NOVEL BAB 15
Bunyi salam dari luar mengejutkan
Inaz dan Rijal yang sedang berada di dalam rumah ketika itu. Rijal menyelak
sedikit langsir tingkap rumahnya. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang
berdiri diluar. Kemas berbaju kemeja dan bertali leher. Briefcase kelihatan
erat dipegang. Tanpa membiarkan tetamunya terus menuggu diluar, Rijal bergegas
ke depan pintu untuk menyambutnya sambil membalas salam.
“ Ya Encik, maaf lah buat Encik
tunggu lama. Ada apa saya boleh bantu ya?”
“ Saya ni Haikal. Peguam kepada arwah
Dato Saiful dan Datin Munah. Sebenarnya saya datang ni nak serahkan wasiat
mereka kepada Puan Inaz, isteri Encik.” Jawab lelaki tersebut.
“ Oh…kalau macam tu, masukklah dulu
kita bincang dekat dalam.” Jemput Rijal.
“ Ok.” Haikal menyetujui.
Haikal menyusul dibelakang Rijal
setelah dijemput masuk. Rijal terus meminta Inaz menyediakan minuman setelah
menjemput Haikal duduk. Haikal membuka briefcase nya dan mengeluarkan dokumen-
dokumen yang penting untuk diberi kepada Inaz.
Inaz kembali dari dapur sambil
membawa dulang berisi sirap oren. Dia menyertai Rijal duduk untuk berbincang
dengan Haikal setelah menjemput Haikal untuk minum.
“ Puan Inaz dan Encik Haikal, mula-
mula saya ucapkan takziah di atas pemergian Dato dan Datin.”
“ Terima kasih.” Jawab Inaz sedikit
sayu.
“ Sebelum pemergian kedua arwah,
mereka telah mengamanahkan saya menyerahkan segala asset, harta dan syarikat
kepada Puan Inaz dan . Encik Rijal pula adalah sebagai penjamin Puan Inaz.”
Jelas Haikal.
“ Alamak…haah lah awak. Tak terfikir
pula saya siapa yang manage company ibu dengan ayah awak sekarang dan .”
“ Encik dan Puan jangan risau.
Sekarang syarikat arwah Dato dengan Datin sekarang masih dibawah pengawasan
Datin Zainah, ibu Encik Rijal. Dia yang tolong menguruskan syarikat sekarang
sebab arwah Dato dan Datin percayakan dia untuk membantu Puan Inaz .”
Inaz terpinga- pinga mendengar kata-
kata Haikal. Sungguh tidak terlintas difikirannya bahawa kedua orang tuanya
akan meninggalkan semua wasiatnya atas namanya .
“ Maksudnya sekarang saya yang kena
menerajui company ayah dengan ibu saya?” Inaz
menyoal.
“ Nampaknya begitulah.” Ringkas
jawapan Haikal.
“ Tapi saya tak tahu cara nak urus
syarikat besar macam tu.”
“ Macam saya cakap tadi, Datin Zainah
akan membantu Puan. Dia akan mengajar Puan macam mana nak handle syarikat tu.”
Inaz berasa kepalanya sedikit
bercelaru. Dia yang tak pernah membantu langsung dipejabat ayah dan ibunya kini
terpaksa mengambil alih tugas mereka. Dia tidak yakin dapat meneruskan kejayaan
perniagaan keluarganya.
“ Awak..janganlah risau..mama pasti
dapat tolong awak. Saya akan sentiasa tolong awak juga ya.” Rijal memujuk Inaz.
“ Itu sahaja tugas saya Encik Rijal
dan Puan Inaz. Sekarang saya nak gerak dulu.” Haikal meminta diri.
“ Eh. Minumlah dulu.” Rijal menjemput.
“ Baiklah Encik Rijal.”
Kini, Rijal pula yang serba salah.
Mampukah Inaz melakukan dua perkara dalam masa yang sama. Inaz isterinya baru
sahaja kena belajar untuk menjadi isteri yang sebenar kini terpaksa pula
belajar untuk menjadi ketua di syarikat ayah dan ibunya.
Inaz merasa segala- galanya berlaku
begitu pantas.
“ Awak. Macam mana ni? Esok saya dah
kena masuk pejabat. Macam mana saya nak buat kerja rumah, masak untuk awak dan
pakaian untuk ke pejabat pun saya tak tahu.” Inaz buntu.
“ Relax Inaz. Kalau pasal kerja rumah
dan masak tu saya akan bantu awak. Tak apalah. Kita basuh malam. Kemas rumah
hujung minggu. Dan pasal pakaian, saya rasa elok lah kita keluar rumah sekarang
dan beli pakaian yang sesuai untuk awak.” Rijal memberi cadangan.
“ Alah…pakaian yang selalu saya pakai
tu tak boleh ke?”
“ Tak boleh. Itu casual. Kalau nak
pergi pejabat, kena pakai formal. Dah tak payah cakap banyak, sekarang awak
naik tukar baju kita keluar beli pakaian awak.”
“ Yalah..”
Dalam hati Rijal tidak sabar- sabar
untuk mengubah penampilan Inaz yang agak kelelakian itu. Dia teringin sekali
melihat Inaz dalam persalinan wanita.
Bermulalah pengembaraan Rijal untuk
membantu Inaz mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya pergi pejabat.
Segala pakaian formal wanita, beg tangan dan alat solek dibeli. Rambut Inaz
juga diubah stailnya. Nampaknya Rijal lebih arif perihal ini berbanding Inaz
sendiri yang hakikatnya seorang perempuan.
“ Eh kejap-kejap, ni asyik shopping
untuk saya saja. Awak tak shopping sekali ker?” Tanya Inaz.
“ Kenapa pula nak shopping untuk
saya.?” Rijal hairan.
“ Tak payah banyak tanya. Sekarang
kita shopping untuk awak pula. Tengok lah apa awak pakai ni…ahaha..” Inaz
ketawa.
“ Amboi..sedapnya kutuk aku ea
ahaha..ye lah suka hati kau lah. Jom.”
Inaz menarik tangan Rijal untuk
mencari T- shirt dan pakaian yang lebih kelelakian untuk Rijal. Inaz terperasan
baju-baju Rijal semuanya bersifat warna lembut dan mengikut susuk tubuh. Memang
tak kena langsung dengan dirinya yang lelaki.
Rijal tersenyum sahaja melihat Inaz
bersungguh- sungguh memilih baju untuknya. Tidak tahu kenapa tapi kenapa
hatinya merasa begitu bahagia. Melihat kemesraan Inaz kini,terlupa sudah dia
akan pertemuan pertama mereka dahulu.
Inaz tersipu- sipu malu apabila ekor
matanya menangkap Rijal yang sedang tersenyum- senyum melihat dirinya.
“ Awak…cuba pakai baju ni. Ini nampak
gentlemen sikit.”
Rijal menyambut baju T yang
dihulurkan Inaz lalu dibawa ke bilik mencuba baju. Tidak lama, dia keluar
menggayakan baju tersebut depan Inaz. Inaz merasa puas hati melihat baju
tersebut padan dengan Rijal.
“ Awak. Hensem tak saya?” Tanya
Rijal.
“ Hii…perasannya..” Inaz tersenyum.
Sakan benar kedua mereka membeli
belah sampai ke tengah hari. Masing- masing mengadu lapar setelah puas
berjalan- jalan. Rijal mengajak Inaz makan di sebuah kedai makan di dalam pusat
membeli belah tersebut. Setelah di amat- amati Inaz ternyata itu adalah kedai
makan dimana mereka pertama kali bertemu.
“ Awak..seganlah masuk kedai ni.
Hehe.” Inaz malu.
No comments:
Post a Comment