NOVEL BAB 36
Meriah sungguh suasana dalam pejabat
Inaz hari ini. Baru sebentar dia dinaikkan sebagai CEO rasmi syarikat.
“ Saya mengucapkan terima kasih di
atas sokongan semua. Saya berjanji akan berusaha menjadi ketua yang boleh
membawa kita semua ke arah kejayaan.” Ucap Inaz.
Selesai berucap, para pekerja tidak
henti- henti mengucapkan tahniah. Kini
tanggungjawab yang besar berada di bahu Inaz untuk digalas. Dalam menunggu saat
menjadi ibu, dia terpaksa mengurus syarikat besar seperti itu. Datin Zainah
mengesyorkan agar Inaz mencari pembantu peribadi kerana Datin Zainah akan
kembali membantu Rijal mengendalikan syarikat mereka sendiri.
Petang itu, Inaz balik bersama Rijal
ke rumah mereka. Ketika sampai di depan pagar, dilihatnya Ilyas sedang menunggu
di luar.
“ Apa dia nak lagi ni?” Tanya Rijal
tegas.
“ Entah lah abang.” Balas Inaz mula
bimbang.
Rijal menghentikan keretanya di luar.
Dia dan Inaz keluar dari kereta. Ilyas berdiri menghadap kedua mereka.
“ Kau nak apa lagi Ilyas?” Tanya
Rijal kasar.
“ Aku datang nak minta maaf pada
korang berdua. Aku tahu aku tak patut buat macam tu.” Jelas Ilyas.
Jatuh kasihan Rijal dan Inaz
mendengar permohonan maaf Ilyas.
“ Ilyas, sudahlah. I dah maafkan you
pun.” Jelas Inaz sebelum sempat Rijal membuka mulut.
“ Ya lah Ilyas. Cuma lepas ni aku
harap kau dapat jauhkan diri dari kitorang.” Kata Rijal.
“ Itu kau tak perlu risau. Aku databg
ni pun nak untuk kali terakhir.”
“ Kenapa awak cakap macam tu?” Tanya
Inaz hairan.
“ Saya dah dapat kerja kat Sarawak.
Saya akan terbang lusa.” Jelas Ilyas lagi.
Lega perasaan Rijal mendengar kata-
kata Ilyas. Namun Inaz terkilan sedikit kerana buat pertama kalinya dia
mempunyai kawan dan kini kawannya akan berjauhan darinya. Walau apa juga
kesilapan Ilyas, semua sudah dimaafkannya.
“ Pergi lah Ilyas. Bina hidup baru.
Carilah wanita yang boleh cintakan kau.” Kata Rijal sambil menepuk perlahan
bahu Ilyas.
“ Terima kasih sebab sudi maafkan
aku. Aku minta diri dulu.”
Ilyas berlalu meninggalkan Inaz dan
Rijal. Rijal membawa Inaz masuk ke rumah setelah Ilyas hilang dari pandangan.
Keretanya di pandu masuk setelah dia keluar balik setelah menghantar Inaz
masuk.
Rijal masuk ke rumah setelah memakir
dan mematikan enjin keretanya. Selepas meletakkan kunci, Rijal naik ke bilik
mereka.
****************
Inaz berdiri di balkoni bilik mereka
sambil memegang perutnya yang semakin membesar. Rijal datang dari arah belakang
dan memeluknya.
“ Abang…terima kasih sebab terima
sayang.” Ucap Inaz mesra.
“ Abang pun nak ucapkan terima kasih
kepada sayang sebab sudi menerima abang.” Ucap Rijal pula.
Rijal dan Inaz sama- sama membuang
pandang melihat langit malam yang penuh
bintang pada malam itu. Mereka berharap kehidupan mereka akan sentiasa dipenuhi
bunga- bunga bahagia setiap hari.
Ketika malam semakin sejuk, Rijal
mengajak Inaz masuk ke bilik untuk tidur dan berehat setelah melalui hari yang
begitu panjang.
No comments:
Post a Comment