Saturday, 14 February 2015

Novel Pertama Bertajuk " Cinta Upsidedown"

NOVEL BAB 31
Rijal sampai di rumahnya dalam pukul 7. Hairan perasaannya kerana rumahnya kelihatan gelap gulita.
“ Ai..takkan tak balik lagi kot bini aku.” Kata Rijal pada dirinya.
Rijal keluar dari perut keretanya dan berjalan masuk ke rumahnya sambil membawa beg kerjanya. Kunci pintu rumah dikeluarkan dari poket dan pintu dibuka. Keadaan di dalam rumah memang gelap. Rijal meraba- raba dinding tepi pintu rumahnya mencari suis lampu ruang tamu rumahnya. Suis lampu dibuka setelah dijumpai. Cahaya lampu menerangi seluruh sudut ruang tamu.
“ Sayang….Inaz…” Rijal memanggil Inaz namun tiada balasan.
Rijal cuba mencari di dapur namun kelibat Inaz tidak kelihatan. Cuba di carinya di dalam bilik mandi, bilik tidurnya dan stor juga tidak kelihatan. Puas Rijal mencari namun tiada hasil. Rijal semakin bimbang.
Telefonnya dicapai lalu nombor mamanya didail.
“ Hello ma, Rijal ni.” Sahut Rijal setelah mendengar suara mamanya di hujung talian.
“ Ya Jal.”
“ Ma, Inaz masih kat pejabat ker?”
“ Eh, Inaz dah balik tadi tengah hari. Katanya tak sihat. Kenapa Jal?” Tanya Datin Zainah mula penasaran.
“ Tapi Inaz tak ada kat rumah ma.” Jelas Rijal lagi.
“ Jal,cuba cari kat mana- mana dulu. Cuba telefon.” Saran Datin Zainah.
“ Ok ma.” Jawab Rijal dan memutuskan talian.
Datin Zainah meletakkan telefonnya setelah Rijal memutuskan talian. Hatinya mula resah setelah mendapat berita dari Rijal sebenatar tadi. Apa betul Inaz tidak sihat ketika balik tadi? Apa masalah mereka? Mungkinkah Inaz bergaduh dengan Rijal. Bermacam persoalan bermain di benak fikirannya. Namun satu pun tiada jawapan.
Rijal cuba mendail nombor telefon Inaz namun tidak dapat disambungkan.
“ Nombor yang ada dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.” Suara operator berbunyi di talian.
Rijal cuba menenangkan dirinya agar tidak terlalu risau memikirkan keadaan Inaz. Tubuhnya dihenyakkan ke atas sofa rumah berdepan televisyen di ruang tamu. Tangannya diletakkan di mukanya dan menepuk wajahnya. Cuba dicari bayangan wajah Inaz dalam imaginasinya.
Rijal membuka matanya dan terlihat sekeping kertas yang berisi nota terletak di atas meja ruang tamu.
“ Sejak bila ada kertas ni kat sini? Tadi macam tak ada.” Fikir Rijal sendiri.
Dicapainya nota tersebut dan dibaca isinya.
ke hadapan
Abang Rijal. Maafkan Inaz sebab keluar dari rumah tanpa meminta izin dari abang. Inaz perlukan ruang dan masa untuk bersendirian buat sementara waktu untuk bertenang. Abang janganlah terlalu risau memikirkan keadaan Inaz. Inaz boleh jaga diri. Setelah Inaz bertenang, Inaz akan kembali kepada Abang.
Ikhlas dari Inaz.”
Rijal menghabiskan bacaannya disitu. Kini hatinya yakin bahawa Inaz sudah lari dari rumah. Hatinya bertambah risau kerana tidak tahu langsung keberadaan Inaz. Puas sudah Inaz cuba di hubungi namun tidak juga berjaya.
Rijal cuba memandu mengelilingi bandar untuk memeriksa jika- jika Inaz ada duduk makan minum di kedai- kedai makan berhampiran namun tiada juga kelihatan. Cuba dicarinya juga di pasaraya dan pusat membeli belah namun mengecewakan. Akhirnya Rijal mengalah juga untuk malam itu.
Rijal kembali ke rumah mereka. Sesudah mandi dan makan, Rijal terus sahaja mendirikan sembahyang berdoa agar isterinya diberi perlindungan dari segala bahaya .
************
Inaz membuka telefonnya. Berpuluh panggilan tidak dijawab dari Rijal dilihatnya. Ingin di telefonnya namun niatnya cepat- cepat dibatalkan dek mengenangkan kekecewaan hatinya. Remuk rasa hatinya tatkala bahagia yang baru ingin disulam bersama setelah membuka hatinya kepada suaminya sendiri hancur.
Selepas menjamah bungkusan makanan yang dibawa Ilyas tadi, Inaz terus mandi dan masuk tidur sementara Ilyas pula sudah pulang ke rumah barunya.
“ Betul ke apa aku buat ni?” Desis hati Inaz sendiri.
Rijal cuba memejamkan matanya setelah berdoa. Baru sekejap sahaja, Rijal sudah tertidur nyenyak kerana kepenatan mencari Inaz tadi.
Esoknya awal pagi sesudah bangun dan mandi, Rijal terus keluar rumah untuk bersarapan bersama mamanya. Kebetulan hari Sabtu, Rijal juga tidak bekerja.
“ Macam mana Jal? Ada khabar dari Inaz?” Tanya Datin Zainah setelah melihat Rijal senyap sejak tadi.
“ Inaz lari ma. Dia Cuma tinggalkan nota untuk Rijal.” Jelas Rijal sambil mengeluarkan nota dari Inaz dan menghulurkan kepada mamanya.
Datin Zainah membaca isi nota tersebut dan memandang wajah Rijal.
“ Apa dah jadi dengan korang sebenarnya Jal?” Datin Zainah cuba mencari penjelasan dari Rijal.
“ Inaz kecewa sebab ternampak gambar ni ma.” Rijal mengeluarkan gambar dari sampulnya.
Datin Zainah melihat juga gambar tersebut. Terkejut besar dia melihat setiap satunya.
“ Jal, kenapa Rijal buat semua ni? Padan pun Inaz marah.” Tegas Datin Zainah.
“ Rijal sumpah ma. Gambar ni semua cuma gambar Rija keluar lunch jer tak lebih. Yang jatuh berpeluk tu sebab hari tu masa Syamin masuk office kaki dia sakit, tu yang Rijal bawa dia duduk kat sofa tapi entah cemana Syamin tersalah step pula.” Panjang melebar Rijal menjelaskan suasana.
Datin Zainah hanya mampu berdehem sahaja.


No comments:

Post a Comment