Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 28
Inaz setia menunggu Rijal yang sedang berurusan di kaunter untuk menyewa bot.  Seketika kemudian, Rijal kembali dengan senyuman melebar terhias di wajahnya yang berseri- seri pagi itu.
“ Dah, jom kita pergi sekarang.” Ajak Rijal.
“ Hah? Pergi mana?”
Inaz terkial- kial tidak mengerti maksud Rijal.
“ Alah…jom lah…”
Rijal menarik tangan Inaz suruh mengikutinya.
Kedua- dua mereka berjalan ke arah sebuah bot besar yang telah disewa Rijal. Itu lah kejutannya untuk Inaz hari ini iaitu membawa Inaz mengelilingi Pulau dengan menggunakan bot sewa. Inaz terpegun seketika melihat saiz bot tersebut.
Rijal tersenyum sahaja melihat reaksi Inaz kala itu. Terus dipimpinnya tangan Inaz untuk naik ke bot tersebut. Seorang pemandu bot mengikuti mereka untuk membawa mereka mengelilingi Pulau.
*****************
Inaz menutup matanya ketika menikmati angin lautan. Rijal datang dari arah belakang secara perlahan- lahan. Melihat Inaz sedang khusyuk, Rijal memeluk pinggang Inaz dari belakang sambil kepalanya diletakkan di atas bahu Inaz. Inaz yang pada mulanya terkejut dan tidak biasa diperlakukan demikian akhirnya melayan sahaja.
Bahagia sungguh rasa hati Inaz dan Rijal ketika itu. Masing- masing berdoa agar kebahagiaan yang dikecapi kini akan membawa sehingga ke syurga.
Menjelang petang, mereka kembali ke resort untuk mengemas barang- barang mereka. Sesudah makan malam, mereka kembali terus ke bilik untuk berehat. Esoknya, seawal jam 9 pagi mereka daftar keluar.
“ Abang….kita singgah pasaraya dulu nak? Hari tu masa keluar rumah, sayang tengok barang dapur dah nak habis lah.”
“ Boleh juga , nanti masa sayang kat pasaraya, abang pergi cari telefon baru untuk sayang ya.”
“ Ok abang.”
Inaz menolak trolinya perlahan- lahan mencari barang keperluan untuk dapur rumah mereka sementara Rijal sibuk memilih telefon baru untuk Inaz sebagai ganti telefon yang telah dirosakkannya. Inaz berhenti di lorong yang mempamerkan bermacam jenis kicap di pasaraya besar itu.
“ Eh Inaz, you buat apa kat sini?” Tegur Ilyas yang kebetulan berada di lorong tersebut.
“ Ilyas, I tengah cari barang dapur sikit ni.” Balas Inaz.
“ Urm…lama I tak nampak you masuk office, you pergi mana ek?”
“ Owh, I ambil cuti hari tu sebab suami I bawa pergi honeymoon. Ni baru balik lah ni.”
Inaz membalas sambil memberi senyuman kepada Ilyas.
Rijal berjalan- jalan ke setiap lorong barang dapur dalam pasaraya tersebut mencari kelibat Inaz. Tiba di lorong kicap, Rijal ternampak Inaz sedang berbual dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Tanpa menunggu, Rijal mengatur langkahnya untuk mendekati.
“ Sayang….” Sahut Rijal ketika mendekati Inaz.
“ Ha abang. Dah dapat telefon baru ?” Tanya Inaz.
“ Dah. Ni.”
Rijal melayang- layangkan plastik berisi set telefon baru didepan Inaz.
“ Eh lupa pula. Ilyas, ni lah suami I. Abang, ni Ilyas, rakan sepejabat Inaz.”
Ilyas dan Rijal bersalaman tangan. Walaupun senyuman terpancar di wajah, namun dalam hati Ilyas bagai sudah dibakar. Inaz bermesra dengan Rijal didepannya.
Tidak mahu menunjukkan reaksi wajahnya, Ilyas cepat- cepat meminta diri untuk berlalu. Inaz dan Rijal juga berlalu setelah Ilyas berlalu.
Ilyas meletakkan barang yang dibelinya dibelakang keretanya. Kegeraman masih bersisa menyaksikan tayangan percuma dari Inaz dan Rijal. Enjin kereta dihidupkan, gear dimasukkan lalu pedal minyak ditekan.
Ilyas memandu dengan kelajuan agak tinggi semata- mata untuk menghilangkan rasa geramnya.


Ilyas cuba berlakon untuk berlagak seperti biasa didepan Inaz.
“ Inaz, jom lunch.”
“ Okay jap, I habiskan benda ni sikit dulu. Pastu kita gerak.”
Setelah menghabiskan kerjanya, Inaz dan Ilyas keluar untuk makan tengah hari di tempat biasa. Sudah tidak asing baginya untuk makan bersama Ilyas ketika tengah hari.
Sampai sahaja di kedai makan, Inaz dan Ilyas mengambil makanan segera sahaja dan memesan air tin. Inaz seperti terperasan Ilyas mempunyai sesuatu untuk ditanyakan.
“ Ilyas..you ada masalah ke?”
“ Hurm…entahlah Inaz.”
“ cerita lah kat I. Kot- kot I boleh tolong ker.” Kata Inaz seraya merayu.
Ilyas menggenggam tangannya dan cuba mencari keberanian untuk menyuarakan rasa hatinya. Tidak sanggup rasanya menghadapi penolakan. Namun dia juga tidak sanggup untuk terus menyembunyikan perasaannya.
“ Inaz…” Sahut Ilyas sambil menarik tangan Inaz.
“ I sebenarnya suka kat you.”
“ Hah? Ilyas you bergurau ker apa?” Tanya Inaz sedikit kebingungan.
“ No. I am serious.” Tegas Ilyas.
“ Tapi Ilyas I ni isteri orang. Tak wajar kalau you nak suka isteri orang.” Jelas Inaz sambil menarik kembali tangannya kerana mula berasa tidak selesa.
“ Tapi I betul- betul sukakan you. I sanggup terima you kalau you minta cerai dari husband you dan kahwin dengan I.” Rayu Ilyas.
“ Ilyas please. Banyak lagi perempuan yang lebih cantik dan bujang kat luar sana.”
Ilyas sudah kehilangan kata untuk membalas Inaz. Itulah yang sangat ditakutinya. Penolakan.
“ Dah lah Ilyas, I nak balik office.” Kata Inaz setelah melihat Ilyas senyap.
“ Tapi kan awal lagi.” Kata Ilyas cuba memujuk Inaz.
Inaz tidak mahu terus berselisih faham dengan Ilyas di tempat awam lalu mula mengangkat kaki dari situ. Ilyas mengikutnya dari belakang sambil memanggil Inaz.
“ Okay Inaz. I am sorry kalau I buat you rasa tak selesa.”
Inaz berhenti menapak dan menoleh kebelakang.
“ Its okay Ilyas. I tahu you bercelaru. Let just forget this and imagine it never happen ok.” Kata Inaz.
Ilyas tersenyum mendengar cadangan Inaz. Demi untuk membeli semula hati Inaz, dia meneruskan lakonan seolah- olah dia menerima sahaja cadangan tersebut.
Kedua- dua mereka jalan bersama kembali ke pejabat.
*************
Syamin meminta untuk masuk ke pejabat Rijal setelah memastikan tiada sesiapa disitu. Dia tahu lewat petang Rijal pasti balik lewat sedikit kerana banyak kerja perlu dilakukan. Syamin ingin meneruskan rancangannya.
Ketika Syamin melangkah masuk ke bilik Rijal, sengaja dia berlakon jatuh terjelepok didepan Rijal. Rijal terkejut melihat keadaan itu lalu bangun dari kerusi belakang mejanya dan membantu Syamin.
“ Awak tak apa- apa ke Syamin?”
“ Kaki saya sakit lah Encik Rijal.” Syamin membuat nada kasihannya.
“ Takpa, mari duduk kat sofa tu kejap.” Kata Rijal sambil menunjukkan sofa yang ada di dalam pejabatnya.
Rijal memimpin Syamin untuk berehat di sofanya. Syamin berjalan terencot- encot. Ketika hendak mendudukkan Syamin disofa,Syamin tiba- tiba mengerang kesakitan dan tersalah jatuh lalu jatuh bersama Rijal di atas sofa tersebut.
Rijal terkejut dengan situasi tersebut manakala Syamin merasa puas di dalam hati kerana lakonannya menjadi. Sepasang mata sedang melihat kejadian tersebut lalu mengambil gambar.
“ Maafkan saya Syamin.”
“ Taka pa Encik Rijal. Bukannya Encik sengaja pun.” Balas Syamin sedikit menunduk.

No comments:

Post a Comment