NOVEL BAB 32
Rijal memandu agak perlahan ketika di
dada jalan dalam perjalanan pulang dari bersarapan dengan mamanya. Mindanya
masih resah memikirkan Inaz. Tidak tahu harus kemana lagi dia hendak mencari
Inaz.
Tiba- tiba Rijal teringat telefon
baru yang dibelinya untuk Inaz tempoh hari mempunyai sistem GPS yang sentiasa
hidup. Rijal menghentikan keretanya di bahu jalan dan mencapai telefonnya dari
poket seluar. Rijal cuba mencari aplikasi GPS dalam menu telefonnya. Sesudah
menjumpainya, Rijal cuba mengesan isyarat GPS yang dikeluarkan oleh telefon
Inaz.
Rijal menjumpai isyarat telefon Inaz.
Cuba dijejakinya isyarat tersebut. Isyarat tersebut membawa Rijal ke sebuah
kawasan perumahan lama yang mempunyai reka bentuk rumah yang agak kecil
saiznya. Sesudah sampai didepan sebuah rumah, Rijal mengalihkan keretanya dan
memarkir dengan jarak agak jauh dengan rumah tersebut. Hatina kuat mengatakan
Inaz berada di kawasan tersebut.
Rijal memakai topi yang ada di dalam
keretanya dan mula berjalan sepanjang lorong kawasan tersebut. Dari kejauhan
dilihatnya Inaz sedang duduk di depan salah sebuah rumah yang ada disitu. Ingin
di dekatinya namun dilihatnya ada seorang lelaki bersama Inaz disitu.
Cuba diamatinya wajah lelaki tersebut
dan diingatinya dimana dia pernah berjumpa dengannya. Ya. Itulah Ilyas yang
pernah dijumpainya bersama Inaz di pasaraya dulu. Lama juga dia perhatikan Inaz
dan Ilyas duduk berbual. Akhirnya Rijal mengambil keputusan untuk menyiasat
lebih lanjut mengenai situasi mereka.
Rijal cuba bertanya kepada rakan-
rakan sepejabatnya mengenai nombor telefon penyiasat persendirian. Salah
seorang rakannya memberi nombor penyiasat yang dikenalinya. Rijal terus
menghubungi nombor tersebut.
“ Ok. Kita jumpa 30 minit dari
sekarang di kafe De Rasa kat tengah bandar.” Kata Rijal kepada Penyiasat yang
berada di talian.
Penyiasat tersebut mengiyakan sahaja
dan memutuskan talian. Dia memulakan perjalanan menuju ke tengah bandar untuk
berjumpa Rijal. Rijal pula sesudah puas memerhatikan Inaz dan Ilyas, akhirnya
dia pun berlalu.
Rijal memandu terus menuju ke tempat
yang dia dan penyiasat persendiriannya sepatutnya bertemu. Rijal melihat seorang lelaki duduk di sudut
kedai tersebut. Cuba didailnya nombor penyiasat tersebut. Sesudah panggilan
berjawab dan memastikan ianya adalah orang yang betul, Rijal berjalan ke
arahnya.
“ Encik Stephen ke?” Tanya Rijal.
“ Ya saya. Encik Rijal ke?” Tanyanya
kembali setelah mengiyakan dirinya.
Rijal duduk menghadap Stephen dan
memesan air dari pelayan yang datang mengambil pesanan.
Rijal menjelaskan niatnya untuk
memerlukan khidmat Stephen untuk menyiasat siapa yang mengambil gambar dia dan
Syamin. Upah yang lumayan ditawarkan kepada Stephen. Stephen menerima
permintaan dari Rijal dan juga bayaran awal untuk khidmatnya.
Sesudah berbincang, Rijal menghirup
sedikit air minumannya lalu meminta diri. Stephen masih duduk bertenang
menghirup airnya sesudah Rijal berlalu.
Rijal kembali ke rumahnya dan boleh
bertenang sedikit kerana mengetahui keberadaan Inaz. Bermula hari itu, Setiap
kali waktu makan tengah hari dan balik kerja, Rijal akan menghabiskan sedikit
masanya untuk melihat Inaz disitu dari jarak dekat. Buat masa ini tidak mengapa
baginya kerana Ilyas juga tidak selalu ke situ. Oleh itu, Rijal boleh melihat
dekat sedikit.
Sementara itu, Rijal juga menunggu
perkembangan dari Stephen mengenai siasatannya. Namun belum ada khabar. Rijal
keluar masuk pejabat seperti biasa.
Syamin pula masih berlakon seperti
biasa. Tanpa diketahuinya, Rijal sudahpun mengupah penyiasat persendirian untuk
menyiasat mengenai gambar yang disuruhnya Tobah ambil dan hantar. Penyiasat
persendirian Rijal bergerak dalam senyap sepanjang penyiasatannya. Semakin hari
semakin banyak info yang dikumpulnya.
Hanya menunggu saat sahaja untuk kegiatan
Syamin dan Tobah dibongkarkan oleh Stephen.
No comments:
Post a Comment