Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 30
Ilyas sudah memerhatikan Inaz sejak kebelakangan ini.
“ Kenapa Inaz murung sahaja semenjak dua menjak ni agaknya?” Fikir Rijal.
Ingin mengetahui sebab dan musabab kemurungan Inaz, Ilyas akhirnya memberanikan dirinya untuk bertanya. Ilyas mengatur langkah menuju ke arah Inaz sambil membawa secawan kopi.
“ Inaz…nah. Minum ni dulu.” Jemput Ilyas.
“ Thanks Ilyas..” Balas Inaz.
“ Kalau you tak keberatan, cerita lah dengan I kenapa you nampak sedih jer. I disinn sebagai kawan yang support you.” Pujuk Ilyas.
“ I sebenarnya malas nak cerita dengan orang.” Balas Inaz lemah.
“ Please Inaz. I kawan you. You boleh cerita apa saja dengan I.”
Mendengar pujukan Ilyas yang seakan- akan ikhlas, Inaz akhirnya mula menceritakan masalahnya. Ilyas yang tekun mendengar mula memikirkan bahawa inilah saatnya untuk cuba mendapatkan Inaz kembali.
“ Inaz, I think you need space of your own now. I mean out of your house.” Cadang Ilyas setelah mendengar penjelasan Inaz.
Inaz tiba-tiba tergerak dengan cadangan Ilyas. Pada fikirnya ada eloknya dia dan Rijal berjauhan sehingga perasaannya terubat.
“ Tapi I nak ke mana?” Tanya Inaz.
“ Takpa, You boleh tumpang rumah lama dulu buat sementara waktu ni.”
Bersungguh- sungguh Ilyas menawarkan rumah lamanya sebagai tumpangan kepada Inaz.
“ Kalau you nak, mula malam ni pun you boleh pindah masuk.” Tambah Ilyas lagi.
“ Ok, hari ni I minta awal balik dengan Datin.” Kata Inaz.
Ilyas gembira mendengar persetujuan dari Inaz. Cepat sahaja membuat keputusan tanpa memikirkan niat sebenar Ilyas.
*************
Inaz terus pulang ke rumah selepas meminta pulang awal dari Datin Zainah semasa di pejabat tadi dengan alasan tidak berapa sihat. Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Inaz cepat- cepat membungkus pakaiannya dan menulis sepucuk surat buat Rijal. Walaupun dia keluar tanpa izin Rijal namun dia juga tidak mahu Rijal terlalu Risau.
Ilyas sudah menunggu Inaz di depan pagar ketika Inaz keluar. Ilyas membawa Inaz ke rumah lamanya. Inaz melihat rumah tersebut. Kelihatan agak berselerak di dalamnya kerana sudah lama ditinggalkan semenjak Ilyas menyewa di bandar berdekatan tempat kerjanya.
“ Maaflah Inaz. Kena bersih sikit sebab dah lama ditinggalkan.”
“ Takpa Ilyas. Ini pun boleh.” Kata Inaz.
Maka Inaz dan Ilyas bersama- sama membersihkan rumah tersebut.
Rijal yang berada di pejabat tidak tahu langsung akan Inaz yang sudah keluar dari rumah. Dalam hatinya masih kebingungan tidak tahu bagaimana hendak memujuk Inaz. Barang siapa yang mengambil gambar dia dan Syamin pun masih tidak jelas. Apa yang dilihatnya, Syamin seperti tidak terkesan dan tidak tahu menahu kerana begitu tenang ketika di soalnya.
“ Mungkin bukan Syamin kot. Lagipun sepanjang tu, Syamin memang dengan aku. Tak pula nampak dia pegang kamera.” Desis hati Rijal sendiri.
Mamanya, Datin Zainah juga tidak dimaklumkan akan hal tersebut. Rijal memang sedaya upaya tidak mahu menyusahkan mamanya dengan hal rumah tangga mereka.
Rijal meneruskan kerjanya walaupun mindanya tidak terarah kepada kerja- kerjanya.

No comments:

Post a Comment