Wednesday, 14 January 2015

NOVEL BAB 8
Cerah sungguh hari itu. Keadaan tidak berapa panas dan tidak berapa sejuk pada pagi itu. Kelihatan Datin Zainah dan Datin Munah sedang duduk berbincang mengenai persiapan untuk pertunangan dan perkahwinan Rijal dan Inaz. Bersungguh- sungguh keduanya menimbangkan segala- segalanya.
“Munah…aku rasa elok kita ambil wedding planner dari ‘JAS WEDDING PLANNER’ ni. Diorang ni banyak dapat recommendation tau. Aku kalau boleh, nak dari pertunangan sampai ke perkahwinan diorang ni nak bagi grant sikit. Setuju tak?” Soal Datin Zainah kepada Datin Munah.
“Haah lah Zainah. Aku setuju sangat cadangan kau. Maklum lah. Dah lah berdua ni sama- sama anak tunggal. Iyer tak?” Dalam menyetujui cadangan rakannya, Datin Munah menyoal pula.
“ Hai…harap- harap semuanya berjalan lancar Munah.” Besar harapan Datin Zainah.
“Eh mana anak dara engkau? Dari tadi lagi aku tak nampak bakal menantu aku tu.” Tanya Datin Zainah setelah agak lama dia memerhati namun kelibat Inaz tak terlihat juga.
“ Katanya nak keluar jumpa orang tadi. Tu yang awal- awal lagi dah gerak.” Jelas Datin Munah.
Tanpa Datin Munah ketahui, sebenarnya Inaz telah merancang untuk bertemu dengan Rijal secara senyap- senyap untuk membuat perhitungan sendiri. Kebetulan ketika mereka bertemu pertama kali tempoh hari, keduanya sempat bertukar nombor telefon. Apa yang nak dibincangkan oleh Inaz kepada Rijal pun tak tahu.
**********************
“Uhum.. uhum…ada apa hal kau nak jumpa aku minah?” Tanya Rijal.
“ Amboi…apa hal kau tanya aku? Kau lah. Mak kau. Dok pandai- pandai meminang aku.  Tak pasal- pasal parent aku terima. Hey stress aku tau tak.” Panjang melebar aduan Inaz.
“Hello…bukan I minta mama I pinang you eh. Dia sendiri yang dah berkenan dengan you. I nak buat apa lagi?” Rijal pula menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“ Oho…dah tu apsal kau tak fight?” Inaz berbicara lagi. Masih tidak puas hati.
“ BukanIi tak fight…tapi mama I ugut nak potong kredit kad I kalau I lari..habis I nak makan apa? Cer cakap?” Dari penjelasan beralih ke persoalan bicara Rijal.
“Humm…habis tu sekarang ni nak buat apa lah?” Inaz tanya dalam kebuntuan.
“ Buat apa lagi…ready jer lah nak tukar title. Tapi I dah set plan kita lepas kahwin. Hehe…”Nampak sungguh evil mimic muka Rijal.
“ Cer citer sikit plan kau tu.” Sambil bersuara Inaz buat gerakan tangan dua jari bergerak turun naik di kedua belah tangannya.
“ Lepas kahwin kita pindah rumah. Lepas tu you dan I tidur bilik asing- asing. You  kena duduk rumah. I tak bagi you kerja. You kena buat apa I suruh. FAHAM!!!” Tegas sahaja suara Rijal menetapkan satu persatu perancangannya.
“ Buat apa kau suruh? Maksud kau? Sila jelaskan..” Pinta Inaz.
“ I tak set lagi apa benda I nak suruh you buat. Tengok lah nanti.” Jelas Rijal.
“ Wowowo…bunyi macam unfair jer ni. Mana boleh aku jer buat apa kau suruh. Habis engkau? Aku nak tukar sikit plan kau. Kau selitkan dalam tu hal kau adalah hal engkau dan hal aku adalah hal aku. Cemana?” Inaz menyoal.
“ Okay..no problem..” Bersahaja nada Rijal.
“ Okay..deal..”Inaz bersetuju.
“Hihihih…sukanyer hati I. Senang juga nak deal ngan you eh…hehe…bagus bagus bagus…gini..sekarang we alls lunch dulu…biar mama I ngan Mak you yang handle semua.” Dalam bersosrak riang sambil terlompat- lompat Rijal mengajak Inaz untuk makan tengah hari bersamanya.
“Whatever..kau belanja” Inaz menerima ajakan Rijal sambil dalam hatinya menyampan melihat perangai lembut Rijal.
Maka kedua bakal mempelai tersebut pun memandu kereta masing- masing menuju kedai makan yang berdekatan. Kedua- duanya sudah menerima hakikat bahawa mereka akan dijodohkan oleh keluarga masing- masing. Berbekalkan sebuah persetujuan  yang mana kedua belah orang tua dari keluarga masing- masing tidak tahu mengenainya.
“Kita makan kat sini lah you.”Rijal dengan masih loghat I you I you nya menunjukkan sebuah kedai makan yang tertulis “PERFECT TASTE”.
Dah menjadi kebiasaan kepada Rijal bertukar selera setiap kali. Kali ini selera makanan western pula menjadi pilihannya.
“ Perghh…caya lah bro…western food sekali kau bawa aku…kot yer pun nak celebrate tak yah lah sampai ke western food sangat..”Itu dia keluar juga loghat bro si Inaz.
“ Naper? You tak suka ker? Kalau tak suka cari kedai makan biasa jer lah.” Rijal membuat muka sikit tidak puas hati lalu ingin beredar.
“ Eh eh sapa cakap wa tak suka bro…”Cepat- cepat Inaz mengambil hati Rijal.
“ Ha.. kalau suka jangan nak banyak bunyi..makan jer kat sini..”Rijal bersuara semula sambil menggoyangkan jari telunjuknya.
“ Okay bos..” jawab Inaz.
Sementara itu di pejabat Rijal, pembantu peribadinya Syamin sibuk berbual mengenai dirinya bersama pekerja lain.
“Wei…hensem kan Encik Rijal tu kalau tengok betul- betul..” Puji Syamin kepada Tina seorang pekerja bahagian kewangan syarikat itu.
“ Tu lah pasal..hensem tapi kureng sikit. Bos tu kalau ikut semua dah cukup syarat jadi boyfriend Cuma kurang satu benda jer..tak jantan  haha…” Terburai ketawa Tina mengutuk majikannya itu.
“ Agaknya kalau buat suami sakan bini dia jadi queen control.” Tambah Ahmad lagi seorang pekerja bahagian pengurus pemasaran di syarikat itu.
“ Hish korang ni..tak elok cakap camtu tau. Lelaki macam Encik Rijal tu lah seelok- elok manusia. Kalau buat suami takkan ada risiko cerai. Kompom bahagia ke anak cucu ha..” Syamin mempertahankan pujaan hatinya.
“ Yer lah kau Min..kau memang suka giler dengan Encik Rijal tu yer..” Tina cuba mengorek rahsia Syamin.
“ Well..hehe” Syamin tersengeh melihat Tina dan Ahmad.
Begitu lah kebiasaan pekerja- pekerja Rijal di pejabat. Depan Rijal bukan main Tarik tali. Tapi belakang dia asyik mengutuk bagai. Setelah puas bergosip, akhirnya kesemua ahli kelab gossip pejabat itu pulang ke meja masing- masing.
Seketika kemudian Rijal pun tiba semula di pejabat setelah makan tengah hari bersama bakal isterinya tadi. Nampak sungguh bergaya dia berjalan di dalam bangunan pejabat ibunya yang kini di terajuinya .


No comments:

Post a Comment