NOVEL BAB 18
Inaz melihat jam tangannya. Waktu
sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Dia teringat akan janjinya untuk makan
tengah hari bersama Rijal.
“ Mama, tadi Abang Rijal ajak kita
makan tengah hari bersama. Jom lah. Lagipun dah masuk masa makan ni.”
“ Haah lah Inaz. Kalau macam tu, kita
kemas- kemas lepas tu kita turun makan.”
Bergegas- gegas Inaz dan Datin Zainah
mengemaskan semua dokumen yang berada di atas meja kerja Inaz. Selesai sahaja
pekerjaan tersebut, terus beg tangan Datin Zainah capai dan berjalan bersama
Inaz. Laju langkah mereka memasuki lif untuk turun ke bawah.
Kelibat Rijal kelihatan sudah siap
menunggu di depan pintu utama.
“ Lama tunggu Jal?”
Datin Zainah bertanya.
“ Taklah. Rijal baru saja sampai. Dah
jomlah makan. Dah lapar ni.”
“ yalah, yalah.”
Letiga- tiga mereka memasuki perut
kereta Rijal. Rijal ingin membawa mereka makan disebuah kedai makan barat hari
ini. Kononnya untuk meraikan Inaz pertama kali memasuki dunia perniagaan.
“ Awak..macam mana hari ini? Dapat
tangkap tak apa mama ajar?” Rijal bertanya.
“ Okay lah. Tak lah susah mana pun.
Hehe.”Inaz mengangkat hidung sedikit.
“ Itu baru sikit Inaz. Banyak lagi
kamu kena belajar nanti.” Datin Zainah pula mengingatkan.
Inaz sekadar mengangguk tanda akur
dengan ibu mertuanya. Sememangnya dia sedar, banyak lagi yang perlu
dipelajarinya mengenai dunia perniagaan. Rijal hanya tersenyum mendengar
mamanya mengingatkan Inaz.
********************
Syamin berfikir- fikir sendiri.
“ Apa lagi muslihat aku nak pakai ya
untuk dapatkan Encik Rijal tu?”
Syamin begitu tekad ingin mendapatkan
Rijal walau menyedari bahawa Rijal kini sudah memegang status suami orang.
Otaknya ligat memikir pelbagai cara untuk memenangi hati Rijal.
Akhirnya, dia mendapat akal jahat
untuk merebut Rijal dari Inaz. Telefon bimbitnya ditekan untuk menghubungi
seorang rakannya yang akan menjadi sekongkolnya untuk menjayakan rancangannya
itu. Setelah menetapkan tempat dan masa untuk berjumpa, talian pun dimatikan.
Dia tersenyum sendiri memikirkan kemungkinan kejayaan rancangannya.
“ Ada apa kau nak jumpa aku ni?”
Tobah, rakan lelaki sekongkol Syamin
untuk mendapatkan Rijal bertanya setelah sampai didepan Syamin.
“ Kot ya pun duduk lah dulu.” Syamin
menenangkan Tobah.
Tobah menarik malas kerusi yang ada
didepan matanya lalu duduk sambil tangan digenggamkan di atas meja.
“ Aku ada job untuk kau. Kerja kau
senang saja tapi bayaran lumayan.”
Syamin begitu yakin menyatakan hasrat
dan tujuannya berjumpa dengan Tobah. Tobah memberi reaksi seakan- akan memerli.
“ Hey kau ingat kau tu model ked an
aku ni cameraman kau?”
“ Banyak bunyi kau kan. Aku bukan nak
berposing pastu suruh kau photoshoot aku. Aku nak buat scene pastu kau ambil
gambar. Gambar tu mesti candid. Boleh tak?”
Syamin berdolak – dalih dengan Tobah.
Tobah berdehem sebentar lalu bersuara.
“ Bila nak start?”
“ As soon as possible. Kau tunggu aku
call. Ni deposit kau.”
Demi menjayakan rancangan jahatnya,
Syamin sanggup membayar deposit sebanyak RM 2000 kepada Tobah. Tobah yang
pantang nak menolak duit terus mengambil deposit tersebut.
Kedua- dua mereka berpisah setelah
mengatur urus niaganya. Kini Tobah hanya menunggu panggilan dari Syamin untuk
menjalankan tugasnya.
Malam itu Rijal menjadi tukang masak
manakala Inaz pula menjadi tukang cuci. Semenjak INaz terpaksa belajar untuk
menguruskan syarikat arwah orang tuanya, kini dia terpaksa membahagi kerja
dengan Rijal atas persetujuan Rijal sendiri. Rijal sememangnya tidak mengambil
kisah sangat kerana dia memahami situasi yang menimpa Inaz.
“ Awak….lepas cuci dengan sabun ni
buat apa lagi?”
Suara Inaz bergema dari bilik
mandinya mereka yang menempatkan mesin basuh.
“ Lah..lepas cuci tu bilas lah dengan
air bersih.”
Suara Rijal pula kedengaran dari
sudut dapur rumah mereka sambil disertai bunyi senduk berlaga didalam kuali.
Inaz melakukan seperti yang diarah.
Setelah membilas pakaian, Inaz memasukkan pakaian tersebut satu demi satu
kedalam bahagian pengering mesin basuh itu lalu menjengah ke dapur untuk makan
setelah dipanggil oleh Rijal.
“ Eh eh eh….banyak bersih tangan awak.
Cuci dulu tangan sebelum makan.” Rijal mengingatkan Inaz apabila melihat Inaz
sudah duduk di meja makan tanpa membasuh tangan.
“ Hehe..sorry doctor.” Inaz memerli.
Setelah doa makan selesai dibaca oleh
Rijal, Inaz mencapai sebiji cawan lalu menuang air kedalamnya. Tekaknya tiba-
tiba terasa haus. Tanpa disedari, Rijal memerhatikan perlakuannya.
“ Amboi…banyak cantik muka awak.
Minum seorang saja. Tuanglah saya punya sekali.”
Rijal meminta kepada Inaz.
“ Eeeeee tuang lah sendiri. Semua nak
orang buat untuk awak. Awak ingat awak tu tuan raja.”
Inaz memprotes.
“ Oho..tak kenang diri untung. Dah
lah orang penat- penat masak untuk dia. Suruh tuang air pun banyak bunyi.
Hey…apa punya bini lah.”
“ Shusshh tak elok bergaduh depan
rezeki. Makan ya makan. Jangan malu- malu. Buat macam rumah sendiri.”
Inaz membuat reaksi selamba lantas
mengukir senyuman di bibir mungilnya.
Rijal hanya tersenyum tatkala tercuit
hati melihat reaksi selamba Inaz. Baru sahaja dia hendak meledakkan kepanasan
dihatinya, terus sahaja bagai dicurah dengan air ais batu lalu memadamkan
baranya.
No comments:
Post a Comment