NOVEL BAB 19
Inaz menepuk- nepuk bantal tidurnya.
Sudah empat bulan dia dan Rijal bergelar pasangan suami isteri namun mereka
masih tidur dibilik yang berasingan seperti bukan pasangan yang berkahwin. Inaz
sedikit sebanyak merasa kekurangan kerana tidak mampu menunaikan kewajipannya
sebagai isteri kepada lelaki yang bergelar suami.
Inaz melihat-lihat siling bilik
tidurnya. Perasaannya berasa aneh sejak kebelakangan ini. Pandangannya pada
Rijal juga berubah sedikit demi sedikit. Kalau dulu dia boleh buat tak kisah
sahaja dengan suaminya namun setelah kematian ibu bapanya, dia tidak mempunyai
sesiapa kecuali suaminya dan ibu mertuanya. Dia juga melihat kualiti Rijal
sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab.
Apalagi setelah mereka keluar membeli
belah tempoh hari, Rijal sudah jarang memakai baju- baju lamanya yang bersifat
feminism itu. Kini Rijal hanya memakai baju yang dipilihnya sahaja. Baju- baju
tersebut pulak menampakkan sifat kelelakian Rijal.
“ Hensem pun mamat tu pakai baju yang
aku beli. Elok jer aku tengok.”
Sedang Inaz melayan perasaanya, dia
terdengar seperti ada bunyi dari bahagian bawah rumahnya. Dilihatnya jam sudah
menunjukkan waktu pukul 12 malam.
“ Takkan mamat tu tak tidur lagi
kot.” Hatinya berfikir sendiri.
Tanpa berfikir panjang, Inaz
mengambil keputusan untuk melihat punca bunyi tersebut. Sengaja langkah kakinya
diperlahankan dan lampu dibiarkan tidak bernyala. Walaupun dalam kegelapan dia
dapat mendengar dengan jelas suara orang berbisik dan bunyi barang diangkat.
“ Jangan- jangan diorang ni merompak
tak.” Inaz kegelisahan.
Tanpa disedari, seseorang memegang
tubuh Inaz dengan kuat dari belakang. Mulut Inaz ditekup. Inaz meronta- ronta
sampai kakinya tersepak pasu bunga yang ada di bahagian sudut ruang tamu
rumahnya.
“ Pegang perempuan ni. Bagi diam
mulut dia.”
Suara garau tersebut memberi arahan
kepada sekutunya.
Inaz ketakutan kerana tiada apa yang
mampu dibuatnya. Tangan serta kakinya sudah pun diikat.
“ Wei..nampak sedap juga perempuan ni. Kita pekena kejap jom. Ahaha.”
Kedengaran suara tiga orang lelaki
ketawa. Inaz semakin dilanda perasaan takut. Dirinya menyesal kerana tidak
mengejutkan Rijal sebelum turun memeriksa keadaan.
Tiga orang lelaki tersebut sudah pun
menghampiri Inaz ketika kedengaran suara Rijal memekik dari belakang.
“ Woi…korang nak buat apa dengan
isteri aku?”
“ Kerjakan dia cepat.”
Salah seorang dari perompak tersebut
berlari ke arah Rijal dengan pisau ditanganya. Rijal dengan mudahnya menepis
serangannya. Sebuah penumbuk sulung mengenai muka perompak tersebut lalu
menyebabkannya pengsan.
Tanpa menunggu serangan seterusnya
dari kedua perompak lainnya, Rijal terdahulu meluru kearah mereka lalu melipat
setiap satunya dengan ilmu karatenya. Inaz hanya memandang dengan tidak
percaya. Siapa sangka lelaki selembut Rijal hebat berkarate.
Ketiga- tiga perompak tersebut
pengsan dan diikat oleh Rijal. Polis yang dihubunginya sebelum menyerang
perompak sampai kerumahnya beberapa minit kemudian. Selesai berurusan dengan
polis, Rijal memeriksa keadaan Inaz.
Kelihatan pergelangan tangan dan kaki
Inaz lebam akibat diikat terlalu ketat dan menendang pasu. Jatuh kasihan Rijal
melihat reaksi trauma Inaz. Rijal lalu membancuh milo panas untuk Inaz dan
mengambil minyak urut untuk mengurut tangan dan kaki Inaz.
“ Awak..sakit tak saya urut?”
“ Sakit lah juga. Perlahan- lahan
lah.” Inaz membalas dengan nada sayu.
“ Terima kasih awak selamatkan saya.
Kalau awak tak ada tadi tak tahu saya apa jadi dengan saya.” Inaz menambah
lagi.
“ Lain kali jangan lah turun seorang
macam ni. Bahaya tau tak. Kalau nak apa- apa panggil saja saya. Risau lah awak
buat macam ni.”
Rijal meluahkan kerisauannya. Pada
mulanya Rijal tidak mengetahui langsung akan kedatangan perompak tersebut namun
tidurnya terganggu apabila mendengar bunyi pasu jatuh berderai atas lantai.
Hatinya dipaut rasa bimbang lalu membuatkan dia turun untuk melihat apa yang
terjadi.
“ Yalah saya minta maaf ya. Lain kali
saya tak buat lagi. Tapi mana awak reti berkarate ah?”
Akhirnya soalan Inaz yang satu itu
tersembul jua.
“ Saya memang dah lama black belt
since zaman sekolah menengah lagi.” Ringkas sahaja jawapan Rijal.
Agak lama juga Rijal mengurut Inaz
sebelum mengarahkan Inaz menghabiskan air milonya.
“ Lepas ni naik tidur.”
“ Tapi saya takut lah tidur seorang.
Boleh tak teman saya tidur malam ni?”
Inaz menunjukkan muka kasihannya.
“ Malam ni saja ya.” Rijal membalas.
Rijal memimpin Inaz masuk kebiliknya
sehingga ke katilnya. Sambil menemani Inaz tidur, Rijal melihat wajah Inaz yang
nampak cerah itu. Sungguh hatinya menggetar setiap kali melihat senyuman
terukir di wajah Inaz. Jari jemarinya bermain lembut anak rambut Inaz yang
lurus itu ketika melihat Inaz sudah jauh lena tidur.
Rijal mengaku dalam hatinya bahawa
Inaz sudah lama terpaut di sanubarinya. Cuma Rijal tidak yakin Inaz akan
menerima lelaki sepertinya.
“ Apa yang kau takut sangat Rijal?
Nak tak nak dia kena juga terima kau. Kau suami dia.” Hati Rijal berbicara
sendiri.
Mata Rijal terasa semakin layu ketika
menemani Inaz tidur. Ketika terasa sudah tidak tertanggung lagi, Rijal
melelapkan sahaja matanya disamping Inaz sehingga ke dinihari.
Rijal bangun dengan mata terkebil-
kebil melihat sekeliling biliknya. Mindanta mamai seketika melihat keadaan
sekelilingnya berbeza.
“ Bilik sapa ni?” Otaknya berfikir
sendiri.
Pandangan dibuang ketepi lalu
terlihat Inaz masih lena dibuai mimpi.
Tidak lama terus Rijal mengingati peristiwa semalam dan bagaimana dia
boleh tidur di bilik Inaz dan sekatil dengan Inaz.
Perlahan- lahan Rijal turun dari
katil Inaz. Langkahnya diatur menuju ke pintu. Tiba- tiba kakinya terlanggar
kerusi meja solek Inaz lalu mengejutkan Inaz.
“ Aaaaaarrgghhh…..kau buat apa kat
bilik aku?” Suara Inaz memecahkan keheningan pagi.
“ Eeeee…memekak jer lah kau pagi-
pagi buta ni. Semalam kau juga yang suruh aku teman kau tidur.” Rijal memarahi
Inaz.
“ Owh…yer ke? Maaflah aku lupa.”
“ Dah. Pergi mandi. Lepas tu turun
kita breakfast sama. Aku masak.” Rijal memberi arahan kepada Inaz.
No comments:
Post a Comment