NOVEL BAB 16
Rijal hairan akan keseganan Inaz
untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Sememangnya Rijal tidak mengingati akan
peristiwa tersebut.
“ Kenapa nak segan. Bukan ada apa
pun.”
“ Awak tak ingat ker kedai ni? Ni kan
tempat kat mana kita pernah bergaduh pasal meja dulu. Hehe.” Inaz memberi
senyuman kambing.
“ Owh..pasal tu. Saya baru teringat.
O..sekarang tau segan. Ahahaha.” Rijal ketawa terbahak- bahak.
“ Ish. Jahat. Makan kedai lain lah
jom.”
Rijal segera membawa Inaz ke kedai
makan lain. Inaz merasa debaran dihatinya buat pertama kali apabila Rijal
memegang tangannya. Suatu perasaan asing pada dirinya.
Akhirnya, Rijal dan Inaz singgah
disebuah kedai makan yang menghidangkan makanan segera sahaja. Bagi mereka,
makan sederhana sekali sekala pun apa salahnya. Sedang Rijal memilih- milih
makanan di gerai makanan segera, seseorang menegurnya dari belakang.
“ Encik Rijal. Encik buat apa kat
sini?” Syamin bertanya.
“ Larr Syamin. Ingat siapa tadi. Ni
nak makan lah. Urmm. Syamin seorang saja ke?”
“ Haah, seorang saja. Encik Rijal?”
“ Saya datang dengan isteri saya.”
Rijal dengan bangganya menunjukkan Inaz.
“ Owh…ini isteri Encik Rijal. Apa
khabar Puan?”
“ Khabar baik. Abang…ini siapa ya?”
Inaz bertanya.
Rijal tersentak. Buat pertama kali
Inaz membahasakan dia sebagai abang. Kelu lidahnya.
“ Abang…saya tanya ni. Ini siapa?”
“ Urm..ini P.A abang. Syamin namanya.
Kenalkan.”
Inaz sekadar menghadiahkan senyuman
dan anggukan kepada Syamin. Perasaanya berasa tidak selesa melihat pemakaian
Syamin yang terlalu seksi dan menjolok mata.
“ Eh. Jom lah makan sekali dengan
kitorang Syamin.” Rijal menjemput.
“ Takpa lah Encik Rijal, saya baru
lepas makan ni. Nak balik pejabat dah. Kenapa Encik tak masuk pejabat hari
ini?”
“ Saya ada urusan hari ini. Takpa
hari ini awak aturkan jadual saya untuk esok ya.”
Selepas memberi pesan kepada Syamin,
Rijal menarik tangan Inaz untuk mencari tempat duduk. Syamin ditinggalkan
begitu sahaja.
Syamin pulang ke pejabat dengan
perasaan cemburu dan marah. Dia pelik, macam mana perempuan macam Inaz boleh
menjadi isteri Rijal. Dahlah pakaian macam jantan. Kasar sahaja dia meletakkan
beg tangannya di atas meja kerjanya. Butang di komputer atas meja pun ditekan
sekuat- kuat hatinya.
Sementara itu, Inaz menikmati makan
tengah hari bersama Rijal.
“ Abang…kenapa pekerja abang seksi
sangat? Tak pa ke pergi ke pejabat macam tu?”
“ Itu hak dia. Abang tak boleh nak
paksa. Tapi abang tak benarkan Inaz pergi ke pejabat macam tu. Please.”
“ Abang toksah risau lah. Inaz tak
berkenan pun nak pakai macam tu ke pejabat.”
“ Syukurlah. Dah. Makan cepat. Pastu
kita pergi tengok wayang nak?”
“ Eeee…seronoknya. Nak. Mestilah
nak.”Inaz melonjak keriangan.
Rijal ketawa melihat gelagat
isterinya. Dilihatnya, Inaz sedikit demi sedikit berubah semenjak tinggal dengannya.
Senang sahaja nak lembutkan hatinya.
Inaz dan Rijal memilih untuk menonton
sebuah filem hantu baru. Keseraman menonton wayang tersebut membuatkan Inaz
memeluk erat tangan Rijal. Rijal merasa berdebar- debar saat itu. Sudah
berkali- kali perasaan itu datang menerpa dirinya namun dia hanya menganggap
itu Cuma biasa- biasa sahaja.
Bagi Inaz pula lengan Rijalberasa
begitu selesa dan hangat disamping dapat menenangkannya yang ketakutan menonton
wayang tersebut. Sedikit- sebanyak dia juga merasa debaran dihatinya kerana
selalu menyentuh Rijal baru- baru ini.
“ Gulp…kenapa dengan aku ni. Asyik
nak kepit saja dengan mamat ni?” Inaz bertanya dalam hatinya.
Tiada jawapan pasti yang dapat
ditimbulkan. Kedua- duanya hanya senyap menonton tayangan cerita tersebut.
Datin Zainah membelek- belek dokumen
di pejabat syarikat arwah rakannya. Seperti yang telah dijanjikannya dengan
arwah berdua, dia akan mengajar Inaz menerajui perniagaan mereka. Dilihat waktu
di jam tangannya. Sudah masuk pukul lapan pagi.
“ Mana Inaz ni? Semalam Rijal cakap
nak suruh dia masuk sebelum pukul 8. Ni dah pukul 8 dah ni. Sangkut kat jam
agaknya.” Datin Zainah berfikir sendiri.
Seketika, Datin Zainah termenung
sendiri mengingati kenangannya bersama arwah rakannya Datin Munah. Rakan yang bersama
dengannya menuntut di United Kingdom dahulu dalam bidang pengurusan perniagaan.
Setelah habis belajar, kedua- dua mereka bekerja disyarikat arwah bapa Datin
Munah sehingga lah Datin Zainah berkahwin dan mengambil keputusan untuk membuat
perniagaan sendiri bersama suaminya.
“ Munah, aku janji akan didik Inaz
macam anak aku sendiri.”
Itulah janji terakhir Datin Zainah
sebelum kematian sahabatnya itu.
Rijal memandu dengan kelajuan
sederhana laju pagi itu. Dia menghantar Inaz turun ke pejabat buat pertama
kali. Bagai tidak percaya akan penglihatan matanya, Inaz kelihatan begitu
anggun dan berkelas memakai pakaian pejabat. Baju blazer untuk wanita
dipadankan dengan skirt labuh hampir mengenai buku lalinya. Rambut pula sudah
nampak panjang sedikit setelah diluruskan dan digulung dibahagian hujungnya.
“ Awak…okay ke saya pakai macam ni?
Tak over sangat ke?” Inaz masih ragu- ragu akan penampilan barunya.
“ Okay. Awak nampak cantik sangat
macam ini.” Puji Rijal.
Pipi Inaz bertukar kemerahan. Malu
dipuji sebegitu buat pertama kali.
No comments:
Post a Comment