NOVEL BAB 20
Inaz berselera sekali menikmati
sarapan buatan Rijal. Dia mengaku dia tidak mampu untuk memasak sebagus Rijal.
“Lepas ni siap- siap. Kita pergi
rumah mama. DIa suruh.” Rijal bersuara ketika makan.
“ Nak buat apa kat rumah mama awak?”
“ Dia nak tengok keadaan awak macam
mana. Dia risau pasal semalam.”
“ Lah…awak beritahu mama ke?”
Rijal hanya mengangguk. Inaz sekadar
menurut sahaja kerana berasa malas hendak berperang mulut dengan Rijal.
Inaz dan Rijal memulakan perjalanan
menuju ke rumah ibu Rijal setelah selesai bersarapan. Semasa dalam perjalanan,
Rijal beberapa kali mencuri lihat pergelangan tangan Inaz. Dilihatnya lebam di
tangan Inaz sudah berkurangan sedikit. Namun lebam bahagian kaki tidak mampu
dilihatnya kerana Inaz mengenakan skirt labuh sampai ke kaki hari itu. Jarang
sudah Inaz memakai seluar jeans ketatnya.
“ Kaki awak dah okay ke?” Tanya
Rijal.
“ Dah kurang sikit dah lebam dia.
Terima kasih awak tolong urutkan semalam.” Balas Inaz.
“ Sama- sama. Kalau sakit lagi nanti
saya urut lagi ya.” Sebuah senyuman nakal dihadiahkan.
Sebuah cubitan hinggap di lengan
Rijal. Rijal mengaduh kesakitan tetapi terselit kebahagiaan.
Mereka sampai dirumah Datin Zainah
tidak lama kemudian. Kedatangan disambut dengan senyuman Datin Zainah dan
beberapa orang gaji baru yang diupahnya semenjak perkahwinan Rijal dan Inaz
berlangsung. Sebabnya adalah Dia tidak mampu memelihara rumah itu sendiri tanpa
bantuan.
Datin Zainah memeluk dan mencium Inaz
semasa Inaz tiba didepan pintu. Inaz dibawa masuk. Rijal hanya memerhati gerak-
geri ibunya. Seolah- olah sudah lupa akan anak sendiri.
“ Inaz apa khabar? Okay tak? Ada
sakit mana- mana tak?”
Bertalu- talu soalan keluar dari
mulut Datin Zainah. Risau benar dia akan menantunya yang seorang itu apabila
diceritakan oleh Rijal awal tadi di talian.
“ Inaz okay ma…taka da apa- apa. Mama
tak usah risau sangat lah yer.”
“ Inaz elok- elok ya.” Pesan Datin
Zainah.
Inaz dan Rijal berada agak lama juga
di rumah Datin Zainah. Banyak juga dibualkan. Masa makan tengah hari pun terpaksa
dirumahnya kerana mama Rijal berkeras ingin masak untuk Inaz.
“ Inaz dah mengidam ke?”
Soalan Datin Zainah hampir membuatkan
biji mata Inaz dan Rijal bagai ingin tersembul keluar. Tidak terlintas di
fikiran mereka bahawa mamanya akan bertanya soalan sedemikian.
“ Belum ada rezeki lagi ma. Kalau ada
rezeki nanti tu adalah.” Rijal menjawab penuh sopan.
“ Hummm…cepat- cepat lah ya.” Datin
Zainah kepingin.
Inaz tersipu- sipu.
Rijal memandu senyap sahaja ketika
mereka dalam perjalanan pulang dari rumah mamanya. Otaknya masih ligat berfikir
bagaimana hendak menunaikan impian mamanya untuk bercucu.
Sehingga ke malam, sesi siapa paling
senyap berterusan. Tiada topik hangat dibualkan.
“ Awak…esok saya nak teman mama
keluar membeli belah lepas kerja. Awak bagi tak?”
Inaz mengeluarkan soalan untuk cuba
mengajak Rijal untuk berbual.
“ Bila yang mama ajak?” Rijal
bertanya kerana hairan bila masanya mamanya mengajak Inaz untuk membeli belah.
“ Tadi masa kat rumah mama. Masa tu
awak pergi tandas.”
Mendengar penjelasan Inaz,Rijal
lantas teringat semasa di rumah Datin Zainah tadi dia sempat untuk pergi ke
tandas untuk membuang air kecil sebab terlalu banyak minum air di rumah
mamanya.
“Owh…nak pergi..pergi saja lah.
Kenapa perlu tanya saya?”
“ Sebab mama suruh tanya awak dulu
tadi untuk minta izin. Manalah tau kot- kot awak marah ke?”
“ Eh takda maknanya saya nak marah
awak keluar dengan mama. Takpa. Saya izinkan.”
Setelah memberi izin, Rijal menguntum
senyuman manis buat Inaz. Hilang kesipuan Inaz yang dirasainya dari tadi.
Sememangnya Inaz semakin gemar melihat senyuman Rijal.
Datin Zainah begitu khyusuk
berbincang dengan kliennya bersama dengan Inaz. Panjang melebar urus niaga diatur.
Inaz mendengar disamping belajar bagaimana untuk berurusan dengan klien.
Setelah lebih sejam berbincang, masing- masing meminta diri. Datin Zainah terus
mengingatkan Inaz tentang perancangannya untuk membeli belah bersama.
“ Inaz dah beritahu Rijal ke yang
mama nak bawa pergi shopping hari ni?”
“ Dah, abang dah bagi izin dah.”
Mendengar jawapan Inaz, Datin Zainah
terus mengajaknya untuk membeli belah.
********************
Rijal sudah bersiap- siap untuk
pulang apabila melihat jam di tangannya sudah pun hampir menunjukkan pukul 7
malam. Dia pulang agak lewat setelah menandatangani dan memeriksa dokumen-
dokumen yang berlonggok di atas mejanya yang tidak sempat disentuhnya sepanjang
minggu itu.
Segala benda yang berada diatas
mejanya dikemas dan beg kerjanya diangkat. Semuanya kelihatan bersih ketika dia
hendak keluar. Tombol pintu pejabatnya ditarik untuk menutup pintu. Langkah
diatur perlahan.
“ Isk isk isk….”
Bunyi tangisan mematikan langkah
Rijal. Sekeliling dipandangnya namun tiada sesiapa di situ.
“Huhuhuhuhhu.”
Masih bunyi tersebut kedengaran.
Rijal pasti ada seseorang yang sedang bersembunyi disitu. Dicari- cari empunya
tangisan tersebut. Dari jauh, sesusuk tubuh sedang berdiri di tepi tingkap
dilihatnya. Dari pengamatannya, tubuh tersebut sepertinya Syamin.
“ Syamin…itu awak ke?”
“ Eh..Encik Rijal. Tak balik lagi
ke?”
Syamin membalas soalan Rijal dengan
soalan lain sambil mengesat matanya cuba menyembunyikan tangisannya.
“ Awak kenapa Syamin? Ada masalah
ke?” Tanya Rijal.
“ Takda apa- apa Encik Rijal.” Syamin
menafikan.
“ Syamin…kalau awak ada apa- apa
masalah boleh ceritakan dengan saya.” Rijal masih menunjukkan keprihatinannya.
Syamin berasa lakonannya depan Rijal
semakin menjadi. Kini dia hanya perlu meneruskan lakonannya untuk mencari
simpati Rijal.
“ Saya sebenarnya ada masalah besar
Encik Rijal. Tapi saya tak boleh cerita kat pejabat.”
“ Kalau macam tu kita balik dulu dan
singgah kat mana- mana minum ya.”
Rijal memberi cadangan tanpa
mengesyaki.
Syamin sekadar mengangguk lemah.
No comments:
Post a Comment