NOVEL BAB 23
Nada dering telefon Inaz berbunya
nyaring ketika dia sudah memasuki rumah. Ternyata Rijal yang menelefonnya untuk
menanyakan keberadaannya ketika itu. Inaz menjelaskan bahawa Dia sudah sampai
ke rumah setelah di hantar oleh rakan sekerjanya. Rijal berasa agak lega
mendengarnya.
Inaz naik ke atas memasuki biliknya
setelah habis bercakap dengan Rijal di talian. Dia ingin cepat- cepat mandi dan
turun menyiapkan makan malam untuk dia dan Rijal. Setelah beberapa bulan
tinggal sebumbung walaupun tidak sebilik, kemahiran memasak Inaz semakin maju.
Bermacam lauk pauk sudah reti dimasaknya.
Usai mandi, Inaz turun ke bawah.
Rijal pun baharu juga sampai ke rumahnya. Setelah memberi salam, Inaz menyuruh
Rijal segera mandi sementara dia menyiapkan makan malam mereka. Rijal menurut
sahaja kata- kata Inaz.
Keng kong keng kong bunyi keluar dari
dapur rumah Rijal ketika Inaz memasak.
“ Entah apa yang dimasak bini aku ni.
Bising bebenar kualinya.” Fikir Rijal sendiri selesai mandi sambil bersiap-
siap.
Rijal menyidai tualanya di ampaian
tuala di dalam biliknya ketika sudah siap. Perutnya juga berkeroncong. Tidak
sabar- sabar dia hendak melihat lauk yang dimasak Inaz malam ini. Langkahnya
diatur menuju ke dapur. Ketika sampai di dapur, segala lauk kegemarannya sudah
terhidang di depan mata.
“ Cuci tangan dulu sebelum makan ya
cik abang.”
Inaz menegur Rijal setelah melihat
terpaku di tepi meja melihat masakannya.
Rijal sekadar memberi senyum sumbing
tatkala tersedar dari lamunanya sebenatar tadi.Terus sahaja sinki didekati dan
pili air dipulas untuk membasuh tangannya. Usai membasuh, Rijal menyertai Inaz
yang sudah setia menunggu di meja. Doa makan dibaca dahulu sebelum juadah
dirasainya.
“ Hum…nyum nyum….” Rijal membuat nada
seakan masakan Inaz benar- benar enak .
Inaz tersenyum sendiri melihat aksi
Rijal yang sudah terbuka seleranya. Sangat jarang untuknya mendapat reaksi
sebegitu.
Bunyi telefon Inaz mengejutkannya
yang sedang mengemas katilnya untuk tidur pada malam itu.
“ Sapa call malam- malam buta ni ek?”
Inaz melihat nama yang terpapar di
telefonnya.
“ Ya Ilyas. Ada apa call I malam-
malam ni?”
“ Saja nak tau you dah tidur ke
belum.”
Inaz pelik kenapa pula Si Ilyas ni
sibuk nak tahu dia sudah tidur atau belum.
“ I baru nak tidur.”
“ Owh…lah tak dapat lah nak sembang
dengan you.”
“ Awak gila ke nak sembang dengan
isteri orang malam- malam. Apa pula kata suami saya nanti.”
“ Apa salahnya. Bukan buat apa pun.
Kita kan kawan jer.”
Inaz semakin pelik kenapa pula Ilyas
hendak bersembang dengannya pada waktu malam di talian. Sembang masa makan
tengah hari tidak cukup kah baginya fikirnya.
“ Dah lah Ilyas. I nak tidur. Esok
lah kita sembang kat pejabat ye?”
“ Ok. Good night.” Ilyas mematikan
talian sebelum sempat Inaz mengucap selamat malam.
Rijal yang mencuri dengar dari luar
pintu hairan siapa pula menelefon isterinya malam- malam begini. Sebelum ni tak
pernah pula ada yang menelefon. Kawan pejabat agaknya fikir Rijal.
Malas hendak mengambil tahu lebih
lanjut, Rijal pun masuk ke biliknya untuk tidur.
No comments:
Post a Comment