NOVEL BAB 29
Hujung minggu Inaz dan Rijal telah
diisi dengan aktiviti pengubahsuaian bilik Rijal. Setelah balik dari berbulan
madu beberapa hari lepas, Rijal sudah tidak membenarkan Inaz tidur di bilik
berasingan dengannya. Untuk beberapa hari lepas, Rijal terpaksa tidur di lantai
kerana katil dibiliknya adalah katil bujang, manakala Inaz disuruh tidur diatas
katilnya.
“ Abang, nanti katil abang ni nak
letak kat mana?” Tanya Inaz.
“ Katil abang ni kita buka pastu
letak dalam stor. Kalau dah ada anak nanti boleh lah diorang pakai balik. Tak
lah membazir.” Jelas Rijal.
“ Oh. Habis tu katil Inaz pula?”
“ Yang Inaz punya bilik tu biarkan
saja jadi bilik tetamu.”
Inaz mengiyakan saja semua penjelasan
Rijal. Tangannya lincah membuka skru katil Rijal sambil bercakap dengan Rijal.
Sementara itu, Rijal pula mengemas dalam almarinya kerana dia akan berkongsi
almari dengan Inaz, maka ruang untuk pakaian Inaz harus disediakan.
“ Ting….” Bunyi loceng dipagar rumah
berbunyi.
Inaz dan Rijal pelik siapa pula yang
datang ke rumah pada hujung minggu tersebut. Kebiasaannya tiada pengunjung.
Ketika Rijal hendak turun melihat
siapa gerangan yang datang, Inaz menghentikannya. Inaz menawarkan dirinya untuk
pergi melihat. Rijal membenarkan sahaja.
Inaz berlari- lari anak dari tingkat
atas rumah mereka menuju ke pintu utama. Dari pintu, tidak kelihatan sesiapa,
namun Inaz terperasan sebiji sampul terselit di celah pagar rumah mereka. Hati
Inaz meronta untuk melihat.
Inaz keluar dari pintu utama lalu
berjalan menuju ke pagar rumah mereka. Sampul ditarik dari celah pagar dan
dibuka sambil berjalan masuk ke rumah kembali.
Ketika melihat isi sampul, Inaz
terkejut melihat kumpulan gambar- gambar suaminya berpelukan dan berdua- duaan
dengan seorang perempuan yang dikenalinya. Setiap satunya diperiksa, dah sah
setiap gambar adalah perempuan yang sama memakai pakaian pejabat yang seksi.
Retak hati Inaz melihat gambar
tersebut. Tidak terlintas di fikirannya bahawa suaminya curang di belakangnya
selama ini. Inaz duduk menangis di lantai rumah kecewa dengan penipuan
suaminya.
Rijal berasa pelik kerana sudah agak
lama juga Inaz turun keluar dari biliknya namun belum kembali. Risau dengan
keselamatan Inaz, Rijal juga keluar dari biliknya untuk memeriksa keadaan Inaz.
Dilihatnya Inaz sedang duduk di lantai rumah mereka. Terkocoh- kocoh Rijal
berlari mendapatkan Inaz.
“ Sayang…kenapa ni? Kenapa duduk kat
sini?”
“ Kenapa abang tanya. Ni apa ni?”
Marah Inaz dengan suara agak tinggi, tegas dan disertai tangisannya.
Rijal melihat setiap satu gambar yang
bertaburan berdekatan Inaz.
“ Sayang..ini semua tak betul. Mana
sayang dapat semua gambar ni?”
“ Apa yang tak betulnya abang???
Hah?? Gambar tu jelas menunjukkan abang dengan P.A abang. Nak berdalih apa
lagi????”
“ Sayang…sabar dulu. Biar abang
jelaskan semuanya dulu. Ini semua tak seperti yang sayang sangkakan.” Pujuk
Rijal.
“ Dah lah abang. Inaz kecewa dengan
abang.” Inaz menghentikan bicaranya disitu lalu bangun.
Rijal di tinggalkan bersendirian
dengan gambar tersebut. Inaz naik terus ke biliknya. Nampaknya rancangan untuk
tidur sebilik dengan Rijal selama- lamanya sebagai isteri sebenar tidak sesuai
buatnya masa ini. Pintu dihempas dan Inaz berlari lalu baring di katilnya
menangis mengenangkan kekecewaan hatinya.
Malam itu, Inaz tidak turun makan
bersama dengan Rijal walaupun puas dipujuk Rijal dari luar bilik kerana Inaz
mengunci pintu biliknya. Inaz Cuma turun makan setelah Rijal tidur. Itu pun
Cuma masak maggi segera sahaja kerana perutnya tidak terasa ingin menelan nasi.
Inaz pergi keluar masuk pejabat juga
sudah kehilangan seri wajah dan senyuman. Tidak langsung rasanya hendak menegur
sesiapa di pejabat walaupun Ilyas yang kawan baiknya.
Ketika di rumah Inaz cuma senyap
sahaja kalau bertembung dengan Rijal. Walaupun kekadang dia yang memasak makan
malam, namun tidak juga makan semeja dengan Rijal. Hatinya masih berparut
kekecewaan.
Rijal hanya mampu senyap sahaja
melihat keadaan Inaz. Walaupun cuba diajaknya Inaz untuk berbual dan berbincang
namun Inaz pandai sahaja mengelak. Rumah juga tampak kesunyian tanpa kedengaran
suara Inaz.
Rijal hanya mampu berdoa agar hati
isterinya dilembutkan dan matanya diterangkan untuk melihat kebenaran.
No comments:
Post a Comment