Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 34
Datin Zainah memeluk erat tubuh Inaz. Tangisan bercucuran keluar dari tubir mata kedua- dua mereka.
“ Ma, maafkan Inaz ma.”
“ Takpa sayang. Mama maafkan.” Kata Datin Zainah.
Lega perasaan Datin Zainah setelah diberitahu Rijal semalam bahawa Inaz sudah balik. Sementara Inaz dan Datin Zainah berdua- duaan di rumah, Rijal pula keluar berjumpa Stephen. Stephen menelefon Rijal semasa Rijal hendak keluar rumah tadi untuk memaklumkan bahawa dia sudah tahu siapa yang mengambil gambar tersebut .
Rijal bertemu dengannya di sebuah kedai makan. Stephen menjelaskan bagaimana dia mendapat info mengenai siasatannya. Menurutnya, ke mana sahaja dia dan Syamin pergi selama ini, seseorang mengikuti mereka dari belakang dan bertindak sebagai jurugambar. Orang tersebut telah di upah oleh Syamin sendiri menurutnya lagi.
“ Betul ker apa awak cakap ni Encik Stephen?” Tanya Rijal lagi ingikan kepastian.”
“ Betul Encik Rijal. Orang yang mengambil gambar Encik Rijal dan P.A Encik tu pun dah mengaku selepas saya ugut untuk menyerahkan dia kepada polis.” Jelas Stephen.
Rijal mengenggam tangannya dan mengetap giginya. Sungguh tidak disangkanya Syamin sendiri yang mengatur segala- galanya namun motif Syamin tidak di ketahuinya. Kini segalanya semakin jelas kepada Rijal.
Selesai berurusan dan membayar wang upah kepada Stephen untuk khidmatnya, Rijal meminta diri. Ingin segera dimaklumkan perkara itu kepada mamanya dan paling penting isterinya, Inaz. Rijal memandu menuju ke rumah mamanya.
Sampai sahaja di rumah mamanya, Inaz dan mamanya disahut berkali- kali. Tidak sabar benar dia ingin menceritakan segala- galanya. Inaz dan ibu mertuanya yang sedang sibuk di dapur cemas setelah mendengar Rijal menyahut dan memanggil beberapa kali.
“ Dah kenapa Jal?” Tanya mamanya.
“ Yalah abang. Kenapa ni?” Tanya Inaz pula.
“ Mama, sayang , Rijal dah tahu siapa yang ambil gambar fitnah Rijal hari tu.” Kata Rijal sambil bercekak pinggang.
Inaz dan Datin Zainah masing- masing berbalas pandangan.
“ Semuanya adalah rancangan Syamin. Dia mengupah orang untuk mengambil gambar ketika kitorang keluar lunch dan buat macam kitorang tengah berdua- duaan.” Jelas Rijal lagi.
“ Biar betul Jal. Mana Jal tahu?”
Datin Zainah pula seolah- olah tak percaya Syamin bertindak sedemikian.
“ Betul ma. Rijal upah orang untuk menyiasat siapa yang hantar gambar tu semua dan dia yang informkan Rijal.” Kata Rijal cuba menegakkan keadilan.
“ Kenapa dia nak buat macam tu Abang?” Inaz pula bertanya.
“ Entah.” Pendek sahaja jawapan Rijal.
Tidak mahu terus berdiri di depan pintu, Datin Zainah menyuruh Rijal masuk dan berbincang di dalam sambil makan. Rijal menurut sahaja kata- kata mamanya.
**************
Ilyas masih terkesan dengan tindakannya pada Inaz tempoh hari. Dia bingung bagaimana dia boleh bertindak di luar batasan. Kini sudah beberapa hari dia tidak masuk pejabat. Perasaannya hanya ingin berhenti sahaja dari terus bekerja disitu dek malu dengan Inaz.
Ilyas cuba mencari kerja kosong yang diiklankan di laman web dan memohon apa sahaja kerja yang mana syaratnya boleh dia tepati. Pada kiranya ada eloknya dia dan Inaz tidak bertemu lagi. Satu persatu iklan di laman mencari kerja di lihatnya.
Ada kekosongan jawatan untuk jabatan kewangan di sebuah syarikat yang bertapak di Sarawak dilihatnya. Ingin mencuba nasib, Ilyas membaca keperluan yang dikehendaki oleh syarikat tersebut. Sesudah baca kesemuanya,Ilyas meng- emailkan resumenya terus kepada syarikat tersebut.
Kini dia hanya menunggu jawapan sahaja dari syarikat tersebut sama ada untuk mengambilnya kerja atau tidak. Ilyas menekup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil berdoa agar di beri kekuatan untuk meminta maaf kepada Inaz dan Rijal.
****************
“ Jal, sekarang ni apa Jal nak buat dengan si Syamin tu?” Soal Datin Zainah.
“ Esok Jal sendiri akan bersemuka dengan dia ma untuk menjelaskan segala- galanya  dan membuat perhitungan.” Serius saja nada Rijal.
“ Eh abang tak payah lah nak pukul dia..” Rayu Inaz pula setelah cuwak mendengar nada Rijal.
“ Bila masa pula abang cakap nak pukul dia sayang oi…abang nak bincang elok- elok jer.” Jelas Rijal.
“ Oh ye ke? Hehe..” Inaz mempamerkan giginya yang putih.
Datin Zainah menggeleng kepala saja melihat kedua- dua mereka. Lega hatinya melihat mereka berdua semakin rapat.
TIba- tiba Inaz merasa mual. Terus sahaja dia berlari ke arah sinki lalu muntah.
“ Inaz, kenapa ni ?” Tanya Datin Zainah.
“ Entah lah ma, Inaz rasa mual lah?” Kata Inaz sambil memegang perutnya.
Datin Zainah dapat mengagak bahawa Inaz mungkin sudah berisi. Namun untuk kepastian, diajaknya juga Rijal agar segera membawa Inaz ke klinik yang berhampiran.
**************
“ Tahniah Puan, Puan dah hamil 3 minggu.” Kata Doktor yang merawat Inaz.
Satu ungkapan yang penuh keberkatan cukup menggembirakan hati Inaz. Tidak sabar rasanya dia hendak memberitahu berita tersebut kepada Rijal dan ibu mertuanya. Sesudah diberi nasihat agar kerap datang membuat pemeriksaan, doktor membenarkan Inaz pergi.
Inaz keluar dari bilik doktor dengan senyuman sehingga ke telinga.
“ Abang…Inaz MENGANDUNG!!!!” kata Inaz dengan girangnya.
“ Wah…jadi abang akan jadi papa lah ni?” Tanya Rijal kegembiraan.
Inaz mengangguk. Rijal memimpin tangan Inaz berjalan sambil mulutnya tak berhenti berceloteh memberi pelbagai pesan kepada Inaz.

No comments:

Post a Comment