Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 33
Rijal terus memandu menuju ke rumah tempat Inaz bersembunyi selepas kerja. Ketika sampai dilihatnya Ilyas juga sudah berada disitu. Ada perasaan yang mendorong Rijal untuk mendekati rumah itu malam itu. Rijal keluar dari keretanya dan berjalan mendekati rumah tersebut. Dari luar pagar dilihatnya Ilyas sedang menemani Inaz makan.
“ Inaz you ok tak duduk sini?” Tanya Ilyas.
“ Ok. Setakat ni ok lah.” Jawab Inaz sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
Ilyas duduk bersebelahan Inaz ketika makan. Tanpa mereka sedari, Rijal mencuri pandang dari luar tingkap setelah memanjat pagar rumah. Untung sahaja rumah tersebut tiada system penggera dan kawasan tgersebut juga tiada anjing.
Selepas makan,Inaz duduk bersama Ilyas di ruang tamu. Inaz membuka buku untuk dibaca. Ilyas pula duduk disebelahnya sambil tangannya lincah bermain telefon. Melihat Inaz khyusuk dengan pembacaannya, Ilyas menghentikan permainannya.
Tangannya mula menjalar ke belakang Inaz. Inaz yang berasa tidak berapa selesa menepis tangan Ilyas.
“ Ilyas, I rasa esok I nak balik lah.” Kata Inaz.
“ Lah…kenapa? Duduklah sini lama lagi.” Pujuk Ilyas.
“ Tapi dah lama sangat I tinggalkan rumah I. I rasa berdosa pula dengan suami I.”
Ilyas mula berasa cemburu bercampur berang dengan Inaz.
“ Tak boleh. I tak izinkan you balik.” Kata Ilyas dengan marah.
“ You ni kenapa? Marah- marah I ni?” Inaz pula meninggikan nadanya.
“ Hari tu bukan main you kata you marah kat suami you. Kenapa sekarang berubah?” Tanya Ilyas dengan kasar.
“ Hari tu memang lah. Tapi sekarang I dah bertenang .” jelas Inaz.
“ NO!!!!”Tegas Ilyas.
Inaz cuba beralih dari situ namun tangannya direntap oleh Ilyas. Cuba ditariknya tangannya kembali namun pegangan tangan Ilyas terlalu kuat. Ilyas menarik Inaz mendekati dirinya.
“ Ilyas you nak buat apa ni? Lepaskan I.” Kata Inaz
“Tidak. I takkan lepaskan you kali ni. Sekarang ni, kita berdua jer dalam ni.” Tegas Ilyas sambil senyuman jahat terpamer di wajahnya.
Inaz mula berasa takut dengan Ilyas. Dia yakin Ilyas kini sudah benar- benar hilang kawalan.
“ Ilyas, please lepaskan I. Jangan buat macam ni.” Rayu Inaz.
“ You nak I lepaskan you, ok, I lepaskan you sekarang.” Ilyas menjatuhkan Inaz di atas sofa.
Ilyas cuba mendekati Inaz manakala Inaz beralih ke belakang sehingga hampir jatuh dari sofa. Ilyas menangkap Inaz dan memegangnya.
“ Sekarang senyap ya sayang. Hahahaha.” Ilyas ketawa melihat wajah takut Inaz.
Inaz cuba memukul Ilyas yang namun kudratnya tidak mampu menyaingi kudrat lelaki Ilyas. Kini Inaz hanya mampu menutup matanya dan berdoa agar Rijal datang menyelamatkannya.
BUKK!!!!!!
Tiba- tiba kedengaran bunyi tumbukan kedengaran. Inaz membuka matanya dan melihat Ilyas sudah jatuh ke lantai manakala Rijal pula berdiri di depannya. Bertubi- tubi tumbukan di berikan kepada Ilyas oleh Rijal.
“ Kau jangan sentuh isteri aku. Kalau kau kacau dialagi, mati kau aku kerjakan.”
Rijal memberi amaran keras kepada Ilyas lalu memimpin Inaz keluar dari rumah tersebut. Mujur sahaja Rijal sempat menyelamatkan Inaz sebelum sempat Ilyas melakukan apa- apa terhadapnya.
Setelah memastikan Inaz masuk ke kereta, Rijal memandu pulang ke rumahnya. Inaz dipimpin masuk ke rumah dan disuruh duduk  dulu sementara Rijal membancuh air milo panas untuknya.
Inaz menangis teresak- esak memikirkan kemungkinan jika Rijal tidak menyelamatkannya tadi. Hatinya menyesal menerima cadangan Ilyas kerana tidak menyangka Ilyas akan mengambil tindakan drastik seperti itu.
Rijal kembali dari dapur membawa segelas air untuk Inaz.
“ Sayang, minum dulu air ni ya.” Pujuk Rijal sambil menghulurkan air kepada Inaz.
“ Abang…Inaz minta maaf. Inaz menyesal. Isk isk isk.” Inaz menangis meminta maaf dari Rijal.
“ Sayang…shuh shuh shuh. Abang dah lama maafkan sayang. Abang pun minta maaf kalau Abang silap.” Kata Rijal.
Rijal memeluk erat tubuh Inaz . Inaz membalas pelukannya.
“ lepas ni, naik mandi lepas tu tidur ya. Esok pagi kita jumpa mama ya. Mama risaukan sayang.” Kata Rijal.
Inaz mengangguk sahaja. Rijal melepaskan pelukannya lalu membiarkan Inaz naik mandi sementara dia mencuci gelas di dapur dan naik setelah itu. Rijal mengambil tualanya dan turun untuk mandi di bilik mandi tingkat bawah rumahnya.
Selesai mandi, Rijal masuk ke biliknya dan mengenakan baju tidur. Dilihatnya Inaz masih dalam biliknya sendiri.
“ Sayang..kenapa duduk sini seorang diri. Mari tidur dengan abang.” Ajak Rijal.
Inaz tersenyum lalu menuruti ajakan Rijal. Rijal menutup daun pintu biliknya setelah Inaz masuk.

No comments:

Post a Comment