemana- mana selepas pulang kerja petang tadi. Dia hanya duduk melayan jiwanya
sambil duduk di beranda bilik yang berada di tingkat atas rumahnya. Matanya
memandang kesibukan Bandar Kuala Lumpur dengan kereta yang tak pernah lenggang
di jalan raya dari pagi hingga ke malam. Sedang dia sibuk melayan perasaan
sendiri tiba-tiba kedengaran suara ibunya menyapa lembut halwa telinganya.
“Jal…ma ada benda sikit nak cakap kat
Jal ni. Ma harap Jal dapat menerima permintaan ma ni yer?” Sopan sahaja suara
Datin Zainah.
Dahi Rijal mula berkerut mendengar
patah bicara mamanya.
“Macam serius jer ma malam ni. Ada
hal amenda ?” Rijal bertanya sendiri dalam hati.
“Jal..dengar tak mama cakap ni?”
Datin Zainah bertanya lagi setelah melihat raut wajah Rijal seperti jauh
termenung.
“Iyer..dengar lah ni.”Rijal membalas.
“uhum..uhum..”Datin Zainah berdehem
sebelum meneruskan bicaranya.
“Begini…tengah hari
tadi mama ada merisik si Inaz tu…kira mama masuk meminang terus lah. Diorang
pun dah berkenan dengan kau Jal..” Jelas ibunya.
“Ma…seriously? What
did you do? Ma kenapa buat keputusan sendiri tak tanya Rijal.” Bertubi- tubi
soalan terpacul dari bibir Rijal. Tambah pula speakingnya.
“ Jal..ma buat ni
semua untuk kebaikan Rijal juga. Percaya lah. Ma tak kira..2 weeks from now you
will engage with Inaz. One month after that be prepare to become his lawfully
husband. FULLSTOP!!!!” Nada suara Datin Zainah agak meninggi menetapkan
keputusannya. Tak cukup suara, tambah pula raut wajah dan lirikan matanya yang
sedikit membesar.
“ Ma…mama jangan
menyesal kalau masa pertunangan Rijal nanti Rijal cabut lari. Ha tak pasal-
pasal keluar kes tunang lelaki cabut time bertunang.” Rijal mengugut mamanya.
“Rijal…Jal jangan nak
jatuhkan air muka ma k. Lagipun…alah…kemana jer pun nak lari…Jal tu bukan reti
buat apa pun. Bukan ma tak kenal perangai Jal. Hidup bukan tak boleh
dikelilingi shopping kompleks. Tu ha…sampai boxer Jal pun mama yang basuh
tau…Kalau nak cabut..cabut lah…tapi jangan harap kat luar tu kredit kad Jal tu
akan boleh di pakai. Rijal cabut jer, mama potong kredit kad Rijal.” Giliran
Datin Zainah pula menyuarakan ugutan nya.
“Alalalalalalalahhhh….ma
tak kan sebab Rijal tak nak kahwin jer sampai nak potong kad kredit Rijal…nanti
Rijal nak makan apa kat luar tu…unfair lah ma…”Suara Rijal kini merayu.
“Ha…tau pun…so jangan
nak banyak bunyi…ikut jer kehendak mama. Okay” Dengan disertai senyuman sampai
ke telinga dan membuat isyarat tangannya, Datin Zainah memperingatkan Rijal.
“Ahhh…sukati mama
lah…tapi Rijal tak nak masuk campur semua urusan persiapan. Mama yang plan,
mama yang handle semua..”Dalam sekelip mata sahaja Rijal berserah kepada
mamanya.
“ Okay…Rijal tak
payah peduli semua urusan tu.. nanti tau lah mama nak settle kan..Yang pasti,
Rijal kena jadi suami Inaz..Someday you will thank me for it” Datin Zainah
meyakinkan Rijal.
“Thank sangat…teng
teng teng adalah…dahlah Rijal nak tidur sekarang.. So diumumkan perarakan keluar
yang berhormat Datin Zainah dari kamar beradu Putera Rijal….”Rijal mengajuk
pengumuman keluarga diraja untuk keluar tanda memberi isyarat kepada mamanya
untuk berangkat dari biliknya.
Dalam raut wajah yang
berseri- seri mengalahkan terang bulan, Datin Zainah menapak keluar dari bilik
anaknya. Dalam hatinya sudah berbunga- bunga mengingatkan saat ketibaan hari
perkahwinan Rijal dan Inaz.Tambahan pula dia akan berbesankan kawan baiknya
sendiri. Maka ikatan silahturahhim antara kedua keluarga akan semakin rapat.
Setelah menutup daun
pintu bilik anaknya, kelibat Datin Zainah terus hilang dari penglihatan Rijal.
Rijal pula masih belum masuk ke alam mimpi lagi. Hanya berlakon didepan mamanya
sahaja sebentar tadi. Otak nya masih ligat memikirkan keputusan mamanya.
“Isk isk isk…hilang
lah title single simple aku lepas ni. Dah lah bagi minah macam jantan. Bukan
taste aku tu. Hey…ada dia jadi queen control karang naya aku ni. Tak boleh jadi
ni..takper jangan harap aku nak tunduk dengan minah tomboy camtu..no feminism
langsung..” Rijal berdengus sendiri.
“ Baik aku tidur
dulu…biar lah mama yang atur semua..lepas kahwin aku pindah…aku akan make sure
aku dengan minah tu tak sebilik. Minah tu kena ikut semua order aku. Hehe.
Jangan harap hidup dengan aku nak enjoy- enjoy eh..”Minda Rijal memikirkan
perancangan lepas kahwinnya.
Tak ubah seperti
dalam drama melayu perancangannya. Entah sampai bila akan bertahan
perancangannya.
Datin Zainah masih
belum tidur juga ketika itu. Masih segar matanya malam itu. Dalam biliknya yang
diterangi cahaya lampu yang serba mewah dan perabot katil serta televisyen
menghadap katilnya, Datin Zainah duduk di kerusi tempat dia membaca buku sambil
mula merancang persiapan untuk pertunangan dan perkahwinan Rijal.
“Mula- mula kena
sedia set pakaian tunang, set pakaian kahwin, hantaran,venue untuk kahwin,
senarai jemputan dan wedding planner harus ada.” Sambil menulis perancangan
terperincinya, Datin zainah menyebut setiap satu benda yang ditulisnya.
Setelah hampir satu
jam membuat perancangan, tiba- tiba mata Datin Zainah terasa kuyu menandakan
katil nya mula menjemput tuan punya badan untuk melabuhkan badannya. Dituruti
juga kehendak matanya, Datin Zainah menutup lampu biliknya dan menolak masuk
kerusinya kebawah meja dan mula melangkah menuju ke katilnya.
Senyap sunyi keadaan
rumah keluarga Datin Zainah pada malam itu setelah empunya rumah keduanya
tidur. Perkarangan rumahnya kelihatan terang benderang diterangi lampu yang
menerangi halaman rumahnya. Dilengkapi juga dengan cctv di setiap sudut rumahnya.
No comments:
Post a Comment