Thursday, 29 January 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 17
Inaz dan Rijal tiba didepan pintu utama bangunan pejabat syarikat arwah ayah dan ibu inaz. Inaz keluar dari kereta penuh bergaya. Seolah- olah ada angina lalu depan mukanya dan meniup rambutnya supaya beterbangan. Dilihat- lihatnya bangunan tersebut. Dari kiri ke kanan dan atas ke bawah.
“ Awak. Tak nak keluar ke?”
Soalan Rijal mematikan lamunan Inaz.
“ Ah..ya.” Inaz tersentak.
Inaz diringi Rijal bertemu dengan mamanya yang sudah siap menunggu di depan meja penyambut tetamu. Sememamngnya mamanya telah dihubungi semasa dalam perjalanan tadi.
“ Inaz, okay tak pakai macam ni?”
Datin Zainah menyoal Inaz setelah melihat Inaz menarik- narik baju dan skirtnya sejak mereka sampai tadi.
“ Okay lah ma Cuma tak biasa sikit.”
“ Alah ma nanti lama- lama biasalah Inaz ni pakai macam ni.” Rijal mencelah.
“ Inaz dah ready dah belajar?” Datin Zainah bertanya lagi sambil sabar menunggu balasan.
“ Dah.”
Pendek jawapan Inaz.
Setelah mendengar jawapan Inaz, dia terus dibawa oleh mak mertuanya untuk bertemu semua staff syarikat tersebut. Rijal pula meneruskan perjalanannya untuk ke pejabatnya sendiri. Setelah menyedari masih banyak kerja ditinggalkan dipejabat semenjak cutinya untuk menemani Inaz tempoh hari, dia terpaksa juga masuk hari ini.
Dalam hati Rijal berharap agar Inaz bersungguh- sungguh belajar tentang perniagaan dari mamanya. Memang Inazlah yang layak mewarisi perniagaan tersebut sebab dialah satu- satunya waris.
Rijal terus menapak memasuki bangunan pejabatnya sejurus sampai. Pembantunya Syamin tanpa menunggu dipanggil terus mengetuk pintu biliknya dan masuk setelah disuruh untuk memberitahu mengenai jadual Rijal hari ini.
“ Encik Rijal hari ni ada mesyuarat dengan wakil syarikat Merah Holding untuk berbincang mengenai projek kerjasama dengan mereka pada pukul 9 pagi nanti.”
Rijal melihat jam tangannya. Sudah pukul  8.30 pagi. Masih ada 30 minit untuk menunggu masa.
“ Nanti Encik Rijal nak lunch dengan siapa?”
Syamin tiba- tiba bertanya dengan niat ingin memancing Rijal untuk makan tengah hari dengannya.
“ Oh. Nanti saya makan dengan isteri saya.”
Hati Syamin sekali lagi hampa kerana usahanya untuk berdua- duaan dengan Rijal sekali gagal.
“ Oh taka pa lah. Ingat nak ajak Encik makan sekali dengan kitorang staff.”
“ Maaflah ya Syamin. Lain kali lah ya.”
“ Yalah. Saya keluar dululah Encik Rijal.”
Syamin berjalan menuju ke pintu dengan perasaan marah yang tidak ditayangkan. Marah benar dia kerana lelaki yang diidamkannya telah menjadi milik orang lain sebelum sempat dia meluahkan rasa. Apatah lagi kini lelaki tersebut asyik berkepit sahaja dengan perempuan itu.
Selesai sahaja bermesyuarat, Rijal terus menekan butang di telefon bimbitnya. Nama Inaz dicari dalam senarai buku telefonnya. Jumpa sahaja namanya, terus dihubungi.
“ Hello, Inaz…”
“ Ya awak. Ada apa?” Suara di hujung talian menyambut.
“ Saya nak ajak awak lunch bersama nanti pukul 1. Ajak mama sekali lah.”
“ Boleh. Nantilah saya bagitau dengan mama ya.”
“ Okay.”
Talian dimatikan. Rijal menyambung tugasnya. Segala rekod kewangan syarikat, dan dokumen- dokumen penting disemak dan  ditandatangani dimana yang berkaitan.
Satu- persatu diajarkan Datin Zainah kepada Inaz mengenai urusan syarikat. Inaz juga akan dilatih cara untuk berkomunikasi dengan klien. Mujur sahaja, Inaz jenis yang cepat belajar. Tidak begitu banyak songeh apabila diberi tunjuk ajar.
Sejuk hati Datin Zainah melihat Inaz bersungguh- sungguh belajar.

No comments:

Post a Comment