Friday, 23 January 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 10
Keriuhan suasan kota pada malam itu sudah biasa menjadi santapan telinga Rijal yang sedang menikmati makan malamnya di sebuah kedai makan berhampiran rumah barunya. Rijal hanya memesan nasi campur sahaja malam itu. Ketika sedang seronok menjamu selera, tiba- tiba Rijal teringat sesuatu.
“ Serius ker aku nak bagi minah tu berlapar ah? Hey..tak boleh jadi ni…aku tak sekejam tu..”.
Jam tangan Rijal sudah pun menunjukkan angka 8 malam ketika dia menunggu mee goring tapau yang dipesannya sebentar tadi setelah habis makan. Walaupun asalnya dia nak bagi Inaz berlapar, namun hati lembutnya tidak tega untuk membuat sedemikian. Kira- kira sepuluh minit kemudian, seorang pelayan kedai makan itu pun menghampiri Rijal.
“ Encik..mee goring tapau sudah siap..sila bayar kat kaunter yer..”
“ Okay terima kasih..” Rijal membalas.
Rijal terus mengorak langkah menuju kaunter bayaran untuk membayar harga makanan, minuman dan mee goring tapau nya.
“ Semua tujuh ringgit setengah saja Encik..” Kata wanita yang melayan pelanggan di kaunter tersebut.
Sekeping not sepuluh ringgit dikeluarkan Rijal dari dompetnya lalu diberi kepada wanita tersebut. Wanita tersebut menerima huluran wang Rijal dan menekan butang pada mesin kira- kiranya untuk mengira baki wang Rijal. Setelah habis mengira, wanita tersebut memulangkan baki wang kepada Rijal. Rijal menerima baki wang nya lalu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Rijal terus masuk ke perut keretanya dan menghidupkan enjin keretanya. Jarak perjalanan antara rumah barunya dan kedai makan tersebut hanya 5 minit. Setibanya di rumah, Rijal membuka kunci pintu rumah dan terus masuk ke dapur. Rijal meletakkan mee goring tapaunya di atas meja dan terus naik ke tingkatnatas rumahnya untuk mencari Inaz.
Tiba didepan pintu bilik Inaz, Rijal mengetuk pintu lalu memulas tombol pintu. Alangkah terkejutnya bila saat dia membuka pintu kelihatan Inaz masih dalam keadaan bertuala. Bergema jeritan Inaz apabila melihat Rijal di muka pintu.
“ Aaaaarrrgghh!!!!!!! Keluar…aku nak tukar baju lah ngok..”
“ Alamak….Sorry sorry sorry..saya ingat nak bagi tau awak saya dah beli mee goring untuk awak makan malam..” Rijal menjelaskan keadaan lalu menutup daun pintu.
Bersisakan kegeraman di hati kerana Rijal hampir melihat tubuh nya,sempat lagi Inaz tersenyum sendiri kerana Rijal beralah juga membelikannya mee goreng. Usai memakai pakaian, Inaz keluar dari biliknya dan terus turun menuju ke dapur. Dilihatnya Rijal sedang menghidangkan mee goreng untuknya.
“ Wah…rajin juga kau kan..” puji Inaz.
“Kebendanya rajin..” Rijal kebingungan.
“ Yer lah…biasa- biasa orang makan jer dalam bungkus tu…tapi kau tu ha..siap hidang lagi..hehe”
“Hello malam ni saja ok..ni lepas makan pergi Dining Room..ada benda I nak cakap dengan You.” Rijal mengarah.
Tanpa banyak soal, Inaz terus mengiyakan saja arahan Rijal. Inaz melahap mee gorengnya dengan pantas. Maklum lah kelaparan. Tidak sampai beberapa minit, pinggannya licin. Terus dibawanya pinggannya ke sinki lalu dibasuh dan diletakkan di tempat menyimpan pinggan. Seperti yang diarahkan, Inaz pergi ke Dining Room rumah mereka untuk berjumpa Rijal.
“ Duduk…I nak bagi tau rules kat rumah I ni. Yang pertama, mulai esok You kena bangun awal untuk buatkan I sarapan, kedua,You kena belajar membuat kerja rumah dan ketiga You tak boleh keluar rumah sebarangan tanpa izin I.” Tegas nada Rijal.
“ Wey…apasal kena ada rules pulak..dah lah kena bangun awal, buat kerja rumah pastu tak boleh keluar…eee aku tak boleh lah..no no no no” Inaz protes.
“ Boleh ke tak boleh ker.. I don’t care… You kena buat jugak sebab You isteri I..”
  Tapi semua rules kau menguntungkkan kau saja..tak satu pun bagi faedah pada aku…”
“ Sapa cakap…rules ketiga cakap You tak boleh keluar sebarang tanpa izin saja bukannya tak boleh keluar langsung…maksudnya You masih boleh keluar tapi dengan Izin I..”
“ Hihhh apa- apa jer lah kau…dah lah aku nak naik bilik tidur..good night..” Inaz terus bangun.
Sampai sahaja dalam bilik, terus daun pintu biliknya dihempas oleh Inaz. Dia masih rasa tidak puas hati dengan peraturan rumah Rijal. Inaz membawa tubuhnya ke atas katil dan cuba melelapkan mata setelah melalui hari yang cukup panjang.
Rijal masih berada di ruangan rehat rumah mereka. Dia berharap melalui peraturan yang ditetapkannya akan dapat mendidik Inaz menjadi seorang isteri yang baik.Oleh kerana Rijal pun berasa mengantuk, maka dia pun menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Masuk sahaja ke biliknya, terus lampu ditutup dan Rijal pun melelapkan matanya.


No comments:

Post a Comment