Friday, 23 January 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 11
Keheningan angina pagi begitu nyaman menampar pipi Rijal yang sedang duduk menunggu pesanan sarapannya pada pagi itu. Sekurang- kurangnya rombakan dihatinya sedikit reda kerana hasrat untuk bersarapan di rumah sendiri dengan hasil air tangan isteri tatkala tidak kesampaian. Siapa sangka, walaupun bergelar wanita, Inaz langsung tidak reti masuk ke dapur. Mana tidak, semuanya disiapkan oleh ibunya dulu.Sedang duduk bersendirian, Rijal disapa oleh seseorang dari belakang.
“ Eh..selamat pagi Encik Rijal. Datang sarapan ke?”.Tanya Syamin.
“Haah..eh duduk lah sekali..alang- alang dah berjumpa. Sarapan sekali lah.” Rijal menjemput.
“ Ok.”
Setelah melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi, hati Syamin dilanda kehairanan. Pada fikirannya, Rijal baru lepas berkahwin. Kenapa bersarapan kat luar? Bukannya ada isteri kat rumah kah yang sediakan sarapan? Walaupun bermacam soalan bermain di benak fikirannya, namun satu pun tak berani ditanyakan kepada Rijal. Takut dikata menjaga tepi kain pula.
“ Eh. Syamin tak nak pesan ke?”
Syamin terpinga- pinga mendengar soalan Rijal tatkala terlalu jauh termenung.
“ Um… um..saya nak kopi panas satu dan roti bakar yer.”
Syamin lantas memesan kepada seorang pelayan yang kebetulan lalu di tepi meja mereka. Seketika kemudian, pelayan tersebut datang sambil membawa pesanan keduanya. Setelah membayar harga makanan dan minuman pagi mereka, Rijal menjemput Syamin untuk mula makan.
Rijal dan Syamin sama- sama senyap sewaktu makan. Maklum lah, masih terbawa- bawa budaya bos dan pekerjanya. Sepertinya tiada topik yang menarik perhatian mereka pada pagi itu untuk dijadikan santapan bicara. Hanya yang kedengaran adalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga didalam pinggan dan bunyi sudu melanggar dinding cawan ketika air dikacau.
Terasa sedap aroma kopi dihirup pada pagi itu. Sepertinya memberi ketenangan jiwa. Sesekali Syamin menilik waktu di jam tangannya. Dilihatnya waktu sudah cukup hampir untuk masuk ke pejabat. Lantas diajaknya Rijal untuk memulakan perjalanan menuju ke pejabat.
Rijal mempersilakan Syamin untuk bergerak dahulu manakala di menyusul dibelakang. Mujur sahaja, lalu lintas tidak sesak sangat lalu memudahkan perjalanan kedua mereka. Begitu mudah kereta keduanya menyusuri dada jalan sehiingga ke pejabat.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.40 pagi ketika Inaz terbangun dari tidurnya yang sungguh enak itu. Sempat lagi dia menggeliat dan tergolek- golek sebentar diatas katilnya seketika sebelum mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.
Siap berkemas, Inaz berjalan keliling melihat lihat dalam rumah barunya. Otaknya  tidak tahu langsung apa yang harus dilakukannya ketika itu. Perutnya pula berasa lapar namun satu benda di dapur pun tidak reti dimasaknya.
“ Apa nak makan ni ek?”
Satu persatu cabinet didapur dibukanya. Akhirnya terlihat olehnya bungkusan paket maggi lalu dicapainya sepaket. Hanya maggi sahaja lah menjadi sarapannya untuk pagi itu. Api dihidupkan dan kuali berisi air diletakkan di atas kaki para. Tidak langsung terdetik dihatinya pada pagi itu untuk mengemas rumah mahupun menyediakan makanan tengah hari untuk suaminya.
“ Ok..dah siap..bon appetite.”
Baru sahaja Inaz hendak mula makan, tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Terus sahaja dicapainya telefonnya yang diletakkan berdekatan dirinya ketika itu dan melihat nama yang tertera di skrin. Ternyata suaminya yang menelefon.
“ Apa mamat ni nak ek?”
Tanpa memberi salam, telefon dijawabnya.
“Ha, kenapa?”
“Tengah hari ni, saya nak balik makan. Awak masak apa?” Tanya Rijal.
Kebingungan sejenak Inaz tatkala mendengar ungkapan “I” “You” Rijal sudah bertukar jadi “Awak” “ Saya” pula.
“ Aku mana lah reti masak. Kau tapau sajalah dari luar tu pastu bawa balik kita makan sama.”
Begitu tinggi harapan Inaz agar Rijal membeli makanan bungkus sahaja dari luar. Namun, Rijal sudah tekad, pandai atau tidak Inaz kena juga masak untuknya mulai hari ini. Tiada alasan akan diterima.
“ Saya nak awak cuba juga masak hari ini. Tak kira. Pukul 12 nanti saya balik makan. Okay.Bye.” Bunyi telefon ditutup.
Puas sungguh hati Rijal. Tidak sabar hatinya untuk balik makan air tangan isterinya tengah hari nanti.
Inaz jadi tidak tenang menikmati magginya. Mindanya masih bercelaru tidak tahu apa yang harus di masakkannya untuk suaminnya nanti. Belom sempat menolak, sudah Rijal mematikan telefonnya. Digagahi juga jiwanya menerima cabaran yang baru Rijal beri padanya.
Terus sahaja otaknya teringatkan ibunya. Didailnya nombor ibunya untuk meminta ibunya mengajarnya masak.
“ Hello..ibu Inaz ni..boleh tak ajar Inaz masak sayur goreng dan sup ayam?”
“ Inaz kot yer pun bagilah salam dulu. Ni tak main terjah jer.” Datin Munah membebel di talian.
“ Iya lah ibu..selamat pagi.”
“ Humm..pagi..ni dah kenapa tiba- tiba minta ibu ajar masak apa sayur goreng dengan sup ayam ni?”
“ Tu ha..Si Rijal cakap nak balik makan tengah hari pastu suruh Inaz masak pulak. Mana tak gabra.”
“ Ha..bagus…nah sekarang ambil kertas dan salin apa ibu sebut.”
Setelah siap menyalin setiap butir bicara ibunya di talian, terus Inaz mengucapkan terima kasih dan memutuskan talian dan memulakan projek besar pertamanya. Diikutnya segala langkah- langkah yang ibunya ajar demi menyiapkan makanan tengah hari untuk sang suami.
Lega hati Datin Munah kerana Inaz akhirnya mempunyai sebab untuk masuk ke dapur.
Selama dua jam Inaz bertungkus lumus di dapur untuk memasak buat pertama kalinya. Dilihatnya waktu sudah menunjukkan pukul 12. Seperti yang dijanjikan, dalam pukul 12.15 Rijal terlihat di muka pintu rumahnya. Hidungnya terus menghidu masakan Inaz.
“ Selamat tengah hari. Masak apa tu?” Rijal menegur saat masuk ke dapur.
“ Ha…sila lah..ni saya masak sayur goreng dan sup ayam. Rasa lah.”
Tanpa menuggu ajakan kali kedua, Rijal lantas menarik kerusi dari bawah meja dan duduk menghadap nasi dan lauk yang dah terhidang di depan mata. Baru sahaja hendak merasa makanannya, dia ditegur oleh Inaz.
“ Ai main rasa saja. Baca doa lah at least.”
Berbunga hati Rijal ketika itu kerana meski Inaz nampak berbeza dari wanita lain, namun serba sedikit ajaran agama tetap diingatnya. Pantas sahaja Rijal menadah tangan untuk membaca doa makan lalu juadah tengah hari di rasanya.
“ So..macam mana first try?” Inaz bertanya.
“ Boleh lah..daripada tak ada kan..tapi masin sikit lah.”
“ Lah. Takkan lah. Saya letak cukup garam tak lebih tak kurang tau.”Inaz mula menarik muka.
“Sedap.alah cakap sikit dah merajuk.” Rijal memujuk.
Inaz tersipu- sipu mendengar Rijal memujuk dirinya. Tanpa disedarinya, Rijal terhimpit rasa hairan kerana dari tadi didengarinya Inaz membahasakan dirinya “ Awak” dan “Saya”. Persoalan sama yang menimpa Inaz tadi. Tanpa dilayan kehairanannya itu, santapan terus dirasai.
“ Eh takkan tengok saja. Makan lah sekali.”
“ Ingat tak nak jemput tadi hehe.” Inaz bersuara setelah diajak Rijal.
Laju sahaja nasi diceduk dari periuk lalu diletakkan di pinggannya.
“ Nak tambah nasi tak?” Tanya Inaz setelah melihat nasi Rijal tinggal sedikit sahaja,
“ Bolehlah letak sikit.”
Buat pertama kalinya Inaz dan Rijal makan semeja. Suasana begitu tenang sekali walaupun tidak banyak bersuara ketika makan. Sesekali sahaja bersuara. Itu pun ketika meminta lauk. Rijal berasa amat bersyukur kerana cubaan pertama Inaz untuk memasak untuk nya berjaya.
Selesai makan Rijal meminta diri untuk kembali ke pejabat. Namun sebelum pergi, sempat Rijal mencuba nasib untuk meminta Inaz menyalami dirinya. Mujur sahaja Inaz menurut dengan terbuka. Inaz sedar, itu adalah salah satu kewajipannya sebagai isteri. Rijal tidak mahu terburu- buru walaupun terdetik dihatinya untuk mengucup dahi isterinya.

No comments:

Post a Comment