Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 22
Syamin melihat Rijal dari cermin luar cermin pejabatnya. Dilihatnya Rijal masih sibuk dengan pekerjaan. Syamin memeriksa jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Syamin mengagak mungkin kesibukan Rijal membuatkan dia lupa untuk makan tengah hari.
“ Encik Rijal, saya masuk boleh?”
“ Silakan.” Suara Rijal kedengaran.
“ Owh Syamin. Ada apa Syamin?”
“ Encik Rijal ni busy sangat sampai tak sedar dah lunch hour. Nak tak kalau kita makan tengah hari bersama- sama?”
“ Haah lah, boleh lah. Jom.”
Rijal lantas bersetuju untuk menemani Syamin makan tengah hari kerana perutnya juga terasa sudah lapar.
Syamin bergembira di dalam hati kerana Rijal semakin senang didekati.
“ Syamin saya nak tanya awak. Orang perempuan suka apa ya?”
Syamin terpinga- pinga dengan soalan Rijal.
“ Kenapa Encik Rijal tanya ni. Ha, Encik Rijak nak usyar perempuan ek…”
Syamin membuat nada polosnya.
“ Eh, takda maknanya lah usyar perempuan lagi. Usyar bini lagi best.” Selamba saja jawapan Rijal.
Syamin berasa sedikit marah dalam hatinya. Pada mulanya dia ingat Rijal sudah mula berkenan dengannya namun isterinya juga diingatnya.
“ Entah lah Encik Rijal. Lain perempuan lain cita rasanya.”
Syamin sekadar memberi komen kosong.
Rijal langsung tidak menyedari perubahan nada Syamin. Dia sekadar menggoyangkan bahunya lalu meneruskan suapan makanan tengah harinya.
******************

Kini sudah 2 bulan Inaz memasuki dunia perniagaan. Bermacam perkara baru dipelajarinya dan dipraktikkan. Sudah tidak perlu lagi ditunjuk ajar oleh Datin Zainah. Bahkan dia dia kini sudah mempunyai kawan rapat juga di pejabatnya. Cuma Inaz belum dinaikkan sebagai peneraju utama Syarikat arwah orang tuanya secara rasmi. Dia masih dalam pemerhatian Datin Zainah selama setahun.
Setiap hari Inaz akan keluar makan dengan rakan sepejabatnya. Paling kerap adalah bersama Ilyas, seorang pekerja lelaki bahagian pemasaran syarikatnya. Sementara ini Inaz diletakkan di bahagian yang sama dengan Ilyas. Walaupun tidak diketahui Inaz, namun Ilyas sentiasa memerhati Inaz sebab dia menyimpan perasaan terhadap Inaz walaupun  diketahuinya Inaz sudah bersuami.
“ Inaz…so how you rasa sekarang? Masih ada yang tak jelas tak pasal syarikat?”
Ilyas memulakan bicara ketika makan tengah hari bersama Inaz.
“ I rasa ok lah. Kenapa you tanya?”
“ Saja. Kot- kot you ada masalah ke. Kalau ada apa- apa masalah you jangan malu jangan segan. Citer jer dengan I ok?”
“ Ok. Thanks Ilyas sebab ambil berat pasal I.”
Suapan demi suapan makanan tengah hari dinikmati bersama.
“ I’m taking back my love my love my love……”
Bunyi deringan nada dering telefon Inaz lantang berlagu lalu mengejutkan Inaz yang sedang melakukan kerja di mejanya lepas balik dari makan tengah hari bersama Ilyas tadi. Nama si pemanggil dilihat di skrin.
“ Hello abang…ada apa?”
Inaz menyahut Rijal yang berada di talian.
“ Inaz…abang tak dapat nak ambil Inaz balik kerja malam ni. Boleh tak Inaz balik dengan mama nanti?”
“ Tapi mama ada meeting kat luar. Dia tak balik office lagi ni.”
“ Kalau abang datang lewat sikit ambil Inaz boleh tak sebab abang pun tengah nak ada meeting mengejut ni. Boleh lah ye?”
Rijal bersungguh- sungguh meminta Inaz untuk menunggunya selesai bermesyuarat  untuk mengambilnya pulang dari pejabat.
“ Ok lah. Dah terpaksa.”Inaz hanya  membalas dengan nada terpaksa.
“ Ok..bye.”
Talian pun diputuskan dan mengembalikan Inaz semula kepada pekerjaannya.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Waktu pejabat sudah habis dari pukul 5 petang tadi. Namun panggilan telefon dari Rijal belum juga masuk. Inaz hanya menunggu di lobi depan pejabatnya sahaja.
“ Masih meeting agaknya mamat ni.”
Inaz bercakap sendirian untuk menenangkan dirinya sendiri.
Ilyas baru keluar dari lif yang terdapat berdekatan lobi pejabat. Dilihatnya Inaz seperti sedang menunggu seseorang.
“ Inaz…” Lantang suaranya memanggil Inaz dari belakang.
“ Eh Ilyas. Lewat nya balik. Banyak kerja ker?” Tanya Inaz.
“ Haah…ni tunggu siapa pula?” Giliran Ilyas pula bertanya.
“ Tunggu siapa lagi. Suami I lah. Tapi dia tak sampai lagi. Masih meeting agaknya.” Jelas Inaz.
Ilyas berfikir itulah kesempatannya baginya untuk membuat kebaikan kepada Inaz untuk mengambil hatinya.
“ Oh..takpa lah jom I hantar you balik. Lagipun bahaya tunggu seorang kat sini.”
“ Eh tak apa lah Ilyas. Karang kejap lagi sampai lah suami.”
“ Lah kan dah malam dah ni. Nak tunggu sampai pukul berapa. Jom lah I hantar. I janji takkan buat apa- apa.”
Inaz menggigit bibir bingung samaada ingin menruskan penantiannya terhadap Rijal atau menerima pelawaan Ilyas. Namun ada betulnya juga cakap Ilyas fikirnya. Bahaya baginya untuk menunggu disitu sendirian. Akhirnya pelawaan Ilyas diterimanya jua dengan idea untuk beritahu kepada Rijal kemudian.
Inaz dan Ilyas bergerak menuju ke kereta Ilyas yang diparkir di lot parkir pejabat. Ilyas membukakan pintu untuk Inaz. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta dipandu membelah dada jalan.
“ Inaz…rumah you kat mana?”
“ Rumah I kat Taman Setiawangsa. Taka pa you jalan jer nanti tunjukkan mana satu rumah I kalau dah sampai.”
“Ok…”Ilyas sekadar bersetuju.
Sepanjang perjalanan menghantar Inaz pulang ke rumahnya, bermacam juga soalan yang keluar dari mulut Ilyas tentang Inaz. Soalan tentang perkahwinan Inaz, hidup sebelum kahwinnya dan serba sedikit tentang dirinya juga. Setiap satunya dijawab oleh Inaz tanpa syak wasangka.
Kereta diberhentikan apabila Inaz beritahu kepada Ilyas bahawa sudah sampai ke rumahnya. Inaz keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Ilyas sebab menghantarnya pulang dan terus masuk ke rumahnya.
Ilyas Cuma tersenyum sendiri mengenangkan bahawa betapa mudahnya Inaz memasuki pancingnya apabila semua soalannya dijawab dengan jujur. Kini senang sahaja untuknya mengetahui pergerakan Inaz dalam usahanya untuk merebut Inaz dari suaminya.

No comments:

Post a Comment