NOVEL BAB 35
Sejurus tiba di depan meja Syamin,
Rijal memintanya untuk masuk ke bilik pejabatnya dengan segera.
“ Ya Encik Rijal. Ada apa panggil
saya pagi- pagi ni Encik?” Tanya Syamin dengan nada hairanya.
“ Saya nak penjelasan dari awak.”
Balas Rijal.
“ Penjelasan apa Encik?” Syamin
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Rijal mengeluarkan sampul yang berisi
gambarnya dengan Syamin dan keluarkan semua gambar tersebut.
“ Awak tahu apa- apa tentang gambar
ni?” Rijal melayangkan satu gambar ditangannya.
Syamin mula resah melihat gambar
tersebut namun berlagak biasa.
“ Tak tahu Encik. Macam mana Encik
ada gambar macam tu?” Soal Syamin.
“ Ada seseorang yang menghantar
gambar tersebut ke rumah saya dan isteri saya menyambutnya. Gambar- gambar ni
hampir memusnahkan rumah tangga saya.” Jelas Rijal.
Syamin mengetap bibir, risau jika
rahsia nya terbongkar disitu. Tapi dia masih menenangkan diri kerana dia fikir
tidak mungkin Tobah akan pecah rahsia.
“ Mulanya saya tak mengesyaki awak
kerana awak nampak macam mangsa yang tak tahu apa- apa langsung tentang gambar
ni semua. Tapi setelah saya mengupah orang untuk menyiasat, segalanya jelas
bahawa awak sendiri mengupah orang untuk mengambil dan menghantar gambar ni
semua.”
Rijal masih mengawal diri dan perasaannya agar tidak mengeruhkan keadaan.
Syamin mula tidak keruan dalam bicara
nya.
“ Sa…sa..saya..tapi….kenapa Encik
tuduh saya?”
“ Sebab orang yang awak upah tu
sendiri mengaku.” Senang sahaja Rijal memberi jawapan.
Muka Syamin mula merona merah, malu
untuk menjawab dengan Rijal.
“ Kenapa awak buat semua ni Syamin?
Awak cantik, muda dan bujang. Kenapa awak kejarkan orang yang sudah berkahwin
macam saya?” Rijal mula meminta penjelasan.
“ Sebab saya cintakan Encik Rijal.
Saya sanggup buat apa saja asalkan Encik terima saya.” Rayu Syamin mula
menitiskan air matanya meminta ihsan.
“ Syamin, saya dah berkahwin. Saya
sangat sayang isteri saya. Mana mungkin saya dapat terima awak.”
Rijal cuba meleraikan drama yang
sedang berlaku didepannya.
“ Macam ni lah, saya nasihatkan awak
lupakan saja perasaan awak terhadap saya dan cari seorang lelaki yang lebih
baik dari saya. Awak tak perlu risau. Saya takkan pecat awak sebab masalah
peribadi ni. Awak boleh terus kerja kat sini dan lupakan perkara ni.” Cadang
Rijal.
Syamin mengangguk sahaja mengiyakan
cadangan Rijal. Dia bersyukur walaupun dalam keadaan seperti itu, Rijal masih
mampu bersikap professional. Mulanya dia ingat dia akan dipecat oleh Rijal
namun ternyata Rijal masih mengambilnya bekerja.
Rijal membenarkan Syamin kembali meneruskan
kerjanya di luar. Hatinya lega segalanya sudah selesai. Kini dia mampu
meneruskan kerja seperti sediakala.
*************
Inaz masuk ke pejabat semula hari itu
seperti biasa. Dilihatnya meja Ilyas sudah bersih.
“ Ke mana Ilyas agaknya ?” Fikir Inaz
sendiri.
“ Urm…Ilyas mana?” Tanya Inaz pada
seorang pekerja lelaki yang kebetulan lalu di depannya.
“ Oh…Ilyas dah resign Puan. Tak tahu
lah kenapa. Tiba- tiba jer.” Jelas lelaki tersebut.
“ Owh…ok..”
Inaz berlalu dari situ menuju ke
tempatnya. Ada juga mata- mata yang memandangnya namun tidak disedarinya.
Datin Zainah tiba- tiba menegur dari
belakang.
“ Morning Inaz.”
“ Morning mama.”
“Hari ni Inaz tak perlu buat apa- apa
kerja kat meja Inaz ni. Cuma hari ni, Inaz bawa seseorang untuk bantu Inaz
kemas sikit-sikit bilik CEO tu. Mulai esok Inaz akan dinaikkan sebagai ketua di
Syarikat ni.” Jelas Datin Zainah disertai senyuman.
“ Betul ker ma?”
“ Betul…dah tak payah cakap banyak.
Pergi sekarang cari tukang cuci dan minta dia tolong kemas.”
Datin Zainah terus berlalu setelah
memberi arahan kepada Inaz.
No comments:
Post a Comment