Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 21
Syamin mengacau air kopi panasnya sementara menunggu Rijal masih bercakap ditalian. Rijal menelefon Inaz sebaik sahaja mengambil keputusan untuk menemani Syamin minum lepas kerja dengan alasan lewat balik kerana teman kawan sama kerja minum.
Rijal kembali menemani Syamin setelah beberapa minit di talian.
“ So cuba awak cerita dengan saya. Jangan risau, saya boleh cuba tolong kalau mampu.” Rijal meyakinkan Syamin.
“ Macam ni Encik Rijal. Saya…”
“ Oooppp Syamin kita sekarang di luar waktu pejabat. So tak perlulah nak berEncik dengan saya. Panggil Rijal sudah. Anggap macam kawan ya.”
Rijal sengaja menyuruh Syamin menukar panggilannya kerana ingin menyelesakan Syamin bercerita.
“ Ok. Macam ni Rijal. Saya baru lepas melalui putus tunang beberapa bulan lalu. Walaupun dah hampir 3 bulan namun saya masih tak dapat nak move on. Tu sebab kadang- kadang bila saya teringatkan bekas tunang saya tu, saya jadi sedih dan menangis sebab terlalu kecewa.” Syamin merendahkan sikit nadanya berbicara untuk menagih perhatian Rijal.
“ Hurm…Syamin macam mana kecewa sekali pun awak, awak kena kuat. Mungkin jodoh awak memang bukan dengan dia. Lagipun saya pasti ramai lagi lelaki kat luar sana tu mungkin lebih baik dari dia.”
“ Tapi hati saya masih teringatkan dia Rijal. Sekarang ni saya rasa macam dah hilang arah.”
“ Mungkin awak perlukan seseorang di samping awak. Mungkin sebagai kawan yang boleh mendengar luahan awak.”
“ Kalau awak boleh tak sebab saya tak berapa selesa nak bercerita dengan orang kat pejabat selain awak.”
“ Eh boleh. Saya open minded. Lagipun memang tanggungjawab saya untuk membantu staf saya kan? Hehe.”
“ Betul..ahaha. Pandai juga awak bergurau kan.”
Hati Syamin semakin berbunga mekar merasakan fasa pertama rancangannya untuk mendapatkan Rijal semakin menjadi. Bermacam perkara dibualkan Rijal dan Syamin ketika itu. Tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang memandang dan mengambil gambar.
Inaz melihat jam dinding sudah menunjukkan jam 9.30 malam. Hatinya tertanya- tanya ke mana sahaja Rijal pergi walaupun awal tadi dia Cuma kata pergi minum dengan kawan.
“ Ai..tadi cakap nak minum kejap jer dengan kawan. Ni dah 9.30 dah. Minum kebendanya masa- masa macam ni?”
Peep….peep…
Bunyi hon kereta kedengaran dari luar pintu.
Inaz melihat dari cermin. Langsir diselak sedikit untuk melihat gerangan yang datang. Nombor plat kereta yang sangat dikenalinya sudah memasuki pagar rumah. Inaz bergegas kearah pintu utama rumahnya. Sengaja dia menunggu Rijal di muka pintu. Sebaik sahaja kelibat Rijal keluar dari kereta, Inaz terlebih dahulu memanggilnya.
“ Abang…kenapa lewat sangat balik? Dah makan? Jom makan.”
“ Aih tiba- tiba aja ni? Kenapa?” Rijal terpinga- pinga lalu menyoal.
“ Lah tak suka ke? Takpa lah.” Inaz menarik muka masamnya.
“ Alalalala merajuk ke?” Rijal cuba memujuk Inaz.
“ Eh tak lah. Gembira ni. Hish orang nak makan dengan dia pun tak faham lagi ke?”
Inaz bercakap dengan nada perlahan agar sayup- sayup kedengaran.
“ Apa? Abang tak dengar lah.”
“ Eh takda apa- apa lah.Dah lah, jom makan.”
Inaz menarik Rijal untuk mengikutinya ke dapur.

No comments:

Post a Comment