Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 25
Inaz membancuh air untuk dirinya dan Rijal sebelum mengikut langkah Rijal memasuki ruang tamu rumah mereka. Rijal mencapai alat kawalan jauh yang terletak di atas meja dan melihat siaran rancangan yang mungkin menarik minatnya. Seketika kemudian, Inaz datang membawa dua cawan air yang telah dibancuh.
“ Ada apa abang ajak Inaz ni?”
“ Takkan nak ajak isteri sendiri pun kena ada sebab?”
Rijal sengaja menduga Inaz.
“ Eh tak ada lah macam tu….Cuma….”
Inaz tergagap- gagap mencari katanya.
“ Inaz….kita dh berapa bulan kahwin?” Tanya Rijal.
“ Hah?” Inaz berasa pelik.
Tanpa menunggu jawapan dari Inaz, Rijal mengeluarkan risalah pakej percutian yang ingin ditempahnya sebagai hadiah bulan madu mereka. Inaz menerima risalah tersebut dan hairan. Dia tidak tahu kenapa Rijal memberinya risalah tersebut.
“ Nak buat apa benda ni?” Tanya Inaz.
“ Itu pakej kita pergi honeymoon.” Ringkas sahaja penjelasan Rijal.
“ Hah???? Apa????”
Terlonjak sedikit nada terkejut Inaz. Bagai tidak percaya akan apa yang di dengarnya.
“ Shuuuhhh….jangan kecoh sangat. Dah malam ni.”
Rijal menyuruh Inaz memperlahankan suaranya sambil jari telunjuknya diletakkan dimulutnya.
Terkebil- kebil mata Inaz menerima kejutan dari Rijal. Langsung tidak terlintas difikirannya akan perkara itu. Apa yang difikirnya selepas kahwin hanyalah duduk rumah sahaja. Itu pun Cuma tercapai sehinggalah dia kematian kedua orang tuanya. Selepas itu, dia terpaksa naik turun pejabat untuk mula bekerja.
Rijal tersenyum sendiri melihat Inaz membelek- belek risalah pakej bulan madu mereka. Tempat sudah pun ditentukan tanpa berbincang dahulu dengan Inaz. Rijal memilih untuk berbulan madu di Pulau Langkawi sahaja dengan penginapan empat hari tiga malam.
Inaz mengetuk pintu pejabat Datin Zainah sebelum masuk. Setelah mendengar dia disuruh masuk, barulah pintu dibuka dan dia melangkah masuk. Inaz ingin memaklumkan bahawa dia akan bercuti untuk beberapa hari kerana telah diajak berbulan madu oleh Rijal.
“ Ya Inaz..ada apa yang boleh mama bantu?” Tanya datin Zainah.
“ Hurmm…Inaz kena cuti untuk beberapa hari ma.” Balas Inaz.
“ Kenapa pula?”
“ Abang Rijal bawa pergi  honeymoon.”
“ owh..ahahaha” Berderai ketawa Datin Zainah mendengar jawapan Inaz.
Jawapan yang sepatutnya berbaur gembira menjadi kedengaran serba salah.
“ Ha…elok lah tu. Korang pun memang belum bulan madu lepas kahwin hari tu. Ni bila nak pergi?”
“ Lusa kata abang.”
Datin Zainah mengangguk sahaja mendengar jawapan Inaz. Memang wajar fikirnya kalau mereka berdua pergi berbulan madu. Fikirnya, kalau mereka balik nanti, Inaz pun mungkin akan berisi.
Inaz meminta diri setelah habis memaklum kan ibu mertuanya mengenai perancangan mereka.
******************
Rijal melipat pakaian yang secukupnya dan memasukkannya ke dalam bagasi untuk dibawanya berbulan madu esok. Mindanya melayang- layang sekejap memikirkan bagaimana bulan madu mereka nanti. Segala perancangan aktiviti dan keperluan sudah diaturkan awal- awal lagi.
“ Abang....abang…” Tiba- tiba Inaz memanggilnya dari bilik sebelah.
Rijal tersedar dari lamunannya. Laju sahaja langkah diatur menuju ke bilik Inaz meninggalkan bagasinya yang belum ditutup.
“ Kenapa Inaz?” Tanya Rijal dari muka pintu bilik.
“ Nak tanya abang ni, nak bawa apa esok? Inaz blur lah.”
Rijal mendengus sedikit.
“ lah…bawa lah apa yang perlu macam pakaian, alat solek awak,dan jangan lupa bawa tu ‘selotape’ awak. Kan tak pasal- pasal.”
Rijal sekadar mengingatkan Inaz akan keperluan peribadinya. Inaz pula yang hairan macam mana benda sepenting itu tidak langsung difikirkannya. Terbalik Rijal yang tidak memerlukannya yang mengingatkannya.
“ Ni lepas packing nanti tidur terus tau. Kita kena awal bangun esok untuk awal gerak..”
Rijal berpesan kepada Inaz sebelum kembali ke biliknya. Sampai sahaja dia dibiliknya, beg bagasinya terus ditutup. Almari pakaian yang terbuka tadi ditutupnya juga.
Tatkala Rijal sudah siap mengemaskan pakaiannya, Inaz baru hendak mula mengemas. Inaz mula memilih pakaian yang hendak dibawanya dan dimasukkan kedalam bagasinya yang sederhana besar. Alat solek ringkas juga dimasukkan kedalam bekasnya.
Setelah memastikan semuanya siap, Inaz menutup bagasinya dan meletakkannya ditepi katilnya. Telefon bimbitnya dicapai sejurus badannya dilabuhkan keatas katil. Butang ditekan untuk menetapkan jam loceng bagi mengejutkannya esok.
Lepas menetapkan jam locengnya, matanya cuba dipejamkan. Namun belum lama dia memejamkan matanya, telefonnya pun berbunyi nyaring menandakan panggilan masuk.
“ Alah…siapa pula lah call malam- malam buta ni.” Marah Inaz sedikit.
Setelah melihat nama si pemanggil, Inaz terus menekan butang memutuskan talian kerana tidak sudi menjawab panggilan dari Ilyas. Dia mula berasa Rimas kerana setiap malam Ilyas akan menelefonnya untuk bertanya apa dia sudah tidur atau belum.
Inaz kembali memejamkan matanya. Ilyas yang menelefonnya terpinga- pinga kerana ini adalah kali pertama panggilannya ditolak oleh Inaz.
Ilyas meletakkan telefonnya ditepi katil setelah panggilannya ditolak. Dia terfikir- fikir sendiri apa yang Inaz buat sampai menolak panggilannya darinya. Nampaknya usahanya untuk mendekati Inaz melalui panggilan telefon waktu malam semakin kurang praktikal dan tidak efektif.
Dia berfikir untuk mengatur cara lain untuk mendapatkan Inaz. Dia nekad untuk memiliki Inaz menjadi miliknya walaupun Inaz sudah berstatus isteri orang. Kerana cinta, dia menjadi buta dan tidak tahu yang mana salah dan yang mana betul.

No comments:

Post a Comment