Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"



TAJUK NOVEL: CINTA UPSIDEDOWN
PENULIS: IAN LARION
QUOTE BUKU: MEREKA MEMANG PELIK, TAPI SEBAB PELIK ITULAH MENJADI CINTA.
STATUS BUKU: BELUM PERNAH DITERBITKAN
“ PENULISAN HANYA SEKADAR MENGISI MASA LAPANG.”
NEXT MISSION
TAJUK NOVEL: BRC ( BERMACAM RAGAM CERITA)

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"



NOVEL BAB 37
Inaz bersama ibu mertuanya serta suami dan anak kembar mereka Nurina dan Rafiq melawat pusara ibu bapa Inaz. Sudah sekian lama mereka tidak ke situ.
“ Ibu, ayah, Inaz datang bawa cucu ibu dan ayah.” Kata Inaz ketika tiba di situ.
Datin Zainah dan Rijal membersihkan kawasan pusara kedua mereka. Sesudah itu, mereka bersembahyang seketika disitu.
Habis bersembahyang, mereka mengemas dan ingin balik. Nurina dan Rafiq berlari kegembiraan.
“ Inaz, Afiq…hati- hati nanti jatuh.” Kata Rijal dari kejauhan.
“ Alah mama, papa , nenek cepat lah. Ina nak balik.” Balas Ina sambil tersenyum.
Inaz dan Rijal gembira melihat anak- anak mereka membesar dengan sihat dan gembira. Kini kehidupan mereka semakin bertambah baik dan kekal bahagia.
 Datin Zainah lega kerana dia telah mencari jodoh yang betul- betul sesuai untuk Rijal.
Begitu lah jodoh yang sudah Tuhan tentukan untuk setiap manusia. Setiap ketidaksempurnaan insan akan dilengkapi oleh insan lain. Inaz dan Rijal memang telah dijodohkan Tuhan sejak awal- awal lagi Cuma masa saja yang menentukan.
TAMAT………

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 36
Meriah sungguh suasana dalam pejabat Inaz hari ini. Baru sebentar dia dinaikkan sebagai CEO rasmi syarikat.
“ Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua. Saya berjanji akan berusaha menjadi ketua yang boleh membawa kita semua ke arah kejayaan.” Ucap Inaz.
Selesai berucap, para pekerja tidak henti- henti mengucapkan tahniah.  Kini tanggungjawab yang besar berada di bahu Inaz untuk digalas. Dalam menunggu saat menjadi ibu, dia terpaksa mengurus syarikat besar seperti itu. Datin Zainah mengesyorkan agar Inaz mencari pembantu peribadi kerana Datin Zainah akan kembali membantu Rijal mengendalikan syarikat mereka sendiri.
Petang itu, Inaz balik bersama Rijal ke rumah mereka. Ketika sampai di depan pagar, dilihatnya Ilyas sedang menunggu di luar.
“ Apa dia nak lagi ni?” Tanya Rijal tegas.
“ Entah lah abang.” Balas Inaz mula bimbang.
Rijal menghentikan keretanya di luar. Dia dan Inaz keluar dari kereta. Ilyas berdiri menghadap kedua mereka.
“ Kau nak apa lagi Ilyas?” Tanya Rijal kasar.
“ Aku datang nak minta maaf pada korang berdua. Aku tahu aku tak patut buat macam tu.” Jelas Ilyas.
Jatuh kasihan Rijal dan Inaz mendengar permohonan maaf Ilyas.
“ Ilyas, sudahlah. I dah maafkan you pun.” Jelas Inaz sebelum sempat Rijal membuka mulut.
“ Ya lah Ilyas. Cuma lepas ni aku harap kau dapat jauhkan diri dari kitorang.” Kata Rijal.
“ Itu kau tak perlu risau. Aku databg ni pun nak untuk kali terakhir.”
“ Kenapa awak cakap macam tu?” Tanya Inaz hairan.
“ Saya dah dapat kerja kat Sarawak. Saya akan terbang lusa.” Jelas Ilyas lagi.
Lega perasaan Rijal mendengar kata- kata Ilyas. Namun Inaz terkilan sedikit kerana buat pertama kalinya dia mempunyai kawan dan kini kawannya akan berjauhan darinya. Walau apa juga kesilapan Ilyas, semua sudah dimaafkannya.
“ Pergi lah Ilyas. Bina hidup baru. Carilah wanita yang boleh cintakan kau.” Kata Rijal sambil menepuk perlahan bahu Ilyas.
“ Terima kasih sebab sudi maafkan aku. Aku minta diri dulu.”
Ilyas berlalu meninggalkan Inaz dan Rijal. Rijal membawa Inaz masuk ke rumah setelah Ilyas hilang dari pandangan. Keretanya di pandu masuk setelah dia keluar balik setelah menghantar Inaz masuk.
Rijal masuk ke rumah setelah memakir dan mematikan enjin keretanya. Selepas meletakkan kunci, Rijal naik ke bilik mereka.
****************
Inaz berdiri di balkoni bilik mereka sambil memegang perutnya yang semakin membesar. Rijal datang dari arah belakang dan memeluknya.
“ Abang…terima kasih sebab terima sayang.” Ucap Inaz mesra.
“ Abang pun nak ucapkan terima kasih kepada sayang sebab sudi menerima abang.” Ucap Rijal pula.
Rijal dan Inaz sama- sama membuang pandang  melihat langit malam yang penuh bintang pada malam itu. Mereka berharap kehidupan mereka akan sentiasa dipenuhi bunga- bunga bahagia setiap hari.
Ketika malam semakin sejuk, Rijal mengajak Inaz masuk ke bilik untuk tidur dan berehat setelah melalui hari yang begitu panjang.

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 35
Sejurus tiba di depan meja Syamin, Rijal memintanya untuk masuk ke bilik pejabatnya dengan segera.
“ Ya Encik Rijal. Ada apa panggil saya pagi- pagi ni Encik?” Tanya Syamin dengan nada hairanya.
“ Saya nak penjelasan dari awak.” Balas Rijal.
“ Penjelasan apa Encik?” Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Rijal mengeluarkan sampul yang berisi gambarnya dengan Syamin dan keluarkan semua gambar tersebut.
“ Awak tahu apa- apa tentang gambar ni?” Rijal melayangkan satu gambar ditangannya.
Syamin mula resah melihat gambar tersebut namun berlagak biasa.
“ Tak tahu Encik. Macam mana Encik ada gambar macam tu?” Soal Syamin.
“ Ada seseorang yang menghantar gambar tersebut ke rumah saya dan isteri saya menyambutnya. Gambar- gambar ni hampir memusnahkan rumah tangga saya.” Jelas Rijal.
Syamin mengetap bibir, risau jika rahsia nya terbongkar disitu. Tapi dia masih menenangkan diri kerana dia fikir tidak mungkin Tobah akan pecah rahsia.
“ Mulanya saya tak mengesyaki awak kerana awak nampak macam mangsa yang tak tahu apa- apa langsung tentang gambar ni semua. Tapi setelah saya mengupah orang untuk menyiasat, segalanya jelas bahawa awak sendiri mengupah orang untuk mengambil dan menghantar gambar ni semua.”
Rijal masih mengawal diri dan  perasaannya agar tidak mengeruhkan keadaan.
Syamin mula tidak keruan dalam bicara nya.
“ Sa…sa..saya..tapi….kenapa Encik tuduh saya?”
“ Sebab orang yang awak upah tu sendiri mengaku.” Senang sahaja Rijal memberi jawapan.
Muka Syamin mula merona merah, malu untuk menjawab dengan Rijal.
“ Kenapa awak buat semua ni Syamin? Awak cantik, muda dan bujang. Kenapa awak kejarkan orang yang sudah berkahwin macam saya?” Rijal mula meminta penjelasan.
“ Sebab saya cintakan Encik Rijal. Saya sanggup buat apa saja asalkan Encik terima saya.” Rayu Syamin mula menitiskan air matanya meminta ihsan.
“ Syamin, saya dah berkahwin. Saya sangat sayang isteri saya. Mana mungkin saya dapat terima awak.”
Rijal cuba meleraikan drama yang sedang berlaku didepannya.
“ Macam ni lah, saya nasihatkan awak lupakan saja perasaan awak terhadap saya dan cari seorang lelaki yang lebih baik dari saya. Awak tak perlu risau. Saya takkan pecat awak sebab masalah peribadi ni. Awak boleh terus kerja kat sini dan lupakan perkara ni.” Cadang Rijal.
Syamin mengangguk sahaja mengiyakan cadangan Rijal. Dia bersyukur walaupun dalam keadaan seperti itu, Rijal masih mampu bersikap professional. Mulanya dia ingat dia akan dipecat oleh Rijal namun ternyata Rijal masih mengambilnya bekerja.
Rijal membenarkan Syamin kembali meneruskan kerjanya di luar. Hatinya lega segalanya sudah selesai. Kini dia mampu meneruskan kerja seperti sediakala.
*************
Inaz masuk ke pejabat semula hari itu seperti biasa. Dilihatnya meja Ilyas sudah bersih.
“ Ke mana Ilyas agaknya ?” Fikir Inaz sendiri.
“ Urm…Ilyas mana?” Tanya Inaz pada seorang pekerja lelaki yang kebetulan lalu di depannya.
“ Oh…Ilyas dah resign Puan. Tak tahu lah kenapa. Tiba- tiba jer.” Jelas lelaki tersebut.
“ Owh…ok..”
Inaz berlalu dari situ menuju ke tempatnya. Ada juga mata- mata yang memandangnya namun tidak disedarinya.
Datin Zainah tiba- tiba menegur dari belakang.
“ Morning Inaz.”
“ Morning mama.”
“Hari ni Inaz tak perlu buat apa- apa kerja kat meja Inaz ni. Cuma hari ni, Inaz bawa seseorang untuk bantu Inaz kemas sikit-sikit bilik CEO tu. Mulai esok Inaz akan dinaikkan sebagai ketua di Syarikat ni.” Jelas Datin Zainah disertai senyuman.
“ Betul ker ma?”
“ Betul…dah tak payah cakap banyak. Pergi sekarang cari tukang cuci dan minta dia tolong kemas.”
Datin Zainah terus berlalu setelah memberi arahan kepada Inaz.

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 34
Datin Zainah memeluk erat tubuh Inaz. Tangisan bercucuran keluar dari tubir mata kedua- dua mereka.
“ Ma, maafkan Inaz ma.”
“ Takpa sayang. Mama maafkan.” Kata Datin Zainah.
Lega perasaan Datin Zainah setelah diberitahu Rijal semalam bahawa Inaz sudah balik. Sementara Inaz dan Datin Zainah berdua- duaan di rumah, Rijal pula keluar berjumpa Stephen. Stephen menelefon Rijal semasa Rijal hendak keluar rumah tadi untuk memaklumkan bahawa dia sudah tahu siapa yang mengambil gambar tersebut .
Rijal bertemu dengannya di sebuah kedai makan. Stephen menjelaskan bagaimana dia mendapat info mengenai siasatannya. Menurutnya, ke mana sahaja dia dan Syamin pergi selama ini, seseorang mengikuti mereka dari belakang dan bertindak sebagai jurugambar. Orang tersebut telah di upah oleh Syamin sendiri menurutnya lagi.
“ Betul ker apa awak cakap ni Encik Stephen?” Tanya Rijal lagi ingikan kepastian.”
“ Betul Encik Rijal. Orang yang mengambil gambar Encik Rijal dan P.A Encik tu pun dah mengaku selepas saya ugut untuk menyerahkan dia kepada polis.” Jelas Stephen.
Rijal mengenggam tangannya dan mengetap giginya. Sungguh tidak disangkanya Syamin sendiri yang mengatur segala- galanya namun motif Syamin tidak di ketahuinya. Kini segalanya semakin jelas kepada Rijal.
Selesai berurusan dan membayar wang upah kepada Stephen untuk khidmatnya, Rijal meminta diri. Ingin segera dimaklumkan perkara itu kepada mamanya dan paling penting isterinya, Inaz. Rijal memandu menuju ke rumah mamanya.
Sampai sahaja di rumah mamanya, Inaz dan mamanya disahut berkali- kali. Tidak sabar benar dia ingin menceritakan segala- galanya. Inaz dan ibu mertuanya yang sedang sibuk di dapur cemas setelah mendengar Rijal menyahut dan memanggil beberapa kali.
“ Dah kenapa Jal?” Tanya mamanya.
“ Yalah abang. Kenapa ni?” Tanya Inaz pula.
“ Mama, sayang , Rijal dah tahu siapa yang ambil gambar fitnah Rijal hari tu.” Kata Rijal sambil bercekak pinggang.
Inaz dan Datin Zainah masing- masing berbalas pandangan.
“ Semuanya adalah rancangan Syamin. Dia mengupah orang untuk mengambil gambar ketika kitorang keluar lunch dan buat macam kitorang tengah berdua- duaan.” Jelas Rijal lagi.
“ Biar betul Jal. Mana Jal tahu?”
Datin Zainah pula seolah- olah tak percaya Syamin bertindak sedemikian.
“ Betul ma. Rijal upah orang untuk menyiasat siapa yang hantar gambar tu semua dan dia yang informkan Rijal.” Kata Rijal cuba menegakkan keadilan.
“ Kenapa dia nak buat macam tu Abang?” Inaz pula bertanya.
“ Entah.” Pendek sahaja jawapan Rijal.
Tidak mahu terus berdiri di depan pintu, Datin Zainah menyuruh Rijal masuk dan berbincang di dalam sambil makan. Rijal menurut sahaja kata- kata mamanya.
**************
Ilyas masih terkesan dengan tindakannya pada Inaz tempoh hari. Dia bingung bagaimana dia boleh bertindak di luar batasan. Kini sudah beberapa hari dia tidak masuk pejabat. Perasaannya hanya ingin berhenti sahaja dari terus bekerja disitu dek malu dengan Inaz.
Ilyas cuba mencari kerja kosong yang diiklankan di laman web dan memohon apa sahaja kerja yang mana syaratnya boleh dia tepati. Pada kiranya ada eloknya dia dan Inaz tidak bertemu lagi. Satu persatu iklan di laman mencari kerja di lihatnya.
Ada kekosongan jawatan untuk jabatan kewangan di sebuah syarikat yang bertapak di Sarawak dilihatnya. Ingin mencuba nasib, Ilyas membaca keperluan yang dikehendaki oleh syarikat tersebut. Sesudah baca kesemuanya,Ilyas meng- emailkan resumenya terus kepada syarikat tersebut.
Kini dia hanya menunggu jawapan sahaja dari syarikat tersebut sama ada untuk mengambilnya kerja atau tidak. Ilyas menekup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil berdoa agar di beri kekuatan untuk meminta maaf kepada Inaz dan Rijal.
****************
“ Jal, sekarang ni apa Jal nak buat dengan si Syamin tu?” Soal Datin Zainah.
“ Esok Jal sendiri akan bersemuka dengan dia ma untuk menjelaskan segala- galanya  dan membuat perhitungan.” Serius saja nada Rijal.
“ Eh abang tak payah lah nak pukul dia..” Rayu Inaz pula setelah cuwak mendengar nada Rijal.
“ Bila masa pula abang cakap nak pukul dia sayang oi…abang nak bincang elok- elok jer.” Jelas Rijal.
“ Oh ye ke? Hehe..” Inaz mempamerkan giginya yang putih.
Datin Zainah menggeleng kepala saja melihat kedua- dua mereka. Lega hatinya melihat mereka berdua semakin rapat.
TIba- tiba Inaz merasa mual. Terus sahaja dia berlari ke arah sinki lalu muntah.
“ Inaz, kenapa ni ?” Tanya Datin Zainah.
“ Entah lah ma, Inaz rasa mual lah?” Kata Inaz sambil memegang perutnya.
Datin Zainah dapat mengagak bahawa Inaz mungkin sudah berisi. Namun untuk kepastian, diajaknya juga Rijal agar segera membawa Inaz ke klinik yang berhampiran.
**************
“ Tahniah Puan, Puan dah hamil 3 minggu.” Kata Doktor yang merawat Inaz.
Satu ungkapan yang penuh keberkatan cukup menggembirakan hati Inaz. Tidak sabar rasanya dia hendak memberitahu berita tersebut kepada Rijal dan ibu mertuanya. Sesudah diberi nasihat agar kerap datang membuat pemeriksaan, doktor membenarkan Inaz pergi.
Inaz keluar dari bilik doktor dengan senyuman sehingga ke telinga.
“ Abang…Inaz MENGANDUNG!!!!” kata Inaz dengan girangnya.
“ Wah…jadi abang akan jadi papa lah ni?” Tanya Rijal kegembiraan.
Inaz mengangguk. Rijal memimpin tangan Inaz berjalan sambil mulutnya tak berhenti berceloteh memberi pelbagai pesan kepada Inaz.