NOVEL BAB 27
Sinar mentari menyerbu masuk ke bilik
penginapan Inaz dan Rijal dari celah langsir yang terbuka sikit di pintu
balkoni. Inaz membuka matanya dan memandang Rijal yang sedang nyenyak tidur .
Jari jemarinya mengelus lembut rambut depan Rijal.
Baru terlihat oleh Inaz akan
ketampanan Rijal yang sekian lama tersembunyi. Kulit muka Rijal putih muda.
“ Abang, I love you.”
Sayup- sayup bisikan Inaz menyapa
halwa telinga Rijal.
“ I love you too sayang…”
Kedengaran suara Rijal membalas
bicara Inaz. Matanya dibuka memandang Inaz. Badannya dinyinsing ke tepi
menghadap Inaz.
Rijal memuji- muji keserian wajah
Inaz pagi itu. Agak lama juga mereka berdua berbaring berpandangan sesama
sendiri.
“ Abang…kita nak buat apa hari ni?”
“ Ikut suka sayang lah.” Balas Rijal.
Inaz pun masih tidak tahu apa
aktiviti yang boleh dilakukan di resort tersebut.
“ Apa- apa pun kita mandi pastu
breakfast dulu. Baru kita tentukan apa nak buat ya.” Cadang Rijal.
“ Kalau macam tu, biar sayang mandi
dulu lepas tu baru abang mandi okay.” Kata Inaz.
“ Kenapa tak mandi sama jer?” Usik
Rijal.
“ Ish abang ni. Tak senonoh lah.”
Inaz bingkas bangun dari
perbaringannya lalu mencapai tuala dan berjalan ke bilik mandi. Rijal pula
masih baring menyambung tidurnya.
Nyaman rasanya ketika pancuran air
mengenai tubuhnya pada pagi itu. Segar rasa badannya. Sambil mandi, Inaz
mengucapkan syukur dalam hatinya kepada Tuhan kerana memberikan jodoh sebaik
Rijal. Sempat juga dia berdoa agar roh ibu bapanya aman di sana.
Sedang Rijal nyenyak tidur, tiba- tiba
deringan telefon Inaz mengejutkannya. Rijal mencapai telefon Inaz lalu menyalah
sangka bahawa ianya adalah telefonnya yang berbunyi lalu dibuang dan terkena
dinding. Kononnya dia tidak mahu dihubungi sepanjang bulan madunya mahunya
berkaitan urusan pejabat atau panggilan dari ibunya. Mata kembali dipejamkan.
“ Abang!!!! Ni dah kenapa baling
handphone sayang ni. Tengok dah hancur
dah.”
Inaz memarahi Rijal kerana
menghancurkan telefonnya.
“ Ah apa sayang?”
Terkebil- kebil Rijal bangun dari
tidurnya sambil menggosok- gosok matanya.
“ Sayang tanya, abang dah kenapa
hancurkan telefon sayang?” Inaz mengulangi soalannya.
Rijal berasa pelik kenapa Inaz
mengatakan bahawa telefonnya yang dihancurkan. Pandangan dibuang ke tepi katil.
Dilihatnya telefonnya masih elok terletak diatas meja. Telefon Inaz pula dah
berderai.
“ Alamak…sorry sayang. Abang ingat
abang baling handphone abang tadi sebab abang tak nak orang lain kacau bulan
madu kita.” Jelas Rijal.
“ Sayang tak kira. Abang kena ganti
juga handphone ni.”
Rijal sekadar mengiyakan sahaja
permintaan Inaz kerana menyedari memang salahnya membaling telefon Inaz. Terus
sahaja dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air.
****************
Ilyas berasa pelik kerana tiba- tiba
panggilannya tidak boleh masuk ke telefon Inaz. Baru sahaja ingin ditelefon
Inaz untuk bertanya mengapa dia tidak masuk pejabat namun tidak dapat
dihubungi.
“ Keluar dengan laki dia kot.” Fikir
Ilyas lalu menyambung kerjanya.
Inaz mengacau air kopi panas yang
dipesannya tadi untuk sarapan. Rijal pula sedang enak menikmati nasi goreng
kampung yang dipesannya.
“ Abang…apa kata hari ni kita pergi
snorkeling nak?”
“ Okay juga tu. Lepas tu kita main
water ski pula okay.”
Inaz Cuma membalas dengan senyuman
dan isyarat tangan menunjukkan bahawa dia bersetuju. Air kopinya dihirup
setelah sejuk sikit.
Selesai makan, Rijal meneguk sedikit
jus buah tembikainya. Puas rasa tekaknya menelan juadah sederhana itu.
Kelengkapan semua sudah sedia ketika
Inaz dan Rijal hendak turun menyelam melihat panorama bawah laut. Kelulusan
dari pihak resort tidak mengambil masa lama kerana kedua- dua mereka sudah
mempunyai lesen untuk menyelam dan pengalaman.
Inaz dan Rijal berenang serentak
menyelam ke bawah laut Pulau Langkawi. Ikan yang berwarna warni menghiasi dasar
laut. Terumbu karang yang nampak sihat juga menakhluki bawah laut dan menjadi
tempat tinggal hidupannya.
Tenang sungguh jiwa Rijal dan Inaz
ketika menyelam. Bagai dunia milik mereka sahaja. Kemanisan yang baru dikecapi
mereka masih berbunga mekar.
Selesai menyelam, mereka bermain
lumba ski air pula. Gelak ketawa keduanya memecah deruan ombak. Segala kerja
dilupakan buat sementara.
“ Abang…esok kita nak buat apa pula?”
Inaz memulakan bicara ketika makan
malam mereka.
“ Esok abang ada surprise untuk sayang
sempena hari terakhir kita kat sini.”
Inaz membuat muka hairan ketika
mendengar jawapan dari Rijal.
“ Ni telefon sayang bila nak ganti?”
“ Nanti lah lepas kita balik nanti
ya.”
Inaz Cuma tersenyum sahaja melihat
wajah Rijal.
Inaz dan Rijal berjalan- jalan lepas
makan malam tadi. Penat berjalan, Rijal mengajak Inaz membuat unggun api dan
duduk mengelilinginya. Inaz tidak menolak lalu terus mengumpul ranting- ranting
kayu yang ada berdekatan. Rijal pula mengeluarkan mancis dari poketnya.
Hangat dirasai mereka berdua ketika
duduk di tepi unggun api tersebut. Bagai merpati dua sejoli mereka berdua.
Berkepit sahaja menikmati keindahan alam di pulau tersebut.
Ketika mata sudah berasa mengantuk,
barulah mereka pulang ke bilik penginapan. Inaz yang sudah ketiduran digendong
sampai ke bilik dan dibaringkan di katil. Selimut ditarik menutupi separuh
tubuhnya.
“ Hai…Inaz..Inaz…”
Tersenyum sahaja Rijal mengenangkan
isterinya. Sebab sayang, semuanya dijaga rapi oleh Rijal. Seterusnya, dia pun
masuk tidur selepas memadamkan lampu.
No comments:
Post a Comment