NOVEL BAB 26
Rijal dan Inaz baru sahaja tiba di
sebuah resort di Pulau Langkawi. Lepas mendaftar di kaunter pendaftaran untuk
penginapan bermalam di resort tersebut, Rijal kembali mendapatkan Inaz yang
sedang duduk menunggunya di kerusi yang ada disitu.
Rijal menyerahkan kunci bilik kepada
Inaz dan mengangkat bagasi mereka dan berjalan menuju ke bilik mereka.
“ Abang…kenapa bilik satu jer? Pastu kenapa
katil satu juga? King Size pula tu.”
Bertubi- tubi soalan keluar dari
bibir Inaz.
“ Betullah ni. Kata honeymoon.
Honeymoon untuk suami isteri. Takkan nak tidur bilik asing- asing, katil asing-
asing.” Jelas Rijal.
Sebuah senyuman nakal dihadiahkan
buat Inaz. Berubah kemerahan menahan malu Inaz menangkap maksud Rijal. Semakin
hari semakin pandai menggatal Rijal nampaknya.
“ Tapi Inaz tak biasa lah.”
Tanpa mempedulikan Inaz, Rijal keluar
ke balkoni bilik mereka yang menghadap pantai. Inaz mengikut dibelakangnya.
Angin pantai yang bertiup nyaman menampar halus wajah keduanya. Rijal dan Inaz
berdiri bersebelahan menikmati kenyamanan sang bayu.
“ Inaz…abang nak keluar settlekan
benda sikit. Inaz duduk dalam bilik ya. Nanti malam kita makan sama- sama kat
luar. Inaz siap- siap ya.”
“ Ok abang…hati- hati ya.” Balas
Inaz.
Rijal berlalu meninggalkan Inaz masih
menikmati angin yang menerobos masuk.
Puas menikmati angina dibalkoni, Inaz
masuk balik ke bilik mereka. Telefonnya dicapai. Wkatu dilihat sudah masuk
pukul 4 petang. Perjalanan selama 4 jam dari rumah mereka sungguh memenatkan.
“ Awal lagi nak makan malam. Baik aku
tidur dulu.” Fikir Inaz lalu merebahkan badannya ke atas katil dan memejamkan
matanya.
Sementara itu, Rijal telah turun
kesebuah restoran yang ada diresort tersebut untuk mengatur makan malam
istimewa buat dia dan Inaz. Segalanya diatur rapi. Pemain muzik pun diupahnya
juga.
Siap mengatur segala- galanya, Rijal
melihat jam tangannya. Sudah memasuki pukul 6 petang. Sudah hampir tiba waktu
untuk makan malam. Rijal cepat- cepat kembali ke biliknya. Terkejut sungguh
Rijal melihat Inaz sedap- sedap tidur lewat petang begitu.
“ Inaz…bangun…” halus nada Rijal
mengejutkan Inaz.
“ Huhhh….aarrgghhhh..Dush…” Satu
tumbukan tepat mengenai muka Rijal.
“ Eh eh eh pompuan ni. Mengigau pula
dia.” Omel Rijal.
“ Inaz!!!!! Bangun!!!!” bergema suara
Rijal mebgejutkan Inaz dari tidurnya.
Serta merta Inaz terbangun mendengar
suara Rijal. Terkebil- kebil matanya melihat Rijal.
“ Ehh abang….maaflah Inaz tertidur.
Pukul berapa dah ni?” Tanya Inaz .
“ Dah nak pukul 7 dah. Dah, pergi
mandi. Lepas siap- siap kita turun makan ya.”
Inaz mengangguk dan bangun dari
katil. Tuala dicapai dari almari yang ada disediakan dalam bilik resort.
Sementara inaz mandi, Rijal pula berehat – rehat menunggu gilirannya untuk
mandi.
Setelah kedua- duanya bersiap,
perjalanan menuju restoran resort dimulakan. Rijal mempersilakan Inaz duduk
ketika sampai direstoran. Suasana di restoran begitu meriah pada malam itu
dengan pengunjung resort yang datang bercuti. Lampu sederhana terang menerangi
segenap penjuru restoran. Muzik bertempo rendah dimainkan.
Inaz terpusing- pusing kiri ke kanan terpegun
melihat keindahan dalam restoran tersebut. Pelayan restoran tiba membawa menu
dan sedia mengambil pesanan.
“ Inaz…awak pesan lah apa- apa.”
Rijal menjemput Inaz.
Inaz Cuma menurut kata Rijal.Rijal
juga turut memesan.
“ Inaz…lepas ni kita jalan- jalan
tepi pantai okay.”
“ Ha…buat apa nak jalan malam- malam
tepi pantai?” Tanya Inaz.
“ Alah…boleh lah…Please….”Mendayu-
dayu nada Rijal memujuk Inaz.
“ Iyalah…mana- mana lah..” Jawab Inaz
sambil menggenggam tangannya.
Seketika kemudian, kelihatan pelayan
tadi datang membawa pesanan mereka didalam talam yang besar. Gembira hati Inaz
melihat santapannya sudah sampai. Dari tadi perutnya yang lapar ditahan.
Rijal dan Inaz berjalan- jalan di
tepi pantai selepas makan malam. Sunyi sahaja antara mereka. Hanya kedengaran
desiran bunyi ombak dan kesejukan malam yang menyelimuti tubuh.
“ Inaz…sebenarnya abang ada benda
sikit nak cerita kat Inaz ni. Lepas cerita abang nak beritahu sesuatu pula.”
Tiba- tiba Rijal bersuara.
“ Nak cerita apa abang. Macam serius
saja bunyinya. Cerita sajalah…Inaz sedia mendengar.”
Rijal mula menceritakan serba sedikit
mengenai hidupnya sebelum berkahwin dengan Inaz. Inaz pula setia mendengar.
Ternyata terdapat perubahan pada Rijal setelah berkahwin. Rijal juga mengatakan
bahawa dia masih mengingati peristiwa pertemuan kali pertama mereka di kedai
makan dahulu. Inaz tersipu- sipu malu mengenangkan kejadian itu.
“ Sekarang abang nak confess benda
dengan Inaz ni. Tapi sebelum tu boleh tak lepas ni abang panggil Inaz sayang?”
Jelas tak jelas suara Rijal sampai ke
telinga Inaz. Mana tidak matanya sudah hampir kuyu mengantuk terkena hembusan
angin. Sepanjang Rijal bercerita tadi pun, beberapa kali dia ternguap- nguap.
“ Boleh jer bang. Abang jer yang tak
nak. Inaz pun tak tanya lah.” Rungut Inaz.
“ Sayang…sebenarnya abang dah lama
cintakan sayang. Abang tak tahu sejak bila abang mula cintakan sayang, abang
tak boleh nak tipu diri lagi.”
Bagai ada kilat sabung menyabung
ketika Rijal mengucapkan kata- katanya. Hampir gugur ke bumi air mata Inaz
mendengarnya.
“ Sayang….say something…” Rayu Rijal.
“ Sayang nak cakap apa lagi. Sayang
pun dah lama cintakan abang. Cuma Sayang ingat abang tak cintakan sayang.” Kata
inaz.
Dalam terharunya, Rijal memeluk erat
Inaz. Bahagia mula meresap ke sanubari mereka masing- masing.
“ Abang tak sanggup lagi kalau
berjauhan dengan sayang.”
Kedua mereka pulang ke bilik mereka
setelah puas bermadu kasih ditepi pantai sebentar tadi. Malam pertama setelah
berbulan bergelar suami isteri juga baru tertunai. Lengkap sudah perhubungan
mereka.
No comments:
Post a Comment