NOVEL BAB 13
Langit mendung sahaja hari itu.
Semendung perasaan Rijal, ibunya dan Inaz. Masing- masing masih tidak menyangka
orang tersayang mereka sudah menghadap ilahi. Sesudah jenazah keduanya selamat
dikebumikan, Rijal dan Inaz segera pulang ke rumah mereka. Perjalanan balik
begitu sunyi. Tiada perbualan memecah suasana.
Samapai sahaja di rumah,Inaz lemah
naik ke tingkat atas rumah menuju ke biliknya. Rijal hanya senyap melihat
tingkah laku isterinya. Tidak sampai hatinya untuk mengajak Inaz berbicara kala
itu. Melihat jam sudah hampir masuk waktu makan malam, Rijal segera masuk ke
rumah. Hasratnya untuk memasak untuk Inaz ingin segera dituruti.
Suis lampu dapur ditekan dan cahaya
dari lampu menerangi seluruh ruangan dapur. Rijal membuka peti ais dan mencari
apa sahaja yang boleh dimasaknya. Lalu dicapai sayur labu dan daging. Lauk sup
labu dan daging goreng menjadi pilihan.
“ Harap- harap cerah sikit lah hati
Inaz nanti makan lauk aku masak ni. Kesian Inaz.” Rijal bermonolog sendiri.
Inaz masih menangis sendirian didalam
kamarnya. Masih teringat di benak fikiran dan ingatannya saat ibu dan bapanya
masih hidup. Kini dalam sekelip mata kedua orang tua sudah tiada. Hatinya
begitu susah untuk menerima hakikat tersebut.
“ Ibu..kenapa ibu dan ayah pergi??”
Inaz bertanya sendiri dalam hatinya.
Walaupun terasa sikit kelaparan, Inaz
masih tidak terasa untuk menjengah dapur untuk mencari makanan. Tanpa
pengetahuannya, Rijal sudah pun siap memasak di dapur.
“ Inaz…awak…turun lah makan..” suara
Rijal memanggil Inaz dari dapur.
Setelah panggilan nya tidak
bersambut, Rijal mengambil keputusan untuk naik dan melihat Inaz dibiliknya.
Sebelum masu, Rijal mengetuk pintu bilik Inaz.
“ Awak.. saya masuk ya..”
“ Masuklah.” Suara Inaz kedengaran
sayup- sayup dari dalam biliknya.
Rijal membuka pintu bilik Inaz dan
terlihat Inaz masih terbaring di katilnya. Perlahan- lahan Rijal berjalan ke
birai katil Inaz.
“ Awak.. makan jom. Saya dah masak
dah. Ya.”
“ Saya tak lapar lah. Isk. Isk”Inaz
menipu dalam sedu nadanya.
“ Awak..makan lah sikit. Nanti awak
sakit. Ya.” Rijal masih berusaha mengajak.
“ Awak tolong bawa kesini boleh tak.
Saya tak larat lah.” Inaz minta simpati.
Setelah bersetuju untuk membawa
makanan untuk Inaz, Rijal lantas keluar dari biliknya dan menuruni tangga
menuju ke dapur. Hatinya sanggup membuat apa sahaja untuk Inaz kala itu asalkan
dia makan. Pantas dia menyiapkan segala makanan Inaz dan meletakkannya di atas
talam dan membawanya naik.
Tanpa mengetuk, Rijal terus sahaja
membawa makanan masuk ke bilik Inaz. Diletakkannya makanan tersebut di atas
meja tepi katil Inaz. Inaz dibantunya juga untuk bangun. Tanpa disuruh, Rijal
menawarkan dirinya untuk menyuapkan Inaz. Inaz hanya mengangguk.
Nasi yang panas dicampur dengan lauk
ditiup perlahan lalu disuapkan kepada Inaz. Perlahan- lahan tekak Inaz menelan
makanan tersebut. Sebak serta terharu inaz kerana Rijal begitu prihatin akan
keadaan dirinya.
Sedikit demi sedikit makanan di
habiskan sehingga lah ke butiran nasi yang terakhir. Memahami keadaan Inaz,
Rijal lalu memintanya untuk mandi dan berehat. Sementara itu Rijal pula mengisi
perutnya didapur kerana belum sempat menyentuh makanan dari tadi.
“ Biarlah dia berehat malam ini.
Kasihan.”
Menuruti sahaja kata- kata Rijal,
Inaz terus mandi dan bersiap- siap untuk tidur. Hari tersebut begitu panjang
dan memenatkan baginya.
Rijal pula sudah siap mengemas dapur
dan naik ke biliknya untuk mengemaskan dirinya dan masuk tidur. Awal- awal lagi
dia sudah untuk mengambil cuti esok. Hasratnya hanya ingin menemani Inaz di
rumah esok.
Usai mandi, Rijal memakai baju
tidurnya dan mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya butang di telefonnya.
Sebuah aplikasi permainan Clash of Clan diaktifkan. Sudah terlalu lama dia
membuka aplikasi tersebut dek kesibukan. Sambil memberi masa agar matanya mengantuk,
Rijal bermain permainan tersebut dengan khusyuk.
Seketika kemudian, matanya terasa
berat dan tidak mampu tertanggung lagi. Menyedari akan hal tersebut, Rijal
lantas menutup aplikasi permainannya. Diletakkannya telefonnya di atas meja
tepi katil dan menutup lampu . Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Suhu
penghawa dingin juga naikkan sedikit kerana tidak mahu tidur dalam keadaan yang
terlalu sejuk tahap kutub utara.
No comments:
Post a Comment