NOVEL BAB 24
Mata Inaz sedikit layu pagi itu
ketika masuk ke pejabat. Walaupun semalam dia tidur cukup jam, namun matanya
masih berasa layu sedikit.
“ Inaz…you kenapa nampak layu sangat
ni?”
Suara Ilyas tiba-tiba menegur dari
belakang menyedarkan Inaz dari lamunannya.
“ Eh Ilyas. Morning. Entah lah. I
rasa ngantuk sangat.”
“ Hurm…takpa lah. I nak pergi buat
kopi ni. Nanti I buat untuk you sekali ya?”
“ Ok. Thanks Ilyas.”
Ilyas berlalu masuk ke pantry pejabat
mereka sementara Inaz memulakan kerjanya di meja.
Ilyas berjalan kembali menuju kearah
Inaz selepas membancuh kopi untuk mereka. Secawan kopi hangat berasap dengan
bau aroma yang memikat hati dihulurkan kepada Inaz.
“ Thanks Ilyas.”
Sebuah senyuman terukir di wajah
manis Inaz. Ilyas mengangguk sambil membalas senyuman Inaz. Seketika kemudian,
Ilyas meminta diri untuk berlalu ke mejanya.
Sekadar merelakan Ilyas kembali ke
mejanya, Inaz masih tertumpu kepada kerjanya. Sesekali dia keluar masuk ke
bilik Datin Zainah yang tidak lama lagi akan didudukinya selepas Datin Zainah
menyerahkan kepadanya. Datin Zainah begitu amanah dalam menjalankan
tanggungjawabnya untuk menerajui syarikat arwah rakannya buat sementara waktu.
Segar sedikit sudah rasa Inaz setelah
menghirup kopi buatan Ilyas tadi.
“ Pandai juga si Ilyas tu buat kopi
ek.”
Inaz berfikir sendiri.
****************
Sepanjang masa makan tengah hari,
Rijal berfikir bagaimana caranya dia hendak meluahkan perasaanya kepada Inaz
dalam waktu terdekat ini. Dia tidak ingin buat dalam cara biasa. Biarlah ia menjadi
suatu kenangan terindah buat inaz fikirnya.
Sudah tidak terbendung rasa Rijal
ingin sebati jiwanya bersama Inaz. Tidak sanggup lagi dia hidup sebumbung namun
tidak sebilik walaupun bergelar suami isteri. Berdosa rasanya.
Selepas makan tengah hari, Rijal
melihat jam tangannya. Masih belum waktu untuk masuk pejabat. Kaki dibawa untuk
berjalan- jalan di dalam kompleks membeli belah sekadar untuk menjual mata.
Terlalu ramai pengunjung pada tengah
minggu pada hari itu. Entah apa yang dibeli pun tidak tahu. Rijal hanya mampu
melintasi sahaja semua kelibat- kelibat yang berkeliaran itu. Sudah lenyap
perangai suka membeli belahnya setelah berkahwin.
Telefon dikeluarkan dari poket seluar
dan nombor Inaz dicari dalam senarai kenalan. Sambil berjalan memegang Iphone 6
nya, mata Rijal melilau ke kiri dan kanan. Tiba- tiba, matanya tertancap pada
sebuah booth yang menawarkan pakej percutian.
Rijal mendapat satu idea bagaimana
untuk meluahkan perasaanya kepada Inaz. Dia juga merasakan bahawa sepanjang
usia perkahwinannya, belum pernah dia dan Inaz pergi berbulan madu.
“ Mungkin inilah masanya aku patut
bawa dia honeymoon.” Fikir Rijal sendiri.
Rijal meneruskan perjalannya untuk
mendapatkan penerangan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan.
*************
Malam itu giliran Rijal yang memasak
makan malam sementara Inaz membasuh. Sambil memasak Rijal berangan- angan macam
mana agaknya reaksi Inaz apabila dia memberitahu rancangannya untuk membawa
Inaz pergi berbulan madu. Terbayang- bayang juga saat- saat manis yang akan dikecapinya
nanti.
Bau hangus menusuk hidung Rijal.
Rijal yang masih berangan tidak sedar ikan yang diletakkan didalam minyak dan
digoreng sudah hangus.
“ Abang!!!!!!!”
Rijal tersedar dari lamunannya.
Tergopoh-gapah Rijal memadakan api gasnya. Dilihatnya ikan yang digorengnnya
sudah hitam legam warnanya.
“ Itulah abang….berangan lagi..ni
kang makan ikan hangus lah ni.”
Inaz membebel tidak berhenti
mengalahkan mak nenek lagaknya.
“ Haih…makan jer lah…rezeki jangan
ditolak hehe.”
Rijal menayangkan giginya yang
tersusun rapi.
“ Banyaklah abang punya rezeki.”
Inaz kembali menyambung kerjanya.
Malas rasanya hendak menegur Rijal.
Rijal pula menyambung semula
masakannya yang lain. Sesudah semuanya siap dihidang, Inaz dipanggil dari
dapur. Mendengar namanya dipanggil, terus sahaja Inaz berlari menuruni tangga
rumahnya menuju ke dapur. Perut sudah berbunyi dari tadi.
“ Hummm sedapnya bau…”
Inaz memuji setelah memuncungkan
muncung mulutnya mencium bau masakan Rijal. Sungguh memikat hati dan menambat
selera baunya.
Rijal menyuruh Inaz mencuci tangan
dahulu dan kembali duduk ke meja makan.
Rijal seperti biasa akan membaca doa makan. Suasana makan malam berlalu seperti
biasa. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu berlaga.
Selesai makan, Inaz dan Rijal sama-
sama mengemas meja makan dan mencuci piring.
“ Inaz…lepas kemas nanti kita duduk
kejap kat dining room boleh?”
Inaz hairan. Sebelum ini tak pernah
Rijal mengajaknya untuk duduk bersembang selepas makan malam. Nak bermesra-
mesra jauh sekali.
“ Dah kenapa mamat ni tiba- tiba ajak
duduk kat dining room pulak?” Fikir Inaz sendiri.
“ Inaz…dengar tak..” Rijal menanyakan
soalannya semula setelah tidak mendapat reaksi Inaz.
“ Dengar…” Inaz berpura- pura.
No comments:
Post a Comment