NOVEL BAB 12
Terdetik sedikit rasa bahagia di hati
Rijal tatkala menjalankan tugasnya di pejabat. Hati masih teringin dan sentiasa
makan air tangan isterinya.Tanpa disedari, ada mata yang memandang.
“ Encik Rijal boleh saya masuk?”
Kedengaran suara Syamin dari luar
meminta izin untuk masuk ke ruang kerja Rijal.
“ Silalah.”
“ Ini laporan kewangan bulan ni Encik
Rijal dan jadual Encik untuk esok.”
“ Ya. Terima kasih Syamin. Kalau ada
apa- apa sila inform ya.”
Sebuah senyuman dihadiahkan buat
Syamin. Senyuman yang membuatkan Syamin menaruh hati pada majikannya itu.
“ Encik..saya tanya sikit boleh?”
“ Boleh. Tanyalah apa saja.”
“ Encik tiba- tiba nampak bahagia
lepas lunch tadi. Kenapa ek?”
“ Owh..ingat nak tanya apa tadi. Ni
tadi saya balik makan dengan isteri saya. Saya bangga lah sebab walaupun
pertama kali masuk dapur tapi boleh tahan lah dia masak.”
“ Owh..Untung lah kan.”
Syamin hanya senyum kambing sahaja.
Perasaannya sedikit cemburu kerana tidak mampu memiliki hati Rijal. Namun, dia
pelik mengapa wanita serba tidak tahu seperti Inaz yang menjadi pilihan Rijal.
Padahal dia boleh mencari yang lebih baik.
“ Ada apa- apa lagi pertanyaan
Syamin?”
Syamin tersentak.
“ Um..takda lah..saya minta diri
dulu.”
Syamin terus keluar. Rijal tanpa
menghiraukan terus menyambung kerjanya. Hatinya ingin cepat menyiapkan kerja
dan pulang rumah. Diharapnya agar Inaz sedang memasak lagi di rumah. Dia masih
tidak puas merasa air tangan isterinya. Biarlah latihan memasak dilepasi dulu
barulah latihan lain diberinya.
Ketika hendak meletakkan baju kotor
didalam mesin membasuh baju, terkejut beruk Rijal melihat pakaian- pakaian yang
dipakainya semalam belum berbasuh. Begitu juga pakaian Inaz.
“ Inaz..turun jap.”
“ Kenapa awak?”
“ Ni baju ni kenapa tak cuci.
Patutlah tadi saya tengok ampaian kat luar kosong saja.” Rijal tegas sikit
nadanya.
“ Awak tak suruh basuh pun. Lagipun
saya tak reti nak pakai mesin basuh baju ni.” Inaz memberi alasan.
“ Takkan semua saya kena bagi tau.
Lagi pun kalau tak reti awak kan boleh minta saya suruh ajarkan. Hurmm.”
Tanpa ingin membebel panjang terus
sahaja Rijal meminta Inaz melakukan kerja membasuh baju dengan diajarkan
olehnya. Satu- persatu diajarkan penuh kesabaran.
“ Heyy mamat ni malam- malam suruh
kita kerjakan baju- baju ni pulak.” Fikir Inaz sendiri sambil protes.
“ Lepas basuh awak kena jemur kat
ampaian kat luar esok. Pastu kalau dah kering awak kena lipat.”
Kasihan juga Rijal melihat Inaz
terpaksa belajar banyak benda. Namun, Rijal terpaksa demi menjadikan Inaz
seorang wanita yang berdikari dan mampu menguruskan rumah tangga.
Sambil menunggu mesin siap membasuh
baju, Rijal mengajak Inaz untuk menonton televisyen di ruang tamu. Punat alat
kawalan jauh ditekan untuk mencari rancangan yang menarik pada malam itu.
Akhirnya mereka melihat sebuah cerita orang putih.
“ Awak…boleh tolong buat air tak?”
Inaz tiba- tiba bersuara.
“ Saya kena buat air? Hurmm boleh
lah. Awak nak air apa?” Rijal bertanya.
“ Air milo panas.”
“ Okay.”
Rijal menurut sahaja kehendak Inaz
sebagai ganti Inaz juga tidak banyak menolak permintaannya tadi. Air dimasak
sedikti sahaja dan cukup untuk membancuh air milo panas yang Inaz ingin dan
kopi untuk dirinya. Sesudah siap dibancuh, dibawanya air ke ruang tamu dan
disuakan kepada Inaz. Inaz menghirup milo nya. Sedap rasanya air tangan
suaminya.
“ Terima kasih awak.”Inaz tersenyum.
“ Sama- sama.”
Khusyuk sungguh Rijal dan Inaz
menonton cerita pada malam itu. Tiba- tiba kedengaran bunyi ketukan dipintu
yang mengejutkan Rijal dan Inaz. Masing- masing kebingungan tidak mengetahu
siapa gerangan yang datang mengetuk malam- malam sebegitu.
“ Awak..buka lah pintu tengok siapa
datang tu.”Inaz sayu nadanya.
“ Yalah yalah..”
Rijal bingkas bangun dari
kedudukannya dan menapak menuju ke muka pintu.
“ Selamat malam Encik.Maaf. Ini rumah
puan Inaz ke?” Tanya seorang pegawai polis yang berdiri di muka pintu.
“ Haah yalah. Saya suami dia.” Rijal kehairanan
apa kehendaknya Polis dengan isterinya.
“ Kami datang untuk memberitahu
bahawa ibu puan Inaz dan bapanya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya
lewat petang tadi dan meninggal di tempat kejadian.”
Gedebuk. Bunyi Inaz jatuh terjelepok
dilantai saat sedang memasang telinga mendengar perbualan suaminya dengan polis
tersebut.
“ Kami meminta Encik dan Puan Inaz
segera ke Hospital Kuala Lumpur untuk mengenal pasti mayat.”
Kedengaran bunyi tangisan Inaz yang
teresak- esak. Rijal masih menahan rasa sedihnya kerana dia mahu kuat untuk
isterinya. Segera dimintanya Inaz untuk bersiap- siap untuk mengikut dirinya ke
Hospital.
Rijal memacu kenderaannya dengan
kelajuan sederhana laju ketika menuju ke hospital. Dia hanya mampu memujuk dan
memegang tangan Inaz ketika berada di dalam kereta. Hatinya ditabahkan dan
berdoa agar diberi kekuatan.
Ketika sampai di hospital, kedua
mereka terus meluru ke ruangan bilik mayat. Inaz menangis semakin kuat apabila
melihat mayat ibu dan bapanya terkujur kaku. Rijal juga dilanda kesedihan yang
amat. Tidak disangka dia hanya mampu menjadi menantu kepada keduanya untuk
beberapa hari. Kini kedua- dua orang tua isterinya telah kembali menghadap
pencipta.
“ Inaz..sabar ya..banyakkan doa agar
roh arwah diberi ketenangan ya.” Rijal memujuk Inaz.
No comments:
Post a Comment