NOVEL BAB 14
Bunyi kicauan burung menyapa halwa
telinga Inaz pada pagi. Tidak seperti kebiasaan, seawal jam 8 pagi dia sudah
bangun. Perasaannya berasa sedikit tenang di pagi yang syahdu itu. Buat pertama
kalinya, Inaz terasa ingin bangun awal pagi dan menyiapkan sarapan pagi untuk
dirinya dan Rijal. Maklumlah dia kini tidak mempunyai sesiapa lagi selain Rijal
suaminya dan ibu mertuanya. Maka kepada Mereka lah bakti harus ditaburkan.
Menu pagi ringkas sahaja. Namun
walaupun ringkas, masih kelemahan Inaz yang satu itu belum mampu di baiki
sepenuhnya. Hanya ingin menggoreng nasi goreng campur telur pun tidak tahu
bagaimana.
“ Humm cemana nak goreng nasi ek? Dah
lah lauk hari tu arwah ibu yang ajar. Alah hantam sahaja lah. Kalau dia marah
apa boleh buat.” Inaz mengomel sendiri.
Kesibukan Inaz memasak awal pagi itu
memecah keheningan tidur pagi Rijal. Bunyi gorengan di kuali terlalu kuat
hingga mampu terdengar dari bilik Rijal.
“ Aarrghh siapa pula lah bergendang
dengan kuali pagi- pagi buta ini?”
Dengan keadaan mata masih bertahi dan
kuyu, Rijal bangkit dari tidurnya. Ingin melihat siapa gerangannya yang
menggoreng ketika itu. Bagai tidak percaya akan penglihatannya, Rijal terpegun
melihat Inaz sedang memasak awal pagi di dapur. Pada mulanya ingin menegur dan
bertanya namun niat dibatalkan serta merta.
“ Baik aku tak payah tanya dia. Mana
tau dia nak surprise aku ke?”
Terus sahaja kaki diangkat menuju
kembali ke bilik. Ingin bersiap- siap dan segera turun menikmati sarapan
paginya. Usai mandi, Rijal menilik ke dalam almari pakaiannya. Entah mengapa
perasaannya hari ini tidak terlalu memilih pakaian untuk dikenakan. Apa sahaja
baju dan seluar dikenakan.
Ringkas sahaja pemakaiannya. Lalu
bilik dikosongkan. Tubuh dibawa menuruni tangga rumahnya menuju kedapur. Dilihatnya
Inaz sudah siap memasak.
“ Good Morning…” Ucapan menyapa
telinga Inaz.
Terkejut dengan kehadiran Rijal, Inaz
tersekat- sekat membalas sapaan tersebut.
“ Ah Ah Good Morning..”
Rijal hanya tersenyum sahaja melihat
gelagat Inaz. Sedikit sebanyak perlakuan Inaz mencuit hatinya.
“ Awal bangun hari ni..” Rijal
menduga.
“ Saja..tak boleh?” Inaz menyoal
kembali.
Dengan hanya membalas pertanyaan inaz
melalui Senyuman, Rijal memuncungkan mulutnya menandakan keinginannya untuk
mengetahui apa hidangan yang tersembunyi di balik tudung lauk di atas mejanya.
Inaz pula hanya mempersilakan Rijal untuk duduk sementara dia menghidang.
“ Awak..ini saya masak nasi goreng
campur telur special untuk awak…rasa ek.”
Rijal menyenduk sedikit nasi goreng
yang ada di dalam pinggannya. Inaz hanya menunggu komen sambil berdiri. Sesudu
dua sudu dirasa Rijal kemudian, sudu diletakkan.
“ Awak..nasi ni masin sangat..cemana
awak goreng ni..hari tu awak masak lauk lagi okay..” Rijal mengomen panjang
lebar.
“ Alah masin sikit saja.” Inaz
membalas.
“ Kalau macam inilah awak masak
setiap hari hai..boleh kena darah tinggi saya ini.”
Dengan perasaan sedikit marah, Inaz
meninggikan sedikit nadanya menunjukkan ketidakpuasan hatinya atas usaha yang
tidak dihargai.
“ Amboi…sedapnya awak peril saya..awak
tahu tak penat- penat saya bangun pagi ingat nak masak untuk awak pastu sedap-
sedap awak perli saya.”
“ Ha tengok tu orang cakap sikit dah
melenting. Awak tu perempuan. Coba jadi sopan sikit macam saya. Hey tak kuasa
lah orang macam awak ni.” Omel Rijal.
“ Amboi sedap kau kutuk aku ek.Wei
kau cakap cantik sikit eh. Macam aku lah rugged. Kau tu yang tak sedar diri.
Apa punya lelaki kau ni? Tangan lembut jer.” Sindir Inaz.
Mendengar kata- kata pedas dari Inaz,
Rijal bingkas bangun dan menumbuk meja lalu berlalu keluar. Ingin keluar
melepaskan geram.
“ Hiiii orang dah baik- baik masak
untuk dia, boleh sentap pula.” Inaz bercakap sendiri.
Rijal berjalan- jalan sendiri
mengelilingi taman permainan yang terdapat di kawasan perumahannya. Hatinya
masih berbahang mengenang kata- kata Inaz. Namun jauh disudut hati, dia
berfikir mungkin ada betul juga si Inaz itu.
“ Mungkin betul juga cakap minah tu.
Aku kena berubah.Tapi apasal dia marah tadi ek? Semalam dia okay jer aku
tegur.”
Tiba- tiba terlintas difikiran Rijal
mungkin Inaz masih terbawa perasaan sedihnya sehingga tidak mampu menerima
teguran. Dikala itu, timbul sedikit rasa bersalah di hati Rijal kerana tidak
menghargai usaha Inaz pagi tadi. Hatinya tiba- tiba rasa ingin pulang
kerumahnya untuk meminta maaf.
Sampai sahaja dirumah, dilihatnya
Inaz sedang berbaring melihat gambar arwah ibunya dan ayahnya. Dilihatnya air
mata keluat bertitisan dari tubir mata Inaz yang kecil. Pilu hati Rijal melihat
keadaan Inaz. Perlahan- lahan Rijal mendekati Inaz.
“ Awak..saya minta maaf sebab marah
pasal nasi awak pagi tadi.”
“ Isk isk isk..takpa lah..” Inaz
hanya menjawab ringkas.
Mendengar kata- kata Inaz yang
seperti tidak Ikhlas, Rijal lantas memegang tangan Inaz.
“ Awak..saya janji lepas ni saya akan
ajar awak masak ya.”
“
Tak menyusahkan ke?” Tanya Inaz.
“ Tidak. Saya Ikhlas. Tapi saya nak
tanya awak sekali ini sahaja. Awak jawab ya.” Rijal inginkan kepastian.
“ Tanya lah.”
“ Kenapa hari itu awak boleh masak
dengan elok tapi bukan hari ini?”
Sedu perasaan Inaz mendengar
persoalan itu. Mana tidaknya itulah hidangan pertama dan terakhir yang ibu Inaz
pernah ajarkan pada Inaz.
“ Itu…arwah ibu yang ajarkan. Pagi
selepas awak telefon, saya terus telefon ibu untuk tolong ajarkan. Sebab tu
elok.”
Timbul rasa bersalah di hati Rijal
kerana bertanyakan soalan tersebut. Soalan tersebut menibulkan kembali
kesedihan Inaz. Sejurus menjawab persoalan Rijal, air mata Inaz mengalir dengan
laju. Menyedari akan hal itu, Inaz dipeluk erat oleh Rijal.
“ Awak jangan lah bersedih sangat ya.
Bawalah bersabar ya. Awak masi ada saya dan mama. Saya janji saya akan ajar
awak buat semua benda mulai hari ini. Kalau ada yang silap saya takkan
marah.Saya janji.” Bersungguh- sungguh Rijal berjanji.
“ Janji ya..pinky swear.”
Inaz menunjukkan jari kelinkingnya.
“ Pinky swear.” Rijal hanya
tersenyum.
No comments:
Post a Comment